Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

1 Mac 2024

Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan. Salam Jumaat Mrs.A ucapkan buat readers my blog my stori. Alhamdulillah majlis bacaan Yasin online mingguan pada 01 Mac 2024 ini telah dihoskan dari surau Ibupejabat. Kiranya ini adalah kali kedua pada tahun ini Ibupejabat menjadi hos, sebelum itu [SINI]. Majlis pada pagi tadi telah dipimpin oleh saudara Mohamad Idzhar dari Jabatan ICT yang mesra di sapa Idzhar oleh kawan-kawan di Ibupejabat. 

Actually hari ini adalah hari terakhir Idzhar bertugas di SAINS 😢😢 Mrs. A difahamkan Idzhar telah mendapat kerja di operator air lain dan akan memulakan tugas pada minggu hadapan. Sempat jugalah Mrs. A bermaafan dengan Idzhar tadi didoakan beliau bertambah maju jaya di tempat baharu. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan.

Salam Jumaat
Alhamdulillah selesai sudah

Salam Jumaat
Jemaah lelaki nun di sebelah tirai

Salam Jumaat
Idzhar sedang mengucapkan sepatah dua kata sempena hari terakhir beliau di sini

Selepas majlis bacaan Yasin tadi turut diadakan jamuan ringkas merangkap farewell untuk Idzhar 😊

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Jamuan ringkas tersebut adalah hasil potluck daripada kakitangan yang ingin menyumbang dan juga bersedekah memang begitulah tradisinya di Ibupejabat tempat Mrs. A bekerja ini. Semoga Allah memberkati majlis bacaan Yasin dan jamuan tersebut.

Okay itu sahaja nak share Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu dear readers.





10 ulasan:

  1. Semoga Sdr Idzhar lebih sukses di tempat baru.
    Seronok potluck begini, boleh sama² meraih pahala...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, lepas bacaan Yasin dapat menjamu selera sama2.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, jadi rutin kan..

    selamat bertugas di tempat br bagi sahabat yg berpindah tu.. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah majlis baca yasin diraikan

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bacaan Yasin bersama berjalan rutin ya Mbak.
    Selamat bertugas di tempat baru buat Mas Idzhar.

    Mirip suasana nya dengan kami disini, Mbak. Biasanya malam Jumat jemaah masjid membaca surat Yasin selepas shalat Magrib. Akhir acara ada juga jamuan kecil-kecil. Hanya kue-kue saja. Ditutup dengan shalat Isya berjamaah.

    Salam,

    BalasPadam
  6. Ada juga kenangan post untuk Idzhar, semoga beliau terus success di tempat baru..

    BalasPadam
  7. suatu inisiatif yg baik yg dilakukan oleh majikan...
    all the best utk.idzhar di tmpt baru

    BalasPadam
  8. Mesti bercampur-baur perasaan Encik Idzhar.
    Kenangan terakhir sebelum berpindah.

    BalasPadam
  9. Menjamu selera dengan potluck ni best sebab boleh rasa macam2 makanan yang dibawa....

    BalasPadam
  10. Selalunya sedih juga kalo ada teman yg berpindah kerja . Tapi demi kebaikan dia juga kan. Semoga Abang idzhar bisa makin berjaya di tempat baru.

    Perpisahannya pun ditutup dengan acara membaca Yasin bersama. 👍🏿

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©