Santai-Santai Bowling - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Santai-Santai Bowling

5 Februari 2025

Santai-Santai Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Santai-Santai Bowling. Pada 24012025 yang lalu Mrs. A telah terjebak pulak di dalam santai-santai bowling a.k.a bowling sukahati. Pertandingan bowling ini dianjurkan secara suka rela oleh kakitangan Daerah Port Dickson yang diketuai oleh Pengurus Air Daerah mereka dan dibantu oleh bowlers yang pernah terlibat di dalam SBAM. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama rakan sekerja disamping persediaan awal untuk ke SBAM Selangor 2025.

Memang sesiapa yang aktif bersukan di syarikat ini akan kenal dengan Puan Z. Actually Puan Z bukan setakat aktif bersukan sahaja lain-lain aktiviti pun beliau aktif juga. Santai-santai bowling ini penyertaannya adalah terhad kepada sesiapa yang tahu sahaja #ytjt. 😉😉😉 As for Mrs. A mendapat tahu daripada En H salah seorang bowler wakil SBAM dan kami pernah satu group dalam pertandingan bowling [SINI]

Santai-santai bowling ini diadakan di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Kenapa dan mengapa di sini tiada pula Mrs. A bertanya, apa yang pasti Mrs. A tak ingat jalan ke situ walaupun dah 2 ke tiga kali ke situ muaahahaaa. Bak kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih so pandai-pandailah adjust lagipun waze kan ada eh! 😇 Mrs. A sewaktu pergi follow kereta salah seorang ganglunch Gojes dan balik pula Mrs. A follow si N. Meh! Mrs. A share gambar dari phone Mrs. A dulu ya. 

Santai-Santai Bowling. 

Bowling
Sebelum bermula kita bergambar bersama-sama dulu

Bowling
Group 8 hasil dari cabutan undi

Bowling
N 👆
abaikan si photobomb belakang tu

Bowling
Rezeki dapat nombor 5 sahaja daripada 10 group yang bertanding

Santai-Santai Bowling.

Gambar-gambar dari phone Mrs. A tu Aryssa yang tolong snapkan. Aryssa follow Mrs. A ke santai-santai bowling ni sebabnya semenjak 6 Januari 2025 lalu Aryssa dah start internship di Maybank S2. Kekdahnya pergi dan balik setiap hari kerja we both go together-gether gittewww... syukur alhamdulillah dapat tempat internship sekangkang kera aje dari ofis ibu.

Eh! ada iklan pulok! okay sambung untuk santai-santai bowling ini penganjur hadkan kepada 40 orang yang awal sahaja boleh join sebabnya lane di d'Tempat Country Club tu hanya ada 10 sahaja. Setiap group pula terbahagi kepada 4 orang. Cara group dibentuk pula dengan cabutan undi. So tak dapeklah kau nak pilih-pilih siapa ahli group ngko ya Mrs. A hoi! muahahaaahaaa.... 

Cabutan undi diadakan sehari sebelum melalui kaedah online. Tukang cabut undinya adalah Puan Z so masa undian dijalankan we all nonton online melalui googlemeet. Laju aje Puan Z buat kerja tu kami semua yang terlibat pun berpuashati aje. Oh! ya selepas dah tahu ahli group tu Mrs. A adalah cadangkan supaya yang perempuan diberikan handicap. Hurmmm... tapi tulah cadangan Mrs. A tidak dilayan uols! sedih! 😢😢😢 Bukan apa berdasarkan pengalaman Mrs. A sebelum ini kebiasaanya peserta perempuan akan diberikan handicap. Tapi itulah, keputusan muktamad terserah kepada penganjur. Kekdahnya sebab itulah group Mrs. A mampu dapat nombor 5 aje ada dua orang pompuan hokeh! eh! tiberrr...

Okay jom Mrs. A belanja gambar dri group WhatsApp santai-santai bowling. Amaran ✋ jangan muntah gambarnya banyak uols! 

Johan Group dapat medal

Naib Johan Group dapat medal juga

Nombor 3 group pun dapat medal

Nombor 4 group dan ke bawah tiada medal 😝

Nombor 6 group

Nombor 7 group

Nombor 8 group

Nombor 9 group

Gambar group nombor 10 tiada pula di dalam group WhatsApp santai-santai bowling, tak pasti sebab apa. Maybe masa tu photographer volunteer belum bersedia lagi kot. ✌

Santai-Santai Bowling.

Untuk pemenang individu hadiah disediakan sehingga temapt kelima. Ada juga hadiah sesiapa yang mendapat Turkey (3 kali strike berturut-turut).

Individu lelaki No 1

 No 2

No 3

No 4

Pemenang individu No 5 dari group 8 Mrs. A letteww

Pemenang individu wanita No 1

Nombor 2

Eh! Puan Z menang nombor 3

N nombor 4 individu berganda medal dia ha 😍

Nombor 5

Fuh! baru Mrs. A perasan kesemua pemenang individu wanita tu kecuali N datangnya dari Daerah Port Dickson. Tahniah! patutlah depa suka sangat anjurkan games bowling ini sebabnya ya... #sisgurauje

Tak peliklah dia ni a.k.a Tok Rizz memang champion selalu, dapat turkey menang wang tunai

Peserta terpaling ceria menang wang tunai juga.

Finally Mrs. A nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat penganjur iaitu Daerah Port Dickson dalam menganjurkan pertandingan santai-santai bowling ini. Walaupun simple tapi tetap meriah dan berjaya mengumpulkan peminat bowling dari pelbagai daerah.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang tak menang tu boleh cuba lagi di lain masa 👌

Dah siap post baru Mrs. A perasan sepatutnya watermark tu kredit @nana group WhatsApp santai-santai bowling. Maafkan Mrs. A @nana.


1 ulasan:

  1. Cie tak pernah main bowling. Entahla tak minat. Dulu masa belajar kat Poli JB kawan2 semua main Cie jadi penonton jela.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©