Shell Out Di ZA Cafe - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Shell Out Di ZA Cafe

21 Mac 2022

Shell Out Di ZA Cafe

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Shell Out Di ZA Cafe. Malam tadi Mr. A belanja dinner di ZA Cafe style shell out. Mrs. A ingatkan family kecil Mrs. A aje kekdahnya dia ajak sekali f.i.l dan semestinyalah family s.i.l dah tentu serumahkan..😍. Tapi unsangkarable ada jugak family Alang mungkin s.i.l yang ajaklah kot ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelum tu sajalah nak bagitahu readers, Subahanallah Alhamdulillah Mrs. A telah dikurniakan kesembuhan olehNYA dari virus covid19. Cuma masih ada sedikit batuk-batuk lagi. Bila tanya officemate yang lain yang sama positif kebanyakkan pun bercakap benda yang sama iaitu mereka juga masih ada sedikit batuk-batuk jugak. Mungkin itu adalah gejala normal bagi mereka yang baharu pulih dari positif covid19.

Okay sambung kisah shell out di ZA Cafe. Actually ini adalah pertama kali Mrs. A, Aryssa dan Adik dine-in di ZA Cafe. Sebelum ni tapau [SINI] Mr. A tu tak kiralah dia dah macam maskot kat situ bak kata Z abang si kembar hahahaaa...

Shell Out Di ZA Cafe. 

Shell out
Muka seorang Mrs. A selepas sihat dari covid19 gittewww...

Shell out
Belum habis tabur kena tunggu lagi 😝

Shell out
Adik, Aryssa, Aboy

Shell out
Disebabkan N duduk hujung sekali so Mrs. A pun dera dia suruh wefie ngeh! ngeh! ngeh!

Shell out
Z sedang mengisi tower air tebu we all
Nun di belakang baju merah penampakan seketul Mr. A 

Sesiapa yang belum pernah mencuba shell out di ZA cafe, uols kena cuba tau. Ianya sedap sangat yummy! yummy! so yummy! gittewww... 😇😇😇 bukan Mrs. A yang mula-mula kata tau biras Mrs. A yang cakap dia dah pernah ber shell out kat tempat-tempat lain jugak tapi katanya kuah shell out kat ZA cafe ni paling sedap. Itulah mula-mula Mrs. A memang nak komen sedap tapi segan cause ini 1st time Mrs. A ber shell out hahaha... kesian ko Mrs. A. Kami sekeluarga malam tu semuanya puashati dari yang paling kecik sampailah yang tua-tua semuanya habis makan sampai licin.

Alhamdulillah rezeki dariNya thank you to Mr. A cause lanjer kami semua Shell Out Di ZA Cafe next time boleh datang lagi.

IG ZA cafe: @zacafe.official


17 ulasan:

  1. Hehe saya pun sekali makan shell out di luar jadi tidak dapat buat bandingan.
    Kalau selalu makan di situ kira menepati selera.

    BalasPadam
  2. SA kalau shell out dengan kengkawan ok la...ngan family my dad dan my mom tu x berapa gemar..biasa la orang tua kan..makan nak proper ada pinggan bagai...apapun seronok sesekali kalau dapat bershell out ramai- ramai macam ni

    BalasPadam
  3. baru baca istilah shell out. ni pun tak berapa nak faham juga. outing la kot ya...

    BalasPadam
  4. Makan she'll out dapat geng yang all out baru ngam.. Kalau tak rasa tak seronok. Baru cakap dengan en suami Kalau balik kg kumpul ramai-ramai buat shell out syok juga ni.

    BalasPadam
  5. akk pun baru sekali try shell out...

    bagus masakannya, sedap, berbaloi..

    BalasPadam
  6. ALHAMDULILLAH SHELLOUT SEKELUARGA SEDAPNYA SEAFOOD

    BalasPadam
  7. sedapnyaaaaa shellout...tak ajak pun sayaaaaaaa ;-)

    BalasPadam
  8. Sedap nya tengok. meriah makanan kat situ

    BalasPadam
  9. sedapnyaa! Puas hati tengok menu shellout dia

    BalasPadam
  10. Kita pun sama, Mrs A..Orang lain dah shell out baper puluh kali..Saya tak pernah lagi..haha..

    BalasPadam
  11. Wow boleh masuk lost ni. Tq for shating

    BalasPadam
  12. menarik..apepun jaga SOP kemana mana ye..hehe
    moga semua ahli keluarga dilindungi Allah hendaknya Aamiin =)

    BalasPadam
  13. sedapnya makanan kat situ. Yg lg best dpt berkumpul dgn semua ahli keluarga...

    BalasPadam
  14. nampak sedapnya shell out tu.nak try makan situ jugakla

    BalasPadam
  15. bukan maskot la Mrs.A..duta. hehe. saya pulak tak pernah bershell out. lagi sedih. Alhamdulillah dah sembuh dan boleh menikmati makanan sedap bersama keluarga

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah dah sembuh. Moga terus sihat, lagi 4 hari kita puasa.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©