Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur

15 Februari 2024

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur. Pada hari Isnin 12022024 cuti sempena CNY Mrs. A dikurniakan rezeki masa menyantuni majlis perkahwinan anak saudara sahabat Mrs.A sejak dari kecil dahulu iaitu D.A[SINI] Mrs. A pergi berdua sahaja dengan Mr. A. Along dan Adik tak mahu ikut. Begitulah bila anak-anak dah meningkat remaja mereka lebih suka dengan aktiviti sendiri daripada join aktiviti ibu/babah 😑

 Anak saudara D.A ini adalah anak arwah abang Ngah beliau yang duduk di Wangsa Maju. Mungkin sebab itulah majlis perkahwinan diadakan di Dewan Komuniti Setiawangsa. On the way nak ke Dewan Komuniti Setiawangsa ini ikut jalan belakang Ampang/Ulu Klang kemudian lalu AU3 haish! terimbau jugalah nostalgia sewaktu muda remaja bermastautin di AU3 Menara Rajawali dahulu hahahaaa...[SINI] Pada waktu Mrs. A dah berpindah 2009 Dewan Komuniti Setiawangsa ini masih belum wujud lagi. Meh! sini Mrs. A belanja gambar.

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur. 

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pasangan mempelai

Selamat Pengantin Baharu
Sekali lagi gaya bebas katanya 😝

Selamat Pengantin Baharu
Duduk sebelah Mrs. A bonda D.A

Selamat Pengantin Baharu
A childhood friend 😍

Terima kasih D.A di atas jemputan. Mrs. A dan Mr. A rasa seronok dan excited dapat jumpa ramai kenalan lama dan juga jumpa kawan baharu Syed H looking forward untuk next appointment.

Kepada pasangan mempelai yang sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua aunty mendoakan kalian berdua sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Selamat Pengantin Baharu semoga kekal berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi. Alhamdulillah bahagia.



20 ulasan:

  1. selamat pengantin baru...semoga bahagia till jannah..

    BalasPadam
  2. barakallahulakuma utk kedua mempelai...

    BalasPadam
  3. Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai, semoga berbahagia sehingga ke akhirnya

    BalasPadam
  4. selamat pengantin baru... semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.. hingga ke syurga firdausi.. ameeennnn

    BalasPadam
  5. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai 🌷
    Cantik pelaminnya...

    BalasPadam
  6. dulu kita diraikan sbg pengantin..skrg ni kita jadi mak bapak pengantin pulak.... how time flies...

    BalasPadam
  7. slmt pengantin baru tuk mempelai. tuan blog juga sangat cantik dgn kaftan hijau. hakak sangat suka 😍😍

    BalasPadam
  8. Semoga pasangan pengantin kekal hendaknya ke anak cucu.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dan Tahniah. Moga bahagia selamanya. Cantik semua.

    BalasPadam
  10. Sukaaa lihat pelaminannya 😍. Putih emas, jadi berkesan elegan dan mewah. ❤️. Semoga kedua pengantin dikaruniakan semakin banyak rezeki yg baik setelah menikah yaa ☺️

    BalasPadam
  11. Selamat kepada pengantin. Selamat menempuh hidup baru, bahagia selalu.

    Salam,

    BalasPadam
  12. Cantiknya akk! Sesuai sangat baju tu ngn akk , akk nampak sweet gitu.. hehe

    BalasPadam
  13. Selamat pengantin baru ..cantik pengantinnya

    BalasPadam
  14. Alamak tahun ni tak merasa lagi lauk kenduri.

    BalasPadam
  15. waahh selamat pengantin baru buat kedua mempelai

    BalasPadam
  16. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Seronok pergi majlis kahwin ni dapat jumpa ramai sedara mara dan kawan kawan yang dah lama tak jumpa selain dapat makan nasi minyak.

    BalasPadam
  17. selamat pengantin baharu dan moga kekal bahagia hingga ke Jannah...aamiin

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©