Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan

23 Januari 2025

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan. Alhamdulillah pada 5 Januari yang lalu dapat menyantuni majlis perkahwinan officemate iaitu Teh Zulaikha dan pasangannya. Majlis di adakan di Casa Lagenda Convention Centre (CLCC), Jalan Paroi-Senawang. CLCC ini kira dekat aje dengan area rumah Mrs. A. Selalu lalu lalang dan ini adalah pertama kali Mrs. A menjejakakan kaki di CLCC. Mrs. A pergi dengan ditemani oleh Adik dan Aryssa.

Dah boleh agak mesti ramai kawan-kawan SAINS yang hadir. Mrs. A tak janji pun dengan kawan-kawan SAINS yang lain. Kalau jumpa, jumpa ajelah di sana gittewww! nampak tak berlagak sikit sebab tahu tempatnya di mana muahahaaaa... beza dengan [SINI]

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan.

Selamat Pengantin Baharu
Sebelum pulang haruslah bergambar bersama perantin 😍

Selamat Pengantin Baharu
Terima kasih Adik dan Aryssa temankan ibu 💝

Selamat Pengantin Baharu
Sementara menunggu Adik ke gents, sempat bergambar di sini

Selamat Pengantin Baharu
Souvenir dari tuan rumah

Dewan CLCC ini agak besar sesuai dan selesa jika menjemput tetamu di dalam jumlah yang ramai. Services caterer pun bagus.  Suasana di dalam dewan pun sejuk aje, air-condnya memang berfungsi dengan baik. Selain daripada station nasi dan lauk-pauk. Ada juga station ice-cream, cendol dan juga kuih-muih.

Terima kasih Teh Zulaikha di atas jemputan. Mrs. A doakan ikatan perkahwinan yang baharu dibina sentiasa sakinah, mawaddah, warahmah.




12 ulasan:

  1. Cantiknya baju kurung Mrs A, suka kak ana tengok warnanya :)

    BalasPadam
  2. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
    Suka nama mula dgn Teh ni, unik & sedap namanya...
    Lawa baju Mrs A 👍🏻

    BalasPadam
  3. Selamat pengantin baru buat keduanya.

    BalasPadam
  4. Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan!

    BalasPadam
  5. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah
    barakallahulakuma utk kedua mempelai...

    BalasPadam
  7. wah mewah majlisnya selamat pengantin baru pasangan mempelai

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dan Tahniah buat seisi keluarga. Selamat Pengantin Baru.

    BalasPadam
  9. Selamat Pengantin Baru Teh & pasangan..

    BalasPadam
  10. Semoga kedua mempelai semakin banyak rezeki selepas menikah, dan dilanggengkan selalu hubungannya hingga usia tua nanti ☺️

    Td saya pikir pengantin wanita ada keturunan Bandung kah? Sebab pakai Teh. Tapi ternyata Teh ini memang nama dia yaa?

    Kalo di bandung atau masyarakat Jawa barat, teh artinya kakak perempuan ☺️

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©