Selamat Tahun Baharu 2025 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Tahun Baharu 2025

7 Januari 2025

Selamat Tahun Baharu 2025

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baharu 2025. Rasanya masih belum terlambatkan untuk Mrs. A mengucapkan selamat tahun baharu 2025 dan salam 7 Rejab. Pada cuti tahun baharu kali ini Mrs. A tak ke mana-mana pun sekadar bermalas-malasan di rumah sambil melayan K-Drama di Netflix. Alhamdulillah heaven betul rasanya 💃💃💃

Memang pada 1 Januari 2025 itu Mr. A pun tiada planning ajak ke mana-mana Mrs. A pun suka aje sebabnya asyik berjalan ke sana-sini lotih den ha gittewww... Adik dan Aryssa pun tiada permintaan nak keluar jalan-jalan. Along selalunya memang jarang nak keluar bersama mak/pak dia nih! almaklumlah dah bujang teruna lebih suka keluar bersama kawan-kawan dia.

Selamat Tahun Baharu 2025.

Selamat Tahun Baharu 2025.
Credit photo to SAINS

Soalan klise bila tahun baharu menjelma apa azam tahun baharu? ngeh! ngeh! ngeh! sejujurnya Mrs. A tiada azam yang khusus. Azam di alam pekerjaan adalah hendak datang 10 minit awal sebelum pukul 8.00 pagi. kah! kah! kah! jujur cakap pada 2 Januari 2025 tu tak tercapai pun azam tu tapi masih lagi boleh dibanggakan sebabnya berjaya thumb print sebelum pukul 8.00 pagi Alhamdulillah. Walaupun nampak remeh-temeh tapi kepada Mrs. A dan sewaktu dengan kawan-kawan office yang kehadiran tak berapa nak punctual ni eh! 😝 itu adalah suatu kepuasan peribadi.

Azam dari segi blogging pula tak berani nak menjanjikan apa-apa sebabnya berdasarkan pengalaman tahun-tahun sudah semakin berazam untuk rajin berblog semakin ke laut dalam pula jadinya. Huhuuuhuuu sedih! 😢 Jadinya Mrs. A mengambil pendekatan mengikut arah angin sajo.

Pada tahun 2025 ini umur Mrs. A pun dah berubah di pangkalnya menjadi tut tut. Azam dari segi kehidupan peribadi pula nak menjadi hamba Allah yang lebih baik dan sayangkan diri-sendiri lebih dari tahun-tahun sebelumnya. 

Okaylah itu sahaja nak luah rasa. Selamat tahun baharu 2025 dear readers dan rakan-rakan blogger sekelian semoga tahun 2025 ini kehidupan kita akan lebih diberkatiNYA.




5 ulasan:

  1. selamat tahun baru 2025 Mrs A, kak ana lama dah tak perbaharui azam, masih di azam yang sama je tiap tahun hehe :)

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru. Semoga yang baik2 je.

    BalasPadam
  3. Selamat Tahun Baru Mrs A
    Semoga yg baik² saja utk kita semua 🤲🏻

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baharu Mrs A. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya & semoga sentiasa dalam rahmat & redha Allah..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©