Family Get Together - Jiboi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Family Get Together - Jiboi

2 Februari 2024

Family Get Together - Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Get Together - Jiboi. A major throwback ni 😏 dah lama terperam dalam draft huhuhu...kisah tahun lepas sempena November dan Oktober diraikan di teratak Jiboi. Oleh kerana semua ahli keluarga dikurniakanNYA rezeki masa lapang pada waktu itu. S.i.l dengan dibantu oleh anak-anak sedaranya telah merancang family get together tersebut.

Alhamdulillah terima kasih s.i.l gigih betul beliau, siap sediakan atur cara majlis. Seminggu sebelum kejadian tu dalam grup WA family hampir setiap hari ada reminder muahahhaaa...

Family get together

Aryssa yang pada mulanya tak jadi nak balik Seremban sebab tiket ERL Butterworth - KL Sentral dah habis. Tetapi akhirnya dapat juga turut serta sebab babahnya berjaya mendapatkan tiket flight hahahaa... rezeki Aryssa dapat bersama-sama family get together. Begitu juga dengan Keyna yang study di UMK tu ada sekali. Keyna dah memang planning pulang bercuti 2 minggu pada ketika itu.

Acara pertama petang tu adalah untuk onty&uncle iaitu teka pasangan. Acara bermula lewat sedikit disebabkan cuaca hujan renyai-renyai so ada onty&uncle yang datang lewat haish! 

Pujian harus diberikan kepada anak-anak sedara ni. Pandai betul mereka mencipta permainan sebabnya onty semua memang tak boleh nak gambarkan keadaannya huhuhu.. Mula-mula semua onty diminta masuk ke dalam rumah. Sementara uncle pulak kena duduk kat luar. Apa berlaku di luar pada masa itu Mrs. A memang tak boleh nak agak hahahhaa...

Tiba-tiba bila disuruh keluar inilah yang berlaku. Serius surprise! camno nak teka nih!? 😜😂

Teka pasangan.
Family Get Together
Uncle semua dah kena bungkus dengan kain pelekat dari kepala sampai kaki

Family Get Together
Onty boleh check dari depan aje kalau dah confident suami sendiri berdiri depan mereka.
Huru-hara onty semua bila masa dah nak tamat tu, berdebar jugak bila bukak kok salah pasangan mesti sedih

Selepas acara teka pasangan. Onty&uncle kena lawan berlari dalam kain pulak. Ini paling lawak dan paling wins ngeh! ngeh! ngeh! sebabnya dah tua-tua pun ada yang main cendekei! bak kata orang nogori 9. 😂😂😂 Oh! ya anak sedara yang Kakngah tu termasuk dalam ketagori onty&uncle jugak sebabnya dia aje yang dah berkahwin.

Lari menuju bahagia 😍

Family Get Together
Tepi kiri sekali Mr.&Mrs.A

Family Get Together
Strategi masing-masing pasangan mana yang patut duk depan ngeh! ngeh! ngeh!

Family Get Together
Sedang mendengar arahan setelah beberapa kali batal dek main cendekei

Acara akhir untuk onty&uncle adalah belonku belonmu tapi ada juga seorang anak sedara di kedua-dua belah pihak. 

Belonku Belonmu/ lelaki vs perempuan

Family Get Together
Kepit belon di badan tak boleh pegang belon
sambung macam keretapi sambil jalan buat 2 pusingan

Family Get Together
Perempuan tewas walaupun sampai dulu sebab sambungan terputus akibat trajis belon meletop muahahhaa..

Setelah acara sukaneka onty&uncle tamat. Bermulalah pula sukaneka untuk anak-anak sedara a.k.a anak fruit. Mereka dibahagi kepada 3 kumpulan.

Tiru gaya di belakang.
Family Get Together
Tiru 3 pergerakan yang dibuat oleh leader masing-masing

Family Get Together
Aryssa peserta pertama kemudian tunjukkan gaya yang ditiru kepada peserta kedua pulak
dan seterusnya hingga peserta akhir tunjuk semula pada leader

Games rebut kerusi.
Family Get Together
Games ni rasanya ramai yang tahu.
Buat pusingan ikut kerusi sambil dengar muzik

Family Get Together
Bila muzik stop kena duduk atas kerusi cepat-cepat siapa tak dapat duduk tersingkir

Games tiup tepung.
Family Get Together
Tiup tepung sampai jumpa gula-gula 

Family Get Together
Dah jumpa gula-gula lari pindahkan ke pinggan lain

Walaupun ada 8 games yang dirancang untuk anak-anak fruit tapi 3 aje yang sempat dimainkan sebabnya dah lewat petang hampir maghrib. Atok suruh berhenti dan mandi bersiap-siap untuk solat maghrib seterusnya buat tahlil arwah dan isyak berjemaah.

Family Get Together
Last sebelum mandi membersihkan diri 😅😆😍

Aduh! macam panjang lagi pulak nak cerita. Nantilah Mrs. A sambung part 2 ya. Tunggguuuu...

15 ulasan:

  1. Sronok bila keluarga besar dan ramai, dan erat macam ni. saya tak merasa, tumpang bahagia tengok keluarga Mrs A

    BalasPadam
  2. so dapat teka tak? 😁😁 ni mesti teka melalui bau ni sbb hanya isteri je yg tau bau suami masing2 😁😁

    BalasPadam
  3. bila dapat kumpul ramai2 macam ni memang meriah
    tambah pula ada buat program seumpama ni...
    lagi lagiiiiiiii meriah dan havoc👍👍

    BalasPadam
  4. meriahnya.. semua sporting.. :D

    salam kenal sis, 1st time berkunjung ke sini.. done folllow as Ain Farhana

    BalasPadam
  5. Kelakar pula kena pilih suami dalam kain kelubung. Macam hantu kom-kom.
    Teringat Hari Keluarga sendiripun ada yang main cendekei.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah meriah majlis keluarga

    BalasPadam
  7. Geli hati nampak berkelubung gitu 😂. Ramai tak yang berjaya teka laki sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah cuma seorang aje yang hampir tak berjaya tapi last takde pilihan itulah sebenarnya laki dia hahahaaa...

      Padam
  8. Bestnya, meriah.. Lama takda family day dengan family besar mak atau abah..huhu..

    BalasPadam
  9. Kena pilih suami? Alamak takut tersilap pilih je nanti. Hehehe

    BalasPadam
  10. wah, dah dapat idea next family day nak buat game apa. biasa kalau ada atuk nenek ni memang diorang jaga timing bab solat ni

    BalasPadam
  11. Aih...seru sekali games nya Mbak.
    Selalu meriah ya Mbak kalau acara family gathering seperti ini.

    Salam,

    BalasPadam
  12. Kaaaak, seruuuuu ini gamesnya 🤣🤣🤣😘. Yg tebak pasangan dan balonku balonku bisa nih dicontoh kalo nanti saya hadir di acara keluarga juga 🤣. Apalagi badan pasangan lelaki rata2 dah membesar, jadi seragam bentuknya hahahhaah

    BalasPadam
  13. Seronoknya bila masing- masing sporting kan...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©