As Salam and greetings to dear readers.
Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023. Hari ini dah hari ketiga ujian lisan Bahasa Melayu untuk calon SPM 2023, esok dah last day. Anak Mrs. A Aqil Hayyi a.k.a Adik dah selamat menjalani ujian lisan BM pada hari Isnin yang lalu. Bila ditanya Adik macam mana boleh jawab tak? Hurm...bolehlah jawabnya. Aduh! jawapan pun sabar yolah ibu mendengarnya.
Anak-anak yang nak SPM ibu pulak yang terlebih berdebar. Rasanya bukan Mrs. A sorang aje yang rasa macam tu semua mak/pak pun samakan 😊 Walaupun ini bukan pengalaman pertama Mrs. A ada anak yang hendak ambil peperiksaan SPM tapi tetap jugak berdebar-berdebar lebih kurang aje debarnya sewaktu Along dan Arysaa.
Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023.
Adik sewaktu nak pergi graduation day pada 9 Disember 2023 yang lalu 😍 |
Pada minggu hadapan akan bermula pula ujian lisan Bahasa Inggeris kemudian ujian mendengar dan seterusnya pada 30 Januari 2024 akan bermulalah ujian bertulis untuk Adik dan semua calon SPM 2023.
Adik ini seorang yang pemalu jika nak dibandingkan dengan Along dan Aryssa. Sifat pemalu dia bertambah-tambah lagi apabila pada kebanyakkan masa persekolahannya adalah secara online disebabkan pada ketika itu dunia dilanda pandemic Covid 19. Sejujurnya Adik agak sukar untuk menghadapi pembelajaran secara PDPR tapi apakan daya terpaksa jugak melaluinya.
Dari tingkatan 1 hingga ke awal tahun tingkatan 4 Adik bersekolah di SMKKGV tapi entah di mana silapnya di pertengahan tahun tingkatan 4 tu Adik beriya-iya minta ditukarkan sekolah. Puas Mrs. A dan babahnya pujuk tapi dia berkeras juga nak pindah akhirnya kami turutkan sahaja kehendak Adik. Alhamdulillah bila dah pindah sekolah tu rajinlah dia nak ke sekolah kalau tak tu dalam seminggu mesti ada sehari dia tak nak ke sekolah.
Sewaktu Along dahulu dia pergi tuisyen ke rumah guru yang mengajar. Aryssa pulak lebih suka tuisyen online di MC+ untuk Adik pulak ada yang dia pergi tuisyen ke rumah guru yang mengajar dan paling special guru-guru tuisyen dia datang mengajar ke rumah. Sebagai ibubapa tetaplah kita akan usahakan yang terbaik untuk anak-anak selebihnya terserahlah kepada anak-anak.
Mrs. A percaya semua ibubapa mengharapkan keputusan yang baik untuk anak-anak masing-masing begitu jugalah Mrs. A. Akhir sekali Mrs. A ingin kongsikan doa dari grup WhatsApp.
"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak kami ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalananan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi daripada halangan dan rintangan."
Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab dengan tepat dan betul. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka."
"'Ya Allah... tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata. Terimalah doa kami... Aamiin...Aamiin..Aamiin... YaRabbal A'lamin."
Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023. Walau apa pun keputusan SPM Adik ibu tetap akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
All the best! Semoga diberikan ilham dan dipermudahkan utk menjawab soalan2 spm.. Aamiinn
BalasPadamLain anak lain kerenah.
BalasPadamSemoga berjaya Adik. Sedap nama.
aminn aminnn
BalasPadamall the best aqil!
kami doakan dari jauh
💪💪💪
dari mana laa datangnya pemalu si aqil ni... kalau tak dari omaknya, mesti datang dari omaknya jua😁😁😁
BalasPadamboleh pula ya tukar sekolah wpn dah sethn? turun naik PPD ke mcm mn tu nak minta tukar?
Iya Anies usahakan jugak sampai jadi.
PadamAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
BalasPadamYang benar,
Permaisuri Cuya.
Good luck Aqil! Semoga dipermudahkan menjawab soalan dan mendapat keputusan yang baik
BalasPadamAamiin... Good luck and all the best to Aqil.
BalasPadamMoga Allah kurniakan kejayaan cemerlang buat anakanda Aqil Hayyi.
BalasPadamsemoga Allah bantu menjawab dengan baik... dapat jawab dengan cemerlang.. insyaAllah... ameeennnnn
BalasPadamBittaufiq wan najah Aqil 🤲
BalasPadamMudah-mudahan berjaya dgn cemerlangnya aamin Ya Mujib.
Jangan kata SPM, anak exam la apa pun, maknya yg nervous huhu
Amin, yarabbalAlamin, atas doanya. Good luck dan all the best to Adik dalam SPM.
BalasPadamSama dengan anak kedua saya, pun giliran lisan dia hari tu, hari Isnin. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak kita dalam menghadapi periksa. :)
moga dipermudahkan urusan anaknda...moga dikurniakan keputusan yang cemerlang..
BalasPadamsaya anak ambil uasa tahun 6 pun dah rasa nak tercabut jantung punya la risau,kalau anak ambil SPM nanti tak tau la macam mana
sama la ngan hero MA... moga2 mereka berjaya dpt keputusan yg cemerlang.. aamiin
BalasPadamsama jugak la.. MA yg berdebar2 kat opis sambil tgk jam...adei la
Hensem... mesti ramai peminat rahsia ni....
BalasPadamMoga Adik dapat menjawab dengan tenang dan moga semua dipermudahkanNYA.
BalasPadamBetul.. apa yang dapat itulah ibu terima seadanya.
ada sebab agaknya kenapa Adik beriye-iye nak tukar skolah kan?
BalasPadamwahhhhhh all the best Adik utk calon SPM 2023! chaiyokkk~
Karakter masing2 anak itu memang berbeda ya kak. Karena itu terkadang sebagai ibu pun, cara kita mendidik juga berbeda mengikut karakter dan sifat mereka 😊
BalasPadamSaya doakan anak kakak dimudahkan segala pembelajarannya. Berarti di Malaysia ini ajaran baru sekolah tiap January ya?
amiin2..all the best Adik..
BalasPadam