As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Bersara Kak N (KN). Satu lagi kisah campak belakang yang agak jauh. Kisah KN dah bersara, last day dia pada 30 Oktober yang lalu huwaaaa waaa 😢😢😢 I feel so sad. Dah hilang seorang bestie tempat berkongsi kisah dan meluah rasa. Kalau ikut tahun lahir tahun 2025 baharulah tahun sebenar KN bersara wajib tetapi KN tak sabar nak dah! so dia pun bersara awal.
Actually KN dah bagi hints dia nak bersara awal tu dari tahun lepas lagi. Tapi Mrs. A dan Kak Y selalu pujuk dan cakap kat dia tak nak dengar cerita akak nak bersara awal. Tapi itulah pujukan kami tak berjaya dan KN nekad juga nak bersara pada tahun 2024. KN dah hantar surat perletakkan jawatan dia pada awal tahun 2024, ikut bulan birthday dia tapi bos KN reject diminta hold sehinggalah ada pengganti. Waktu surat perletakkan jawatan dia kena rejected Mrs. A suka ngeh! ngeh! ngeh!
Selamat Bersara Kak N (KN).
Bergambar kenangan di cubicle KN di hari jamuan persaraan beliau #25102024 |
Dah hampir 15 tahun mengenali KN ialah sejak Mrs. A join SAINS pada Ogos 2009 KN dah awal lagi bekerja dengan SAINS waktu tu masih di bangunan Wisma Negeri sebelum berpindah ke bangunan sekarang. Banyak sangat kenangan suka dan duka. Kenangan duka tu Mrs. A tak ingat sangat yang Mrs. A ingat banyak kenangan suka dan happy 😍. Banyak event yang kami terlibat, sama-sama bertugas dari zaman Mrs. A free hair sampailah dah berhijab.
Bercerita mengenai jamuan persaraan KN itupun ada drama juga dipermulaannya hahahaaa... Kisahnya orang pertama yang sukarela membuat collection telah merajuk Mrs. A gelarkan dia KA. Itulah gara-gara salah faham dan cakap-cakap pihak yang tak berpuashati dengan menu KA. Kekdahnya ada pihak yang telah take over usaha KA diawalnya itu dan mewujudkan grup whatsapp Jamuan Persaraan KN.
Mrs. A pula serba salah ketika KA ajak tarik diri Mrs. A tak setuju dan terus memujuk dia untuk join aje grup Jamuan Persaraan KN itu lebih mudah dan teratur untuk jamuan yang berskala besar. Tapi KA tetap dengan pendiriannya untuk menarik diri dan tidak mahu terlibat dengan grup Jamuan Persaraan KN yang baharu. Katanya dia akan buat farewell personal dengan KN. Akhirnya hanya dua orang sahaja telah menarik diri dari grup awal, yang lain-lain tanpa mahu mengeruhkan keadaan telah turut menyertai ke grup Jamuan Persaraan KN.
Actually mereka ini adalah mereka yang rajin menjadi organiser sukarela dan juga yang pernah terlibat sama dalam jamuan persaraan Puan RA dan juga HA. Kekdahnya sebelum Jamuan Persaraan KN tu dua kali ahli grup whatsapp a.k.a AJK Jamuan Persaraan KN telah bermesyuarat. Semua aktiviti ini we all lakukan senyap-senyap tanpa pengetahuan KN ialah nanti kalau KN tahu tak surprise lah kan.
Mesyuarat pertama tu agenda mencadangkan aturcara, tarikh, menu, tempat dan cenderahati. Mesyuarat kedua pulak agenda pembahagian tugas dan tanggungjawab masing-masing ke atas tugasan yang telah dibahagi-bahagikan. As for Mrs. A diberikan amanah untuk mencari hadiah seutas jam tangan sepertimana yang telah dipersetujui selain itu tugas lain yang semua AJK kena buat adalah menyediakan satu menu untuk jamuan. Mrs. A punya menu adalah kek batik so beli aje dua box settled. Alhamdulillah tugas Mrs. A untuk mencari jam itu lancar aje sebabnya ada dua orang pembantu 😇💪😉
Selamat Bersara Kak N (KN).
Bertiga ke Swarovski Mitsui membeli souvenir jam tangan untuk KN |
Inilah rupa jam tangan yang kami pilih 💝 |
Tempat jamuan persaraan KN diadakan di rooftop. Tempat ini open dan luas sesuai untuk majlis yang berskala besar dan ramai tetamu. Majlis yang dirancang pada awalnya pukul 9.00 pagi dimulakan lewat sedikit sementara menunggu bos KN iaitu CEO habis meeting dahulu pada pagi tersebut.
Setelah semua berkumpul di rooftop. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian sepatah dua kata oleh CEO dan juga ucapan daripada KN. Kemudian diikuti dengan pemberian souvenir daripada CEO dan juga SGM wakil dari kakitangan iaitu jam tangan yang Mrs. A ditugaskan membelinya itu 😊
Selamat Bersara Kak N (KN).
Bos KN sedang menyampaikan hadiahnya (psssttt... handbag MK) |
SGM wakil kami menyampaikan jam tangan Swarovski |
Pulut kuning yang sedap 😋😋😋 |
CEO minta Mrs. A join sekali makan bersama-sama temankan KN actually ada KY jugak tapi masa Mrs.A ajak selfie-selpot ni KY pegi amik makanan ooppss sorry ya KY |
Okay jom Mrs. A belanja gambar-gambar semasa hari kejadian.
Selamat bersara KN sayang KN kerana Allah |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca pada pagi itupun cerah. Cuma di sebelah petang hujan renyai tapi alhamdulillah makanan semua dah dipindahkan ke dalam lobby. Eh! baharu perasan satu gambar makanan pun Mrs. A takde snap hahahaaa... Sebabnya gegambar menu Mrs. A amik video. Okaylah better late then never itu sahaja nak share kisah Selamat Bersara Kak N.
selamat bersara kepada kawan tersebut..
BalasPadammungkin beliau nak tenang2 je lepas ni tanpa terikat dengan alam pekerjaan.. lady doakan agar Allah permudahkan urusannya.,. ameeennnnn..
bestnya dah bersara. dah boleh berehat dari dunia pekerjaan.
BalasPadam