PRU15 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: PRU15

2 Disember 2022

PRU15

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

PRU15. Rasanya belum terlambat lagikan Mrs.A nak cerita kisah PRU15 Mrs.A 😊😊😊. Ketika ramai orang balik ke kampung untuk mengundi Mrs. A terbalik pulak ngeh! ngeh! ngeh! terpaksa ke KL untuk mengundi. Ini semua gara-gara salah faham Mrs. A dengan dear Mr. A tulah😝. 

Pada awal tahun sewaktu SPR duk sibuk-sibuk iklankan nak daftar pemilih dan tukar tempat daftar pemilih tu Mr. A cakap biar dia buat proses nak tukar tu siap Mrs. A dah bagi salinan K/P sekali kononnya nak tukarkan ke Seremban. "Nanti time PRU15 boleh sama-sama pergi mengundi" katanya huhuhuu... Mrs.A pun happy sesangat dan langsung takde follow-up, dia pun sama tak up-date apa-apa pun. Namun alangkah terkejutnya Mrs. A muahahaha terkejutlah sangat bila dah diwar-warkan semak tempat daftar pemilih tu. Mrs. A pun semaklah tengok-tengok tempat yang sama uols di [SINI] Sabar yolah. 

Tetapi sebagai seorang rakyat Mesia yang bertanggung jawab gigih tau Mrs. A pergi mengundi pergi dengan ditemani oleh Along dan Adik of courselah setelah mendapat keizinan dari Mr. A. Sehari sebelum hari mengundi tu dah cakap dengan Mr. A yang Mrs. A nak pergi mengundi pergi dengan Along dan Adik. Sebabnya Mrs. A faham dia ada kerja dan busy dengan PRU15 ni di kawasan yang dia terlibat. 

Okay jom layan gambar PRU15 seorang Mrs. A

PRU15
Gerak dari rumah lepas zohor sampai Jalan Jelatek lebih kurang pukul 2 lebih kalau tak silaplah

PRU15
Queue agak panjang time 2-4 petang tu tapi oklah gerak laju jer...

PRU15
Sambil queue tu sempatlah snap gambar tempat nostalgia ni nun yang tinggi tu Menara Jentayu sebelah dia tak ingat nama apa yang pendek color oren tu Kelumpuk Serindit πŸ˜‡

Sementara Mrs. A mengundi tu Along dengan Adik. Mrs. A suruh depa pergi lunch. Melihat keadaan queue yang agak panjang tu sure ambil masa jugak sejam dua gitteww.... Lagipun ditakdirkan pula Along ada kawan-kawan yang sama belajar di IKTBN duduk area AU dan juga Ampang kekdahnya sambil dia hantar Mrs. A sempatlah juga dia berjumpa dan lunch sama dengan kawan dia dua orang tu.

PRU15
Done, panjangnyalah hai ink tu sebab petugas tu suruh cucuk sampai rasa dasar botol.πŸ˜†

Sewaktu Mrs. A dah selesai mengundi Along dan Adik belum selesai lagi lunch bersama kawan-kawannya. Kekdahnya Mrs. A sabar ajelah menunggu dijemput pulang. Mrs. A pun lepak menunggu Along di bus stop depan Sekolah AU Keramat tu. Mujurlah bukan Mrs. A sorang aje ada juga sekumpulan adik-adik yang sedang menunggu mak/pak depa amik.

PRU15
Those were the days Mrs. A tinggal di Menara Rajawali  yang color grey tu. Dulu colornya lain yang sebelah tu pulak Cenderawasih saja nak bagitahu kah! kah! kah! 

PRU15
Dah! dah! jom pulang. Tol Sg Besi clear maybe sebab tol percuma kot eh! tiberrrr...

PRU15
Sshhhh..... undi adalah rahsia😝

PRU15 penuh dengan kejutan kalau PRU14 dikatakan ibu segala pilihan raya apa kurangnya PRU15 kali ini sejarah tercipta parlimen tergantung, kerajaan tidak dapat dibentuk disebabkan tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. 

Alhamdulillah syukur Malaysia masih mempunyai Raja Berpelembagaan so akhirnya suka ataupun tidak tahniah diucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sama-sama kita doakan Malaysia tanah air tercinta akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

Okay itu sahaja kisah PRU15 seorang Mrs.A.




17 ulasan:

  1. sekolah rendah tisya dlu tu ...bole jln2 la ke kl dr seremban hehe....lpsni kena tukar siap2 la

    BalasPadam
  2. biar betul niiii? Mrs A mesti kenal Cikgu Yatim, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang benar Anies hehehee... tak kenal.

      Padam
    2. dia ex GB SK lembah keramat. rumah dia blok jentayu tu

      Padam
  3. Lepas ni buat follow-up ye, kalau tak mengundi jauh-jauh lagi..hehe. PRU15 penuh sejarah. Harap kerajaan yang dibentuk dapat menjalankan tugas sebaiknya

    BalasPadam
  4. selesai dah satu tanggung jawab kita pada negara, selebihnya serah pada pentadbir lah kan Mrs A :)

    BalasPadam
  5. Samalah, kesan jari saya pun panjang 🀣

    BalasPadam
  6. Nostalgia pulak tengok gambar-gambar tu walaupun takde kaitan dgn PH haha ..

    BalasPadam
  7. heheheh kira lambat daftar ke camne tu kak masih tak tukar lagi tempat nya? mujurlah ada yang boleh hantarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. rupanya proses nak tukar tu kena ikut alamat dalam K/P

      Padam
  8. mugo2 negara akan tatap aman damai sentosa sejahtera senantiasa., aminn

    BalasPadam
  9. panjang betol kena jolok jari ye kak hehe

    BalasPadam
  10. sempat la menggamit kenangan lama duduk di KL ye Mrs A.

    BalasPadam
  11. Moga Malaysia kekal aman damai harmoni

    BalasPadam
  12. semoga malaysia ada perubahan dr sbelm2 ini

    BalasPadam
  13. yahooo da ada PM10.
    tiberrrr :) ha ha ah ha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©