Cerita 1 Syawal 1438 H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cerita 1 Syawal 1438 H

7 Julai 2017

Cerita 1 Syawal 1438 H

As Salam and greetings to dear readers.

Cerita 1 Syawal 1438 H. 


Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya selalunya selepas solat hari raya Mrs. A sekeluarga akan gerak balik ke Kg Jiboi iaitu rumah parents in-law pula (side Mr. A) Tetapi tahun ini time nak gerak tu salah seorang anak buat fiil terus babahnya merajuk. Huhuhuhu.... yang jadi mangsanya Mrs. A dan dua lagi anak. Kesian we all bertiga. Tapi takpelah setelah menangis melegakan perasan Mrs. A okay jer... fuh! drama sangattttt... di pagi 1 Syawal 1438 Hijrah itu.

Alahai!!! rugi pulok! tak snap gambar juadah di pagi raya. Selalunya di rumah emak juadah yang wajib ada untuk hidangan semasa breakfast di pagi raya adalah nasi himpit/ ketupat bersama kuah kacang, lemang, rendang daging, sup daging, tahun ini ada extra rendang iaitu rendang itik. Itik tu Mr. A yang beli dan minta mak mertuanya buatkan ngeh!ngeh!ngeh! Selain daripada itu mestilah ada juga kuih-muih raya. Kuih-muih tu biasanya dari pelbagai source ada yang emak sendiri beli ada jugak daripada KNgah, Along dan Mrs. A sendiri.

Di pagi raya tu ada family Mrs. A dan Abang sulung Mrs. A aka Along sahaja. Family Kngah balik dalam tengahari actually mereka dah pulang awal sebelum raya iaitu hari Jumaat kemudian balik semula ke Melaka cos ada urusan yang belum selesai. Family Alang pula malam raya baru mereka sampai. Adik Mrs. A yang bongsu beraya di Kelantan cos ikut turn daa....

Amvoi!!! panjang pulak intro cerita 1 Syawal 1438 H ni ya.... Meh! Mrs. A belanja gambar.

1 Syawal 1438 H
Kami bertiga jer kawan dua lagi tu tak kawan time nih! 
1 Syawal 1438H
Along
1 Syawal 1438H
Adik
1 Syawal
The Kngah's #teamrayamelaka
1 Syawal
The Alang's #teamrayakl
1 Syawal
The Maksu's #teamrayakelantan
1 Syawal 1438 H
Along bersama Nenek dan nenek-nenek sedaranya #teamrayakg
Tak berapa lama setelah we all sibuk-sibuk bergambar Kngah and family pun sampai. Terus dia pun join sama bergambar.

1 Syawal
Aksi bebas katanya
Kalau di side Mr. A jurukameranya adalah niece iaitu kaklang Kehna tetapi di side Mrs. A pula jurukameranya adalah Abang sulung Mrs. A. Abang sulung Mrs. A aka Along aka Paklong adalah sejenis manusia yang tidak suka bergambar. Memang family dah sedia maklum Along memang tak suka bergambar tapi lebih suka megambil gambar. Tapi dulu pernah juga dia join bergambar [klik SINI]

Di pagi raya tak ke mana stay at home tunggu orang datang beraya je... kebanyakkannya budak-budak jiran sekampung. Kemudian di sebelah petang setelah agak kebosanan Kngah Mrs. A ajak beraya keliling kampung terjah aje rumah kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa.

Rumah pertama yang we all terjah adalah rumah Maklong Putih. Time ni dapatlah jumpa anak-anak dia tapi yang Mrs. A gang tu takde dia beraya side wife dia.

Kemudian rumah kedua rumah En Peral dan puan Midah depa jiran time Mrs. A duduk kuarters zaman kekecik dulu, gambar tu semua kawan-kawan Mrs. A time kekecik sekarang dah mak-mak orang muahhhaaaaa....

1 Syawal
Walaupun umur memasing jauh beza tapi nampak macam sebaya jer... yang tudung kuning tu sebaya dengan Adik Mrs. A dan juga GBS dia
Bila beraya ke rumah ketiga terserempak pulak dengan rakan sebaya Mrs. A dia pun sedang beraya kat situ tak hairanlah cos itu rumah mak sedara dia

1 Syawal
Suka dengan color baju dia pink belacan kan?
Kemudian we all sambung lagi beraya lagi dua buah rumah satu rumah kawan KNgah satu lagi rumah sedara. Time kat rumah sedara tu kebetulan Mak Ndak (Palong 7) pun datang actually itu rumah arwah parents dia. Sekarang adik bongsu dia duk situ. Bila we all jemput dia datang rumah, jawabnya "Mak Ndak ni dari rumah you all la nih! amboi! kemain ya yang pompuan pegi beraya yang jantan-jantan tinggal kat rumah". Muahhahhaaaa kena we all sedasszzzz.... 

Alhamdulillah pulang dengan happy dapat beraya keliling kampung sambil mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak. Sesungguhnya zaman kanak-kanak adalah yang terindah. Paling best time tu bermain bersama kawan-kawan permainan di alam nyata tak macam sekarang kebanyakkan kanak-kanak duk sibuklah dengan gadget memasing. #tolongjangankecam

Dah sampai rumah tu sempat lagi Mrs. A sambung bergambar seketul dua.
1 Syawal
Fiil dia dah kembali normal

1 Syawal
Peace yo! bergambar bersama niece sulung
Dah! dah lettew dah nak maghrib ni pi le mandi suara dari ibunda tercinta ngeh! ngeh!!ngeh! Memory last forever. Okay! itu sahaja Cerita 1 Syawal 1438 H semoga berjumpa lagi Syawal tahun hadapan. In Sha Allah.


11 ulasan:

  1. gaduh-gaduh manja je kan pagi ray tu.. hihi

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri happy eid.. maaf zahir batin..

    BalasPadam
  3. Biasalah tu Mrs A bila anak2 buat perangai. Dah bujang anak sulung Mrs A ye. Meriah tgk semua gambar2 raya.

    BalasPadam
  4. selamat hari raya. tahniah menang voucher lazada!

    BalasPadam
  5. Tahniah mrs a dpt first place!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. Bab buat fiil tu memang biasa berlaku sis... Hehehe... Selamat Hari Raya Mrs A... selagi belum habis raya nak ucap jugak... hehe

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya mrs A. Hopefully masih belum terlambat nak wish

    BalasPadam
  8. Satu kemestian bila raya sekarang ialah bergambar.
    Dulu2 Xde.
    Sekarang hp masing2 dah ada kamera.

    BalasPadam
  9. warna warni di hari raya pertama :)
    thn ni aida raya melaka dulu, mrsA.
    and x balik ampangan pon.
    mak mertua beraya KL.

    BalasPadam
  10. Mak sedara body kalah anak dara tau!.... Selamat Hari Raya maaf zahir batin MA...

    Jadinya Raya kat kg sendirilah ni ek Yahooo hihi.... tak pernah lagi beraya rumah kengkawan sekampung di 1 Syawal. Seronok gak kan dpt jumpa kawan lama

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©