Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

5 Januari 2024

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil. Jumaat 05012024 penghulu segala hari yang pertama di tahun 2024. Alhamdulillah pagi tadi dikurniakan rezeki masa olehNYA dapat Mrs. A turut sama di dalam majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat. Sudah agak lama Mrs. A tidak menyertai bacaan yasin serta tahlil secara fizikal di surau kerana pada kebanyakkan masa majlis bacaan yasin diadakan secara online.

Seingat Mrs. A sejak PKP bermula seiring dengan itu majlis bacaan yasin di syarikat diadakan pada kebanyakkan masanya secara online pada setiap Jumaat. Syarikat pula telah menetapkan mereka yang mengetuai bacaan yasin tersebut di pilih secara bergilir-gilir mengikut setiap daerah, unit dan juga jabatan.

Alhamdulillah pada pagi Jumaat pertama di tahun 2024 ini giliran bacaan yasin diketuai oleh seorang kakitangan di ibu pejabat. Majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat pagi tadi boleh dikuti secara fizikal kepada mereka yang berkelapangan mahupun secara online kepada mereka yang berada di luar ibu pejabat dan juga di daerah-daerah. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil.

Salam Jumaat
Sebelum mula harus snap gambar dahulu 😊

Salam Jumaat
Jemaah wanita yang hadir di surau

Salam Jumaat
Nun di sana jemaah lelaki yang hadir di surau

Semoga Allah memberkati majlis bacaan yasin dan tahlil kami pagi tadi. Alhamdulillah setelah selesai majlis turut diadakan jamuan ringkas secara pot luck. Tapi sayang terlupa pula seorang Mrs. A nak snap gambar tadi ngeh! ngeh! ngeh!

Salam Jumaat dear readers dan selamat berhujung minggu.



13 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Selamat berehat di hujung minggu, Mrs. A. :)

    BalasPadam
  2. Bagus ada majlis bacaan Yasin macam ni, semoga bertambah keberkatan di tempat kerja Mrs A. Selamat berhujung minggu Mrs A 😊

    BalasPadam
  3. satu usaha yang baik dan patut diteruskan sampai bila2. tak byk company mampu buat mcm ni. kite kerja, kerja juga. tapi keberkatan pun kena cari juga👍

    BalasPadam
  4. opis lama sy dulu setiap pg jumaat baca sirah al-kahfi. diikuti lps tu baca doa dhuha... laa ni mmg x de dah. sbb staf berbilang kaum dan agama

    BalasPadam
  5. Bagus buat begini setiap minggu. Galakkan membaca Yasin. Kalau kerap baca kita jadi hafal sedikit.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah permulaan yg baik. Semoga terus istiqomah. Suka majlis² ilmu & kerohanian mcm ni diadakan di tempat kerja...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...satu amalan dan aktiviti yang sangat bagus...dapat pahala dan keberkatan juga

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...amalan yg baik perlu diteruskan..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.. sama-sama kita cari keberkatan dalam rezeki, aamiinn

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Semoga istiqamah adakan majlis begini

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©