Selamat Hari Guru 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Hari Guru 2019

16 Mei 2019

Selamat Hari Guru 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Guru 2019. Selamat 'Hari Guru' Mrs. A ucapkan buat semua warga pendidik. Seperti yang kita sedia maklum 16 Mei setiap tahun adalah hari mengenang jasa guru di Malaysia. Tema Hari Guru pada tahun ini Mrs. A rasakan sangat unik iaitu "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" tinggi bahasanya susah sikit nak hadam ngeh! ngeh! ngeh!

Bila 'Hari Guru' ni Mrs. A memang ingat  selalunyalah, beza sikit dengan hari-hari lain yang diraikan contoh macam Hari Jururawat baru-baru ni. Langsung tak hengat! sedar pun lepas tengok status kawan Mrs. A yang seorang nurse tu. Eh! Mrs. A jer... kot orang lain Mrs. A tak pasti hehehheee... Kenapa bila 'Hari Guru' jer... yang selalu Mrs. A alert walaupun Mrs. A ni bukan berkerjaya seorang guru sebenar?

Teachers' Day 2019
Selamat Hari Guru 2019. Pinjam Google punya image suka tengok sotong tu ngajar senang je sebab tangan dia banyak muahahahaa....
Ntahlah alasan konkritnya  tu Mrs. A pun tak pasti maybe sebab apabila bercakap tentang guru ni ada macam-macam guru adanya, di antaranya guru silat la, guru mengaji la, cikgu tuisyen, coach netball, cikgu-cikgu anak-anak Mrs. A, cikgu-cikgu Mrs. A, kawan-kawan Mrs. A yang memang cikgu-cikgi eh! macam-macam guru la yang membuatkan mereka selalu diingatan ini dan seorang lagi guru yang tiada galang-gantinya adalah guru pertama Mrs. A iaitu EMAK ku sayang.  Kekdahnya itu yang bila 16 Mei jer... ingat sangat 'Hari Guru' uols!

Dari pembacaan Mrs. A hari guru ini yang sebenarnya berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Contoh di Indonesia hari guru adalah pada 25 November, Brunei pula 23 September, Thailand 16 Januari eh! cukuplah tu contoh-contohnya, kalau nak tahu banyak lagi sila tanya pakcik Google ya muahahhaaaa.... Oh! ya tarikh Hari Guru Sedunia pula adalah pada 5 Oktober setiap tahun.

Okaylah sekali lagi Mrs. A nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada rakan-rakan blogger yang bergelar warga pendidik. Semoga dapat menjalankan amanah mendidik anak-anak dengan tulus ikhlas dan sabar kerana kami sedia maklum kerjaya seorang guru pada masa kini memang banyak cabarannya.

Buat guru-guru yang pernah mengajar Mrs. A suatu ketika dahulu terima kasih yang tidak terhingga diucapkan mohon halalkanlah ilmu-ilmu yang telah diberikan itu.

Teacher's Day 2019
Selamat Hari Guru



15 ulasan:

  1. selamat hari guru kpdsemua warga pendidik!

    BalasPadam
  2. dana ingat sama je tarikh hari guru ni utk sedunia kak...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Guru untuk semua para guru tidak kiralah mengajar secara formal atau sebaliknya..bila mana dia memberi tunjuk ajar yang baik..itulah guru..termasuklah kedua ibu bapa kita.

    BalasPadam
  4. selamat hari guru utk semua cikgu2

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Guru buat semua pendidik

    BalasPadam
  6. Seronok tengok sambutan hari guru di fb rakan rakan yang bergelar guru ni

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam
    selamat hari cikgu... paara pahlawan tanpa tanda jasa

    salam
    Fakhrezy

    BalasPadam
  8. saya hampir-hampir menjadi guru..

    bukan rezeki..

    jadilah kuli kuli sahaja hahaha

    BalasPadam
  9. jasa guru tk terbalas..sentiasa mengharapkan kejayaan anak2 murid..

    BalasPadam
  10. selamat hari guru.. nasib baik masih contact lg dgn cikgu2

    BalasPadam
  11. "kami guru malaysia.. berikrar & berjanji.. la3.." lagu teacher's day yg paling win!

    BalasPadam
  12. Pengorbanan guru today ternilai tq semua guru2

    BalasPadam
  13. Selamat hari guru buat semua pendidik..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©