Family Days Out - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Family Days Out

31 Januari 2024

Family Days Out

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out. Kisah campak belakang 21012024 planning lunch bersama dengan adik Mrs. A sekeluarga di Yahala. Tujuan sebenarnya adalah nak menjemput Aryssa di rumah adik Mrs. A iaitu maksunya. Tapi tukar sedikit planning tu jumpa terus di Yahala sebabnya depa nak pi muzium dan galeri bank negara dulu.

Family Days Out.

Family days out
Sambil order sambil wefie 😍

Alhamdulillah family kecil Mrs. A cukup kuorum waktu ini begitu juga dengan family maksu. Aryssa sedang semester break tapi dah nak habis pun minggu ni ngeh! ngeh! ngeh!. Itu yang dia minta izin nak  jalan-jalan melepak dua tiga hari di rumah maksunya di Puchong. Sambil tu maksunya bawalah dia pergi taman tema di Berjaya Times Square dan juga Muzim Bank Negara.

Family days out
Kenangan katanya snap gambar buat frame. Talia seronok naik bumper car

Dulu masa mereka anak-anak umur Talia tu rajin jugaklah Mrs. A bawa depa datang ke Berjaya Times Square ni. Depa paling suka main bumper car. Ingat jugak Aryssa lagi tu hehehee... bila Talia main bumper car tu dia pun cakap masa kakngah Sha kecik-kecik suka naik ni jugak tapi sekarang dah terlebih umur hahahaaa...

Family Days Out
Ini gambar mereka di lorong duit muzim bank negara

Mrs. A yang berkira-kira nak pergi muzium bank negara lagi-lagi bila baca entry di Blog Sal tapi rezeki Aryssa yang sampai dulu. Hurm... ibu mampu tengok gambar-gambar yolah.

Sambung cerita lunch di Yahala. Waktu ini Mrs. A tak snap pun gambar makanan sebabnya leka borak dengan adik Mrs.A dan melayan Talia borak ngeh! ngeh! ngeh! lagipun dah selalu makan di sini lebih kurang sama aje menu yang Mrs. A pernah order [SINI] Setelah hampir 3 jam lepak di Yahala we all pun berpisah ke tujuan masing-masing. Maksu sekeluarga nak ke Klang. Sementara we all pula nak pergi tengok wayang di tempat favorite Mr. A tak lain tak bukan KLCC 😍

Family Days Out.

Family Days Out
Sebelum pulang kita bergambar dulu✌

Family Days Out
Puteri Talia

Selepas itu terus gerak ke KLCC. Kononnya nak tengok Anak Perjanjian Syaitan tapi dah terlepas showtime lagipun masa tu ada satu showtime sahaja. Jadinya we all nonton cerita Sijjin filem Indonesia diadaptasi dari filem Turki. 

Filem Sijjin ini kisah seram tapi bukanlah cerita hantu ianya lebih kepada kisah sihir manusia. Pendapat Mrs. A tentang filem ini menarik juga banyak plot twist so kena tengok sampai habis baru boleh tahu siapa yang sebenar-benarnya yang jahat itu. 

Family days out
Sebelum wayang mula harus wefie

Okay itu sahaja kisah family days out. 


 

17 ulasan:

  1. boleh bagi berapa bintang tu untuk filem Sijjin?

    BalasPadam
  2. kalau lepak lepak makan makan dgn family ni mmg tak terasa kan masa berlalu cpt? tau2 je dah nak balik...

    mula2 sy baca Yala... hehe igt sis dah smpi thailand td🤭

    BalasPadam
  3. Kalau Mrs.A yang sampai muzium bank negara rasanya lagi banyak gambar tepek sini. hihi.

    BalasPadam
  4. Seronoknya dapat berjimba2 dengan family 😍

    BalasPadam
  5. Restoran Yahala, ingatkan pi Yala tadi

    BalasPadam
  6. mily days...mkn2..outing..tgk wayang

    BalasPadam
  7. wahhhhhhhh spendtime makan-makan tenang sikit hehehe

    BalasPadam
  8. Asik dan seru kalau berkumpul keluarga begini ya Mbak.
    Tentu ceria, penuh canda. Diakhiri dengan makan bersama dan nonton film.
    Dijamin seru dan membawa kenangan.

    Salam,

    BalasPadam
  9. Bestnya, dapat berkumpul satu family, cukup korum. Makan-makan, tengok wayang bersama.

    BalasPadam
  10. Mmg tempat favorite ye Yahala ni utk Mrs A ngan family kan :D

    BalasPadam
  11. Jauh pergi tengok sayang tapi yalah alang-alang sudah sampai KL.
    Boleh rasa Mrs A sekeluarga punya kegembiraan bersama adik Mrs A.

    BalasPadam
  12. Saya malah baru tahu film sijjin ini kak 😂😅. Tapi memang kalo film horor saya jarang nonton , kecuali sudah masuk Netflix. Tapi tadi cek, blm ada. Penasaran juga jadinya 😅

    BalasPadam
  13. SA x suka tgok citer horror..tapi sesekali keluar ramai- ramai macam ni memang best la

    BalasPadam
  14. Nak kena plan Family Day Out untuk saya punya family pulak la lepas Raya nanti. Harap2 semua ada.....seronok betul berkumpul macam ni.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©