Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik??? - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

6 Januari 2017

Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

As Salam and greetings to dear readers.

Yang mana lebih baik? 

Ada segolongan orang yang kuat beribadat tapi 'berakhlak buruk' dan ada segolongan orang yang tidak beribadah langsung tapi 'berakhlak baik'. Yang mana lebih baik?

"Wahai Syeikh, Manakah yang lebih baik, seorang muslim yang kuat beribadah tetapi akhlaknya buruk dan seorang yang tidak beribadah langsung tapi amat baik akhlaknya!!" tanya seorang pemuda.

"Subhanallah!! kedua-duanya baik", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"Mengapa boleh jadi begitu desak??" desak pemuda tadi.
manakah yang lebih baik?
Google image
"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi  nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya... dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk??" desak si pemuda tadi.

Airmata mengalir di pipi Syeikh "KITA... wahai anak muda", ujar beliau.

"KITAlah yang selayaknya berakhlak buruk sebab kita seringkali menghabiskan waktu menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri". "Padahal kita akan dihadapkan di depan Allah dan ditanyakan tentang diri kita. Bukan tentang orang lain!!"

Yang mana lebih baik?

RENUNGKAN...

13 ulasan:

  1. terkesan sungguh!
    yes la kan. sape la kita nak nilai org lain kan, mrsK.

    BalasPadam
  2. SALAM JUMAAT MRSA..MOA KITA BERMUSAHABAH DIRI SENDIRI...

    BalasPadam
  3. Betul tu..tgk kat FB... semua post mencari salah org.. yg tukang komen pun join skali kutuk2.... tetapi salah sendiri x pernah nak muhasabah.

    BalasPadam
  4. terima kasih agas sharing ni..sungguh bermanfaat

    BalasPadam
  5. 'Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.' Astaghfirullahalazim. Semoga dijauhkan dari sifat suka menghakimi org lain.

    BalasPadam
  6. sentap & tekejut!

    tenkiu for this soft reminder..

    BalasPadam
  7. Salam. Menarik! Terkesan dibuatnya. Terima kasih. :)

    BalasPadam
  8. Allahuakbar.. Huhu.. Kan.. 😥

    BalasPadam
  9. "Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya... dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."


    terasa...

    BalasPadam
  10. nice sharing akak.. kadang2 tgk org yg beramal ni suka perlekehkan org sbb rsa amalnya lebih banyak. apa pun sentiasa istiqamah

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©