Takde yang menarik nak citer. Ceciter raya Haji biasa-biasa aje... balik kampung semestinyalah kalau tak balik tu memang bukan Mrs. A dan kidslah kekdahnya ngeh!ngeh!ngeh! begitulah sinonimnya we all dengan agenda balik kampungnya. Friday night emak Mrs. A dah calling-calling Adik yang jawab katanya nenek tanya esok balik pukul berapa? In Sha Allah lepas Zohor Aqil balik nek. Then nenek kata ayah esok buat lemang mak ngah dengan kakak (my niece) dah sampai yang lain-lain belum lagi. Ayah adalah gelaran yang my kids panggil pada my Bil sepatutnya they all panggil Pakngah tapi they all lebih selesa panggil ayah tapi Makngahnya tak pulak dipanggil ibu.
Esoknya Saturday tu lepas mendobi segala baju expecially school uniforms then kids pun dah settle basuh kasut sekolah barulah we all gerak. Huk! alorr... baru jer gerak dalam 5 ke 6 km dah start jammed selepas traffic light simpang tiga kat kompleks kastam di Senawang tu. (rakyat Seremban tahulah kot jalan ni). So kononya nak elak jammed tu Hubby aku pun belok kiri kekdahnya ikut TTJ then plan nak ikut jalan lama tak mau ikut higway. Sampai ajer susur keluar kat Masjid TTJ tu jammed jugak hokeh! Hubby aku kata sini lagi teruk pastu mujur bukan highway so boleh wat u-turn di celah-celah penghadang jalan yang terpacak-pacak tu mujur ada yang memang dah patah-patah. Hurmm...cenggitu pun boleh. Sabar yolah.
Patah semula ikut highway Senawang alhamdulillah rupanya lepas tol Senawang tu jalan clear hinggalah ke kampung. We all sampai lebih kurang pukul 3.30 petang. Lemang pun dah masak, macam-macam ada. Cuma Aryssa & aku belum lagi boleh menikmati coz we both puasa sunat Arafah. The boys ajer...yang menikmati hidangan tengahari tu oopss.. dah petang pun time tu.
Calling-calling yang lelain Along & Alang they all tak dapat balik. Huhuuuuu...tak dapat ler... aku nak tengok my new born niece tu. yelah masih dalam pantang tak sesuai nak jalan jauh. Katanya if nak tengok sangat meh ler... datang sini Apt. Pelangi Damansara. huwaaa.wa...awaa.. Takpelah next time ajer...kita jumpa ya..
Ahadnya the day raya tu lepas solat gerak pulak ke Jiboi raya sini pulak pastu dah petang balik kampung semula alhamdulillah this time jalan clear huhuhu..if not sure stressed.
This is rare coz raya Haji kali ni paling takde mood nak bergambar. Satu gambar pun tak amik kat kampung ker..kat Jiboi ker...kat meja makankan ker... semua idok ada gambarnya cuma adelah seketul otw nak ke Jiboi itupun dalam keta ajer..
We all pun takde jalan raya kemana-mana lagipun raya hajikan...cuma duk umah tengok tv ajer.... Yesterday petang time nak gerak balik ke Seremban stressed bangat. Semua jalan-jalan jammed highway Pedas-Linggi memang dah dijangka ramalan memang benar belaka so takdelah we all masuk highway terus aje.. kekdahnya nak ikut Rantau jauh pun jauhler.. my kids kata ooo ibu ini jalan yang lalu rumah kampung Tok Mat tukan...yes that rite dear. Tak jugak...suku jalan ajer...dah jammed jugak. Rakyat Malaysia memang kaya-kaya semua ada keta minyak naik pun takde hal hokeh! Then hubby aku patah balik kali ni plan nak ikut jalan lama. Huwaaa....waaaa..wa....aa sini di jalan lama pun jammed. Sana.. sini...situ semua jalan berderet-deretan keta-keta nak menuju ke arah Seremban-KL. Penyudahnya ikut ajelah jalan lama ni dah takde jalan alternative lagi dah! Kekdahnya pukul 8.00 malam barulah sampai rumah. nak tengok citer 'maaf jika aku tidak sempurna' pun tak sempat. Apa-apapun alhamdulillah we all selamat sampai.
Habih! camno tu.. rasa macam dah rancang perjalanan. Tapi jammed juger...
Selamat bercuti dan selamat hari raya aidil adha.
BalasPadamBest kan dapat balik kampung ...
kat mana pun sama Mrs A, sangkut dalam jem..adatlah ye raya je jem,jem aje raya lah hehe :)
BalasPadam