#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling

22 Ogos 2023

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling. Pada mulanya jadual permainan yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur iaitu Syarikat Air Darul Aman (SADA) di antara permainan bowling dan netball tidak bertindih/ sama. Di dalam syarat-syarat dan terma juga pemain dibolehkan untuk bermain lebih dari satu jenis permainan. Tidak berapa lama kemudian setelah mereka mengemaskini jadual ditakdirkan pula jadual pertandingan netball dan bowling adalah sama tarikh iaitu pada 26082023. 

Okay berbalik kepada kisah netball, pada hari Sabtu 17062023 Mrs. A pergi selection netball untuk kali yang kedua. Setelah selesai sesi pemilihan pada hari itu manager netball dan coach telah memanggil Mrs. A dan bertanyakan dari hati ke hati eeecewahhh! hati ke hatilah! sangat! 😂😂😂 Mrs. A sebenarnya pilih netball atau bowling. Sejujurnya Mrs. A memang berat hati ke arah netball seandainya terpilihlah. Kemudian coach pun cakap dari pemerhatian, kita memamg pilih akak sebabnya dikalangan veteren akak memang bagus. 

Wow! hahaha.. suka Mrs. A mendengarnya 💖💖💖. Kemudian manager netball pulak bagitahu dia pernah berborak dengan manager bowling minta tanya betul-betul dengan Mrs.A nak main netball ke bowling. Kalau Mrs. A pilih netball dia okay je dan faham sebabnya team netball memang perlukan veteren sepertimana yang terdapat di dalam terma dan syarat-syarat penyertaan wajib ada dua orang veteren yang sentiasa bermain ketika satu-satu perlawanan berlangsung. Alhamdulillah bila dengar macam tu kurang sikit rasa serba salah Mrs. A terus masa tu 17062023 Mrs. A decided pilih netball.

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling.

#roadtosbamkedah2023
#netballismypassion 😜

Setelah pulang ke rumah pada Sabtu malam tu berkira-kira menyusun ayat camne nak bagitahu kat  group WhatsApp bowling ni 😩😩😩. Susun punya susun, karang punya karang tapi malam tu masih tiada kekuatan lagi nak bagitahu. Terbeban betul jiwa dan perasaan masa tu. Sampailah selepas subuh pagi esok tu barulah Mrs. A maklumkan di dalam group bowling. Intipatinya haruslah mohon maaf kerana menyusahkan. Mrs. A tak terus left group pun tunggu dalam 10 minit tapi sorang pun takde reply mungkin mereka masih lena dibuai mimpi almaklumlah masih awal lagi lebih kurang pukul 6.30 pagi 18062023 ketika itu. 

Ada juga seorang dari team bowling yang sentap dengan Mrs. A langsung tak bertegur sape selepas Mrs. A left group tu huhuuu... tapi alhamdulillah setelah sebulan berlalu dan Mrs. A mula tegur dia dulu dia pun dah okay sepertimana sebelum ini. Mrs. A risik jugalah siapa yang ganti Mrs. A katanya takde siapa yang ganti. Perempuan tetaplah 3 orang cumanya seorang perempuan kena bermain dua ketegori single lelaki perempuan, duo lelaki perempuan atau group 4 orang lelaki perempuan belum diputuskan lagi. Alhamdulillah lega Mrs. A dengar problem soft.

Kekdahnya selepas Mrs. A terpilih dan group WhatsApp netball road to SBAM wujud Mrs. A pun busy training bersama-sama netballers yang terpilih.

#roadtosbamkedah2023
Yang ini sewaktu selection kedua lagi seorang tiada dalam gambar

Jadual training netball boleh sama pulak harinya dengan bowling 😄😄😄 iaitu setiap Selasa dan Khamis. Tempat latihan adalah di Sekolah Perempuan Tuanku Ampuan Rohani (SGS) di Sikamat a.k.a TKC lama. Masa latihan 5-7 petang. Tetapi bukanlah semua yang dirancang menjadi ada juga hari-hari tertentu tempat dan masa latihan berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Sebelum selection tu team netball telah adakan sesi suai kenal bersama coach dan training suka-suka bersama mereka yang berminat.

#roadtosbamkedah2023
Training suka-suka bersama coach to be @ 30.05.2023

#roadtosbamkedah2023
Memori pada selection pertama netball 10.06.2023

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling. Setelah berfikir semasak-masaknya tanpa paksaan mana-mana pihak akhirnya Mrs. A masih berminat dan gembira untuk memilih bermain netball. 😂😂😂

6 ulasan:

  1. W'salam Mrs. A..
    Semestinya Mrs. A dan netball tak dapat dipisahkan..

    BalasPadam
  2. Fuh bukan kaleng2 main netball ni.. Semoga berjaya.. Biasa la tu ada yg sentap2 ni hahaha..

    BalasPadam
  3. ada yg sentap gak...huhu...pilih yg kita lebih happy..

    BalasPadam
  4. waahhhh bestnya main kat tmpt ada bumbung!

    BalasPadam
  5. Patut Mrs A maintain kurus, main netball rupanya. :)

    BalasPadam
  6. Netball bagus lagi untuk keluarkan peluh berbanding bowling

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©