KDrama : The King In Love - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: KDrama : The King In Love

7 Ogos 2017

KDrama : The King In Love

As Salam and greetings to dear readers.

KDrama : The King In Love

Ha... siapa layan KDrama!? kita gang. KDrama terbaru yang Mrs. A dah terjebak adalah The King In Love. Suka sangat tengok citer ini tau al-maklumlah Mrs. A ni kan dah bagitau banyak kali suka sangat dengan love story.

Tajuk pun dah ada  sebut in love so dan tentulah kisahnya pun kisah cinta. The King In love ini adalah Kdrama berdasarkan novel bertajuk 'Wangeun Saranghanda' hasil karya penulis Kim Yi Ryung. Plot drama ini berlatarbelakangkan zaman semasa pemerintahan kerajaan Goryeo. Pengarah drama ini pula adalah Kim Sang Hyub. Pelakon-pelakon pun semua Mrs. A minat.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar heros and heroin The King In Love.

The King In Love
The Crown Prince - Wang Won [Im Si Wan]

the king in love
Best friend & Bodyguard - Wan Rin [Hong Jong Hyun]
the king in love
Eun San [Im Yoona]
Dalam salah satu episod yang Mrs. A tengok kisah bermula sewaktu mereka masih kecil Won dan Rin kebetulan telah menyaksikan kejadian rompakan dan pembunuhan ke atas rombongan keluarga Eun San di mana emak Eun San telah dibunuh. Eun San terselamat kerana pada ketika kejadian dia dan pembantunya meminta kepada ibunya untuk pergi ke suatu tempat lain terlebih dahulu.

Waktu itu Won dan Rin yang masih kecil dan mentah hanya mampu melihat kejadian tersebut. Walaupun Won berkeras hendak membantu tetapi Rin melarang dan meminta mereka untuk meminta bantuan askar istana. Tetapi Won pula berkeras mahu membantu sendiri kerana bimbang tak sempat tetapi akhirnya mereka hanya bersembunyi sambil menyaksikan trajedi pembunuhan tersebut. Won dan Rin sempat bersemuka dengan ibu Eun San dan sempat pula ibu Eun San meminta Won untuk menyampaikan pesanan terakhir kepada anaknya iaitu "walaupun dia telah mati tetapi anaknya hendaklah meneruskan hidup dengan gembira".

Sementara itu pula Eun San dan pembantunya telah turut sama dikejar oleh pembunuh upahan yang menyamar sebagai perompak berkenaan. Sewaktu pembunuh upahan mengacukan pedang kepada Eun San, pembantunya telah menghalang dan menyelamatkannya oleh kerana pembunuh upahan tidak tahu yang mana satu anak orang kaya tersebut maka mereka telah tersalah sangka dengan menyangka yang cedera itu adalah Eun San.

Setelah tujuh tahun berlalu mereka bertiga bertemu semula tetapi masing-masing menyembunyikan identiti sebenar mereka. Won dan Rin menyangka Eun San adalah pembantu kepada anak orang kaya tersebut manakala Eun San pula langsung tidak mengetahui bahawa Won adalah putera mahkota dan Rin adalah kerabat diraja.

Kalau baca sinopsis keseluruhan Kdrama ini mereka bertiga adalah sahabat baik kemudian berlakulah cinta tiga segi di mana Won dan Rin jatuh cinta dengan Eun San. Setelah Won merasakan yang Rin pun sukakan Eun San jeng.. jeng.. jeng... tak tahulah apa jadi dengan ikatan persahabatan mereka. Actually Mrs. A pun tak tahu cia...cia...cia... Macam mana cerita selanjutnya excited sangat Mrs. A nak tengok episod-episod seterusnya. Readers macam mana ada yang follow tak? Jom ler shared.

The King In love ini siarannya adalah setiap Isnin dan Selasa pukul 9 malam di saluran One TV Asia. Hah! malam inilah sambungan daripada episod 12 iaitu episod 13 dan 14. Keseluruhan episod adalah sebanyak 40 episod fuh! banyak lagi nak tunggu ending.

Kalau nak follow instagram nak tengok reviews dan previews terlebih dahulu macam Mrs. A ni hah! jom ke IG thekinginlove.mbc

Okay last Mrs. A belanja satu lagi gambar The King In Love.

The King In Love
The King In Love
Okay itu sahaja nak share Kdrama yang Mrs. A currently watching dan follow. Dah terkena penyakit addicted pun iya juga. Eh! actually ada satu lagi KDrama yang Mrs. A follow juga iaitu Reunited Worlds itu nanti-nantilah.

Okay jangan lupa janji temu dengan KDrama : The King In Love tonite.



Credit Photo: onetvasia.com & dramabeans.com

17 ulasan:

  1. Saya dah lama tak tengok drama korea..hihi

    BalasPadam
  2. dah baca review ni hari tu, rasa mcm nak tengok sangat, lagi2 ada Yoona T_T
    jalan cerita pun rasa mcm best ....

    BalasPadam
  3. SEKALI DH TONTON MESTI NK TERUS IKUTI SABUGANYA XMAU KETINGGALAN KAN..REVIEW YG MENARIK

    BalasPadam
  4. cerita korea biasa buat kan kisah bermula dari dorang kanak2. kemudian jumpa balik. hihi. tapi cam best je ni siap xkenal identiti masing2. now tga layan 7 days queen. sama jugak ni ada part dari kecik kenal n fall in love ;D

    BalasPadam
  5. Berdebarnya. Tapi tunggu habis 40 episod dulu lah. Karang ada tak tido malam dok fikir ending macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahu San pilih siapa kalau ikut novellah sobs..sobs..sobs.
      Tapi berharap kat drama ending dia bertukar ngeh! ngeh! ngeh!

      Padam
  6. alaaa knapa yoona... dia kan bg sy sgt lemah lembut org nyer.... so watak dia mestilah lemah lembut je hahahah


    p/s baru start nk menjengah niii

    BalasPadam
  7. Nasib tak terjebak lagi....harapnya tidaklah hihi.....saya lebih suka tgk drama melayu MA

    BalasPadam
  8. wahhh ramai peminat korean drama hehe. mcm Ana ni minat Hindi movies tp yg zaman SRK & Hrithik Roshan aje lah pon hehe

    BalasPadam
  9. yang ni chanel mane? semenjak kembali kerja, tak sempat nk layan sobs sobs

    BalasPadam
  10. Nasib baik SA x terjebak citer 2 ni..kalau tak sure tak tenteram kalau terlepas tengok

    BalasPadam
  11. LZ tak mahu mula tengok K-Drama sebab takut terjebak nanti satu kerja pun tak jadi asyik mengadap depan lappy..

    BalasPadam
  12. Taknak terjebak nnt Tak boleh tinggal, hihi.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©