Kehilangan
Tajuk macam tajuk lagu jer.. yelah tajuk lagu Firman "Kehilangan". Tapi ni citer kehilangan sesuatu yang disayangi. Pagi ni terasa nak share perasaan kehilangan la pulak... Sedih plus tertanya-tanya manala perginya si Midnite dan Tam ni??? Midnite ni dah lama dah pergi tak balik-baliknya semenjak raya aidilfitri dulu.
We all seminggu takde kat rumah time raya tu tapi in between tu adalah balik rumah but then we all dah pakat dengan jiran sebelah minta tolong dia tengok-tengokkan Midnite plus Whiskas dia dah bagi sekali. Jiran sebelah Mrs. A ni kalau balik kampung pun tak bertungku-bertangga pagi balik petang dah balik semula rumah sendiri. Takler... macam Mrs. A ni bila balik raya tu memang ikut time cutinya tu berapa hari if seminggu kekdahnya seminggu la kat kampung ngalahkan balik jauh ke Sabah/Sarawak nun.. padahal almost every week tu balik kampung. Ngeh!ngeh!ngeh!
Midnite |
TAM yang depan termenug melayan perasaan kot. Kat belakang tengah jejilat badan tu COME |
Actually we all sekeluarga dah usaha dah cari Midnite tu.. at one day tu we all cari keliling-keliling taman sambil jerit-jerit Midnite-midnite tapi tak juger berjumpanya. Yang best pasal Midnite ni bila pangil nama dia dia akan sahut tu yang cute sangat. Kekdah!nya dia tahu nama dia Midnite. Tam dengan Come tak pandai sangat tapi bila dengar bunyi periuk nasi atau bekas makan dia memang dia berlari laju menuju terus ke dapur kekadang terlangsung lelanggar kaki Mrs. A tak sempat brek.
Tuan sebenar-benarnya kekucing ni Mrs. A pun tak pasti siapa. Kekucing ni semua kucing datang. Walaupun bukan kucing Mrs. A mula asalnya tapi we all sekeluarga dah layan macam kucing sendiri. Memula memang tak nak bela tak layan pun kekucing ni tapi anak-anak Mrs. A bukannya boleh dihalang. So layankan ajelah as times goes by dah sayang la pulak.
Huhuuu.huu.. Tam & Midnite kemana agaknya adakah telah jumpa tuan baru atau dilanggar keta??? Walau kat mana pun mereka masih berharap yang mereka akan pulang. Kalau dah jumpa tuan yang lebih baik takpelah we all redho ajelah. Seandainya sebaliknya yang buruk-buruk terjadi biarlah Mrs. A tak tahu coz tak sanggup nak tahu.
Salam. Hee bukan senang hendak menjaga kucing.
BalasPadamsamalah dengan kucing kak ana Mrs.A, yang tamcik tu dah berminggu tak balik sebelum tu nampak murung je, baru2 ni Cik Bunga pula menghembuskan nafas dalam kandang kerana dua hari terlantar sakit, mungkin kena virus dan mati..sedih sangat,sekarang dah tiada kawan dah kak ana bila Adik pi sekolah,sunyi sangat..:)
BalasPadamooo... tulah orang kata kucing jantan memang suka merantau ngeh!ngeh!ngeh!. Lagi satu pernah tak Kak Ana dengar if kita selalu amik-amik gambar kucing ni dia akan pergi tinggalkan kita. Wallahualam.
Padampeminat kucing ye..memang seronok pelihara kucing
BalasPadamkak ana selalunya bagi depa2 ni makan kat belakang rumah je Mrs.A, tapi kadang2 bila dah lama depa main dalam rumah dan bela terus sayang, pastu depa hilang dan mati..tak apalah..redha kan saja.. :(
BalasPadam