As Salam and greetings to dear readers.
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A. Syukur alhamdulillah dikurniakan rezeki masa dapat memenuhi jemputan kahwin anak cousin Mrs. A. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Kaklang Nora. Kaklang Nora adalah cousin Mrs. A di sebelah arwah abah, arwah abah Mrs. A dan emak Nora adalah adik-beradik.
Majlis diadakan di Astana Kayangan Zemi, Seremban 2. Beberapa hari sebelum itu Alang, Angah dan Mrs. A dah berpakat nak hadir dan janji masa sampai di dewan lebih kurang sama. Alang yang dari KL balik ke kampung sehari sebelum majlis. Lagipun memang dia dah plan nak bawa emak sekali. Sementara Angah dari Melaka terus ke dewan begitu juga dengan Mrs. A. Untuk majlis kali ini Mrs. A hadir bersama Along dan Adik sahaja Mr. A tidak dapat hadir kerana ada program lain.
Pengantin perempuan adalah anak sulung Nora. Kiranya ini majlis kenduri kahwin sulung buat Nora. Risau betul dia, banyak kali beliau minta doakan majlis berjalan lancar ialah mesti berdebar-debarkan dahlah seorang diri menguruskan kerana suami beliau telah pergi dahulu menemui penciptaNYA.
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A.
Sedara-mara bergambar bersama pengantin |
Sini ada cousin anak arwah Makngah Jelebu, arwah Paklong Paroi dan arwah abah Mrs. A depa panggil Pakcik Lubok China cuma yang sorang berdiri baju hijau cair tu mak busu |
Emak dan sister-in-law nieces/ nephews Mrs. A |
Mrs. A ajak emak selfie tapi tak tahu nak pandang mana hahahaa... |
Baju purple kaklang Nora emak perantin sebelahnya Mrs.Shamsul |
Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Paling happy dapat berjumpa dengan ramai cousin Mrs. A dan juga sedara-mara yang hadir. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar hingga ke Jannah.
Buat anakanda Nora, Syaza dan Azmi aunty ucapkan selamat pengantin baharu moga kekal berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi.
Selamat Pengantin Baru buat Syaza & Azmi.
BalasPadamAlhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seronokkan dapat berkumpul dgn saudara mara gini...
Selamat pengantin baru syaza & azmi... best kan hadir walimatul urus... dpt jumpa saudara mara yg lama x jumpa
BalasPadamAlhamdulillah, dapat jumpa ramai saudara-mara di majlis perkahwinan. Semoga kekal hendaknya pasangan pengantin, hingga ke jannah. Amin..
BalasPadammeriahnyer semua., hehe
BalasPadamSelamat Pengantin Buat Kedua Dua Mempelai..Semoga Allah kurniakan rumah tangga yang Bahagia till JannahNya..Aamin!
BalasPadamMERIAH MAJLISNYA SELAMAT PENGANTIN BARU PASANGAN MEMPELAI
BalasPadamKalau gi kenduri kahwin sedara ni best sebab time ni dapat berkumpul semua sedara mara yg jauh dan dekat.
BalasPadamSelamat Pengantin Baru untuk kedua mempelai. ni mesti tema klasik
BalasPadamKalau sedara dekat buat kenduri kawen mmg kita plan dtg sekali masa kenduri .. ada la rakan nk bersembang hahahah :D
BalasPadamSelamat menempuh hidup baru buat kedua mempelai,
BalasPadammoga kekal bahagia selamanya.
Salam,
Happy sangat kalo bisa kumpul dengan keluarga kan. ❤️❤️. Memang terkadang acara macam wedding inilah yg bisa menyatukan banyak ya kak 😁. Kalo tak, susah sangat nak bertemu.
BalasPadamSemoga pernikahan keduanya langgeng hingga ke anak cucu.
Semalam ada wedding kat Puchong..dah petang baru SA teringat..hahaha..sibuk jaga Mak Pah sakit..
BalasPadam