As Salam and greetings to dear readers.
Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik. Selepas pulang dari majlis perkahwinan anak saudara D.A itu ketika Mrs. A sedang lepak-lepak sementara menunggu Mr.A keluar dari bilik air untuk mandi dan bersiap untuk solat asar tiba-tiba ada satu WhatsApp masuk di group family KerabatHjJuri. Cousin Mrs. A iaitu KZ memaklum yang ayah beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pukul 05.25 petang di rumah Kg Jerlang, Bt 7 Pantai, Negeri Sembilan.
Terus Mrs. A bagitahu Mr. A yang PakNdak Din dah meninggal. Inna lillah hiwainnailai hirojiun... balasnya. Kemudian Mr. A ajak ziarah ke rumah arwah PakNdak pada malam tu juga sebab esoknya tu dia tak dapat nak ziarah kerana tuntutan pekerjaan yang tak boleh nak elak. Kekdahnya malam tu selepas solat maghrib Mrs. A pergi berempat bersama Mr. A, Along dan Adik ke rumah arwah PakNdak. Kesemua anak-anak cucu arwah dah ada begitu juga dengan cousins dan sanak-saudara yang lain.
Sebelum ini PakNdak memang dah sakit dan dimasukkan ke HTJS. Alhamdulillah Mrs. A dan adik-beradik sempat ziarah beliau ketika di HTJS. Kami pergi beramai-ramai selepas majlis kahwin anak cousin [SINI] Waktu itu Banglang Mrs. A dan Kaklang sempat bergambar kenangan bersama arwah. Unfortunately Mrs. A dan KakNgah takda pulak snap gambar 😢
Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.
Tinggal kenangan |
Arwah PakNdak adalah adik kepada arwah abah Mrs. A kami adik-beradik boleh dikira rapat dengan beliau. Setiap kali hari raya dan kenduri kendara atau ada sahaja kesempatan waktu beliau selalu hadir berziarah ke rumah di kampung Lubok China. Selepas ini takda lagi dah 😭😭😭
Pada hari pengebumian esoknya 13022024 Mrs. A pergi ziarah berdua dengan Adik sahaja. Jenazah dimandikan dan disolat di Masjid Kariah Pantai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Kami semua yang ingin ziarah diminta terus ke masjid terlebih dahulu kemudian setelah selesai solat akan terus dibawa ke tanah perkuburan Kg Jerlang, Bt 7 Pantai.
Jenazah telah selamat dimandi dan dikapankan untuk disembahyangkan |
Kali kedua Mrs. A menjejakkan kaki di tanah perkuburan ini, pertama kali dahulu ketika pengebumian arwah MakNdak [SINI] Lagi tambah tersentuh bila masing-masing yang hadir di tanah perkuburan melibat kubur arwah suami/ isteri sebelah-menyebelah.
Kubur sebelah atas arwah MakNdak kubur sebelah bawah arwah PakNdak |
Ramai cousin Mrs. A yang hadir samada yang jauh mahupun dekat untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah bapa saudara kami. Alhamdulillah arwah PakNdak telah selamat dikebumikan sebelum waktu zohor. Rezeki arwah semuanya mudah dan lancar. Semoga Allah mengasihi dan mengasehani arwah bapa saudara kami Muhamad Zainudin bin Hj Juri. Ya Allah kurniakanlah syurga tanpa hisab buat beliau. Aaamiiin...
Semoga arwah dilapangkan selalu dan diterangi kuburnya. membaca berita dukacita seperti ini ikut terasa sedihnya, seperti reminder kalau suatu saat kita juga akan di posisi itu . Terasa sekali banyak hal yang belum siap..😔
BalasPadaminnalillahi wainnalillahi rojiunn., aminn
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
BalasPadamsalam takziah buat sis sekeluarga
BalasPadamsemoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh aminnn
Al. fatihah
BalasPadamsalam takziah
Takziah buat Mrs A dan seluruh keluarga.
BalasPadamDidoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Salam takziah.
innalillahiwainnailaihirojiunnn...
BalasPadamsemoga Allah tempatkan arwah dan isterinya di tempat yg terpuji lagi terpilih.. ameeennn..
lepas seorang, seorang Allah panggil balik.. sedih kan kak..
Semoga Allah berikan keampunan kepada kita semua.. pengampunan sebelum meninggal.. insyaAllah.. ameennnn
Inna lillaahi wa inna Ilahi roo-ji-uun. Moga rohnya dicucuri Rahmat, bersama mereka yang beriman,
BalasPadamSalam takziah, Mrs. A. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aminn...
BalasPadamAl Fatihah... Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.. Semoag ditempatkan bersama para solehin dan syuhada amin.. kita baru kehilangan pakcik terakhir bulan Disember tahun lepas.. have no more uncle and auntie from both side ..
BalasPadamInna lillah hiwainnailai hirojiun....Salam takziah moga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh
BalasPadamtakziah MRSA n fmili..al fatihah
BalasPadaminnalillahi wainna ilaihi rajiun.. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ..
BalasPadamSalam takziah buat seluruh keluarga..
Ayah saya pun baru kembali ke rahmatullah pada 21.2.2024 lalu 😥
Innalillah. Salam takziah Mrs.A dan famili. Sedih kan bila bapa/mak saudara meninggal sebab diorang pun dah macam mak ayah kita jugak
BalasPadamInnalillahi Wainna Ilaihi Rajiun... Semoga almarhum ditempatkan pada tempat yang mulia.
BalasPadamSalam,
Salam takziah Mrs. A.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin...
BalasPadamاَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُsalam takziah utk sis sekeluarga
BalasPadamsalam takziah dari mama. semoga syurga buatnya amin
BalasPadam