As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Pengantin Baharu Puteri dan Aqim. Kisah campak belakang yang agak jauh juga ni iaitu pada hari Sabtu 30112024 menyantuni majlis perkahwinan officemate dan juga gang netball iaitu Putri Anura dan Aqim.
Tak sangka memang jodoh Putri dengan Aqim sebabnya Mrs. A dulu memang suka menyakat mereka berdua hahaahaa ketika musim sibuk dengan latihan netball untuk SBAM Aqim suka aje datang sambil acah-acah jadi cameraman dan supporter. Pernah Mrs.A cakap pada Putri, "Putt sebenarnya Aqim datang tu dia nak tengok kau Putt" 😄😄😄 Putt pulak dengan muka merahnya menjawab "alah! akak ni kita dah ada boyfriend la...." eh! tiba-tiba tak lama selepas SBAM depa berdua bertunang. Itulah orang kata kalau dah jodoh tidak ke mana.
Selamat Pengantin Baharu Puteri dan Aqim.
Seketul ni aje gambar bersama pengantin bersama officemate Kay dan anak |
Aryssa temankan Mrs. A. Kak Y dan sorang anak dia tumpang kereta Mrs. A |
Rumah Putri tu jauh dari Seremban iaitu di Air Kuning Selatan, Gemencheh. Mrs. A awal-awal lagi dah cari gang office yang tahu jalan untuk konvoi sekali. Alhamdulillah ada gang. So kekdahnya pagi Sabtu lebih kurang pukul 11 pagi Mrs. A gerak dari rumah dan janji berjumpa di hadapan Watson Daerah Rembau.
Gang konvoi bergambar sebelum pulang |
Sempat aje Mek Yuhh (tepi kanan sekali) menyelit hahahaa... |
Hadiah Mrs. A kepada pasangan mempelai Putri dan Aqim |
Alhamdulillah rezeki Mrs. A dapat menyantuni majlis perkahwinan mereka berdua. Mrs. A memang berhajat sangat untuk pergi sebabnya Mrs. A dan Putri boleh dikatakan rapat juga ialah sama-sama training netball untuk ke SBAM banyak memori suka dan duka sewaktu musim SBAM dulu.
Gigih tau Mrs. A walaupun Mr. A takde tetap berjaya drive jauh-jauh tu eh! hahahaa... Okaylah Selamat Pengantin Baharu Putri dan Aqim semoga berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi.
Tahniah pasangan pengantin jodoh xkemana
BalasPadamBiasa kalau kita mengusik, benda menjadii. hehehe Tahniah pasangan mempelai
BalasPadamSelamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
BalasPadamAqim, macam nama anak sedara PH :)
selamat pengantin baru
BalasPadamSemoga berbahagia hingga ke jannah...
BalasPadamWow...klasik majlis perkahwinan ni...cantik sangat pengantin..jarang orang NS buat konsep macam ni...selamat pengantin baru..
BalasPadamAiiih temanya kuning yaaa. Meriaaah, sukaaa lihatnya.
BalasPadamTerkadang memang jodoh itu ketemu di office 🤣. Saya dengan suami pun sama. 😁. Nak ketemu siapa lagi , yg paling sering kita jumpa biasanya teman2 ofis kan 🤭
barakallahulakuma untuk kedua mempelai..
BalasPadam