Girls Day Out: Shopping Raya - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Girls Day Out: Shopping Raya

6 Jun 2018

Girls Day Out: Shopping Raya

As Salam and greetings to dear readers.

Girls Day Out: Shopping Raya


Siapa girls yang dimaksudkan tu? Actually dua orang jer... ngeh! ngeh! ngeh! iaitu Aryssa dan Mrs. A. Aryssa tu dalam seminggu ni sibuklah duk nyanyi kat Mrs. A nak pi beli baju raya. Nak pilih color sendiri katanya cos color tema babah dah belikan. Babah beli color tema ikut suka hati dia jer... time discus dulu tu belum dimuktamadkan lagi tapi time Mrs. A dan kids balik kampung dia pi beli kain sensorang dia. 

Hai...lah babah sabar yolah. Mrs. A okay jer... cuma Aryssa yang ada berbunyi sedikit. Tapi bila Mrs. A kata "syukurlah Aryssa babah dah belikan tu daripada dia buat tak tahu lagi la haru". Ialah syukur katanya cuma tulah dia minta Mrs. A belikan satu lagi color baju kurung moden yang dia nak.

Shopping raya

Dah tentulah ini girls day out so bolehlah pergi mana-mana tempat yang heaven untuk girls muahhahaaa... Mula-mula Mrs. A ajak Aryssa ke Senawang dulu cos nak beli tudung raya. Dah lama teringin nak beli tudung Ariani tapi tulah tak berkesempatan. Dari tahun lepas kot time tengok Fazura pakai shawl cantik-cantik dalam citer Hero Seorang Cinderella terus suka dengan semua shawl dia tu  ke sebenarnya yang tukang pakai tu dah memang cantik.

Eh! tak jugaklah time tengok Mira Filzah pakai dalam citer Rahsia Hati Perempuan pun Mrs. A suka jugak huhuhuhu.... nak dijadikan cerita lagi Fiday nite tu keluar pula iklan kat tv CTDK sedang mempromosikan shawl Ariani koleksi hari raya hah! lagilah tak boleh jadi ni haruslah Mrs. A nak pi Ariani lagipun sekarang ini ada sale promosi sempena hari raya. Kekdahnya esoknya tu Aryssa dan Mrs. A pun pi la Ariani.

Ariani Senawang
Adeh!!! sumer cantik-cantik tak tahu mana nak pilih
 Ariani Senawang

Ariani Senawang
Punyalah leka memilih Aryssa snap pun tak perasan
Ariani Senawang
Peace yo! happy dah dapat shawl yang berkenan 'Roselle' namanya
Ariani Senawang
Cantik tak? Yang ni 'Eliza' sis kata Adik promoter tu
Actually ini 1st time Mrs. A datang ke butik Ariani di Wisma Jakel, Senawang ni. Dulu selalu jer... ke Jakel dengan gang lunch, time tu Jakel masih lagi di Seremban 2 dan walking distance jer dari office. Bila Jakel dah berpindah ke Wisma Jakel di Senawang ni susahlah sikit, tak sempat kalau nak pergi time lunch hour hu.hu..hu...

Time nak balik tu carpet pulak tengah buat happy hour hahaha... dugaan betul tapi mujur tak tergoda.

Shopping raya
Carpet kak cepat kak beli... happy hour saya bagi harga tak masuk akal ni kuat loud hailer Mamat carpet tu
Aryssa laju jer... tak sabar nak pi Parkson pula 
Walaupun kat Ariani ada jugak menjual baju raya tapi Aryssa tak nak. Dia nak pergi beli kat Tewah je di Parkson Seremban Prima. Bila Mrs. A tanya kenapa tak nak beli sini aje senang. Takpelah ibu mahal katanya. Adoiii!!! nak nanges Mrs. A dengar.

Pada mulanya Mrs. A pun plan nak beli sepasang baju kurung kat Tewah tu tapi bila tengok-tengok takde yang berkenan la pula. Tapi yang pasti Aryssa dapat beli sepasang baju kurung color pilihan hati. Kemudian singgah Parkson pula nak beli baju jalan-jalan bak kata Aryssa. Bertambah-tambah happy Aryssa kat Parkson pun dia dapat beli lagi dua pasang baju jalan-jalan. Okay sudah! cukup Aryssa moh le kita balik, lagipun bulan puasa tak syiok nak berjalan lama-lama. Unfortunately satu gambar pun tak snap mood puasa der...

Oh! ya time kat Arini tu Mrs. A dapat note book dan kipas tangan percuma.

Ariani note book
Suka 'note book' Ariani soft aje color dia
Ait!!! gambar note book aje? Hurm... kipas tangan tu Aryssa dah amik so gambar kipas tangan tak sempat nak snap.

Itu jer... kisah Girls Day Out: Shopping Raya. Selamat berpuasa hari ke 21 Ramadhan dear readers.

11 ulasan:

  1. cantik2 tudung kt ariani cuma harga tu je la mahal hehe...dlu bli jubah juga kt tewah...not bad juga...

    BalasPadam
  2. wahhhh .. cantik2 tudung dia. jadi raya la thun ni.. hihii

    BalasPadam
  3. bestnya ! mungkin nnt anak dah besar cam ni jugak kot. hehehe

    BalasPadam
  4. oic, yg s2 da tutup la ekk?
    aida dulu time keje sana, selalu gi cuci mata yg kat s2.
    aida ni tak pakai shawl, so tak le jejak kaki ke ariani.
    sebab tak pandai :)
    maintain dgn bawal AJ jer.

    BalasPadam
  5. WAH SERONOKNYA DUA BERANAK SHOPPING RAYA..TUDUNG ARIANI MMG CNTIK

    BalasPadam
  6. Ariani skrang banyak yang lawa-lawa tapi bagi CT dia pendek sket. corak memang cantik n kalo yang warna pastel tu aduh.. caiiir hehe.. ada jugak yg rege mahai dari Duck.. ada yang biasa2 saja..

    BalasPadam
  7. nama pun artis...pakai laa apa sahaja termasuk tudung saji pun lawa kannn hahaha... sakan sopink nmpk ;-)

    BalasPadam
  8. salam..
    wahh shopping raya.
    mmg cantik2 pula tgok..

    BalasPadam
  9. Budak-budak dah besar memang pilih sendirilah baju raya.. Kikiki.. Anak sha yang baru 5 tahun pun dah pandai demand.. Syok bila jenjalan dengan anak macam nie.. Memang girls day lah kan..

    BalasPadam
  10. Memang cantik2 design shawl di Ariani skrg ni. Tp tu lah harga dia boleh tahan juga. Hehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©