Innalillahi wa inna ilaihi rojiun - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

28 Mac 2022

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Pada hari Sabtu lepas dengan izinNya Mrs. A berkesempatan ziarah kematian arwah MakNdak di Kg Jerlang, Pantai Negeri Sembilan. Arwah MakNdak adalah isteri kepada PakNdak iaitu bapa saudara Mrs. A (adik kepada arwah Abah Mrs. A).

MakNdak meninggal dunia pada petang Jumaat 25032022 lebih kurang pukul 6.30 petang di rumah kerana sakit tua. Mrs. A dapat tahu pun sebelah malam selepas maghrib. Abang ipar Mrs. A yang telefon nak confirm betul ke MakNdak meninggal. Eh! tak tahu jawab Mrs. A sebabnya anak-anak arwah takde pulak inform di dalam group WhatsApp keluarga. Mungkin sedih dan sibuk agaknya. Terus Mrs. A calling-calling cousin Mrs. A anak arwah iaitu KZ. Barulah Mrs. A dapat tahu kisahnya dan KZ minta tolong Mrs. A yang maklumkan dalam group WhatsApp keluarga. Malam tu Mrs. A tak pergi ziarah pun esoknya tu barulah pergi bersama Mr. A dan Aryssa.

Menurut KZ jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid Pantai kemudian dari masjid akan terus di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pagi Sabtu tu dari rumah Mrs. A terus aje ke masjid Pantai.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Bersedia untuk solat jenazah

Setelah selesai solat jenazah, dibawa ke tanah perkuburan islam Bt 7 Kg Jerlang Pantai, Negeri Sembilan.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Alhamdulillah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 12.00 tengahari

Mrs. A sekeluarga sempat mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan. Kemudian singgah sebentar ke rumah berjumpa PakNdak.

Kisah kematian lagi.

Pada bulan Mac 2022 ini telah tiga orang saudara-mara yang Mrs. A kenal meninggal dunia. Pada 16 Mac 2022 isteri kepada cousin Mrs. A yang sebelah emak iaitu Along Zul meninggal dunia. Dimaklumkan arwah iaitu cikgu Norhashimah meninggal di rumah secara tiba-tiba sesak nafas. Tak sempat ziarah pun. Mereka bagitahu pun lambat iaitu esoknya tu setelah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Senawang kalau tak silap.

Pada 19 Mac 2022 pula cousin Mr. A yang disebelah f.i.l iaitu Kak Imah meninggal dunia. Mrs. A difahamkan beliau memang ada sakit asbab kematian ketika nak buat dialisis tiba-tiba meninggal. Telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Mambau pada keesokkan harinya sebelum zohor.

Semoga Allah SWT merahmati roh mereka dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman disisiNYA. 

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga semoga tabah dengan dugaan. Sesungguhnya mati itu pasti, hidup InSyaAllah. 



10 ulasan:

  1. Salam takziah kepada keluarga Mak Ndak & cousin2 Mrs A..semoga roh mereka dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  2. Salam takziah MRs A buat keluarga arwah... semoga roh ditempatkan dikalangan mereka yang solehah disisiNYA...aminnn

    BalasPadam
  3. INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN..TAKZIAH MRSA N FAMILI

    BalasPadam
  4. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  6. Innalillah. Banyaknya berita kematian dalam masa yang singkat. Alatihah buat mereka yang telah pergi dahulu sebelum kita

    BalasPadam
  7. ramai yang meninggal bila nak puasa ni kak, lagilah sayu ye. Salam takziah dan alfatihah buat arwah

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan arwah bersama para solehin.

    BalasPadam
  9. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    BalasPadam
  10. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Salam belasungkawa.
    Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©