As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 4 Syawal 😊😍 Mrs.A pun dah mula kerja hari ini. Sunyi je office sebabnya masih ramai lagi yang bercuti. Sudah agak lama Mrs. A tidak bermonolog di my blog my stori huhuuu sedih!! tebal sawang kat blog ni ha ngeh! ngeh!. Petang ni sengajalah Mrs. A memaksa diri nak menulis ucapan raya kepada readers dan rakan-rakan blogger.
Sebelum tu nak tanya juga uols! team raya Jumaat ke Sabtu sebelum pengumuman tu ahaks!? Terus terang Mrs. A cakap Mrs. A team raya Jumaat itu yang seawal hari Rabu dah bercuti. Kekdahnya kat department Mrs. A, Mrs. A adalah orang pertama yang dah cuti dulu, kebanyakkan officemate Khamis baharu mereka bercuti 😆😆😆 Masa penyimpan mohor besar nak umumkan tu Mrs. A tak dengar pun ntah apa Mrs. A sibukkan kat dapur pun tak ingat pulak. Emak, anak-anak sedara Mrs.A semua duk depan TV sekali depa kata raya hari Sabtu la... hah!haai! yeke ni tanya Mrs. A dua tiga kali lepas tu terus cakap uols! esok kita berpuasa lagi la... dah! malam ni kena pi tarawih ngeh! ngeh! ngeh! hampa seorang Mrs. A beria cakap raya hari Jumaat 😆
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.
![]() |
| Tema tahun ini kuning macam sunflower 😍 |
![]() |
| Berempat saja anak sulung Mrs. A nun di kampung Mrs. A 😆 |
Selamat hari raya Aidilfitri kepada readers my blog my stori dan juga rakan-rakan blogger sekelian. Mohon maaf zahir dan batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga amalan tradisi kunjung mengunjung kita di hari raya akan diamalkan sehingga bila-bila. Janganlah masa raya ni kita nak pergi bercuti pulak ya kurang helok begitu.
Okay nanti Mrs. A sambung lagilah kisah Ramadhan ada juga hajat nak share tu haish! macam-macam nak tulis tapi ntah bila tu tak tahu lagi ngeh! ngeh! ngeh!


Selamat Hari Raya
BalasPadamMaaf Zahir Batin Mrs A ...
Kita dah yakin Raya Sabtu tapi bila KPM bg cuti extra sehari lagi, mula la goyah haha
Selamat hari raya aidilfitri
BalasPadamsy khamis baru cuti... amik jln selamat kalau raya jumaat hehehe
BalasPadamselamat hari raya buat mrs A sekeluarga
salam aidilfitri maaf zahir batin
BalasPadamAna team raya Sabtu sbb blm sempat buat biskut raya dgn Bong ehehe.. salam aidilfitri buat Mrs A sekeluarga!
BalasPadamSelamat Hari Raya Mrs A..maaf zahir & batin..
BalasPadamsaya memang target nak raya hari sabtu. sebab team balik raya hari khamis malam haha!
BalasPadamselamat hari raya mrs A sekeluarga. cantik betul warna kuning sunflower
Selamat hari raya sissss... kita team sabtuuuu heheheh
BalasPadamSelamat hari raya, Mrs. A. Maaf zahir batin.
BalasPadamSaya hari Jumaat tu, baru bertolak ke lokasi famili beraya. 😊
selamat hari raya utk Mrs A sefamily
BalasPadamSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Mrs A ..SA team raya Sabtu..hahahhaha
BalasPadam