Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

14 Jun 2017

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Mrs. A tertarik nak berkongsi amalan 10 malam terakhir Ramadhan ini di my blog my stori. Perkongsian ini adalah dari Ustaz Muhadir di IKIM. 

"Bermula malam ini amalkan paling kurang bacaan...
  1. Al Fatihah 3x
  2. Al Zalzalah 2x
  3. Al Kafirun 4x
  4. Al Ikhlas 3x
  5.  Yaasin 1x
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan.

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat Lailatul Qadar. Amin."

Okay perkongsian Ustaz Muhadir setakat yang diatas itu aje tau. Kat bawah ini Mrs. A sajalah nak mengomel sikit ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A inikan kadang-kadang tahu baca aje sesuatu surah itu tapi tak tahu nama Surah tersebut apa tambah-tambah lagi kalau Surah itu tak sebut sedikit pun petikan dari Surahnya [haish!!! teruk betullah ko nih! Mrs. A hoi!!!] Contohnya macam surah Al Zalzalah tu tapi bila Mrs. A google rupa-rupanya Surah Izazulzilatil Alduzil Zalaha kalau Surah ini Mrs. A tahulah ngeh! ngeh! ngeh!.

Image result for surah al zalzalah tafsir
Surah Al Zalzalah

Dulu-dulu sama juga dengan Surah Qul Hu-wallahu 'Ahad  Mrs. A tak tahu pun nama Surah tersebut adalah Surah Al Ikhlas tapi sekarang alhamdulillah dah tahu.

Okay itu sahaja nak shared Perkongsian Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan. Semoga dengan kehendakNYA bertemulah kita dengan malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Amin, In Sha Allah.


Credit Google Image & my WhatsApp Group

11 ulasan:

  1. Sama-sama kita berusaha tingkatkan amalan di 10 malam terakhir ni. Mudah-mudahan amalan kita di terima.

    BalasPadam
  2. Terima kasih untuk perkongsian ini :)

    BalasPadam
  3. salam ramadhan, semoga diberkati., aminn ;p

    BalasPadam
  4. Nieyl singgah membalas kunjungan Mrs A..
    InsyaÁllah..terima kasih atas peringatan dan perkongsian ini...

    BalasPadam
  5. Salam Ramadhan.. Terima kasih atas perkongsian.. 🤗

    BalasPadam
  6. Smga kita mndpat kbrkatan malam lailatul qadar. Aminn

    BalasPadam
  7. tq sharing mrs A.. ada minta alamat di ig tp tak reply hehehe

    BalasPadam
  8. tq atas ingatan...selamat berpuasa

    BalasPadam
  9. Salam Ramadhan Mrs A. Terima kasih atas perkongsian ini =)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©