Doa Pagi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Doa Pagi

10 Oktober 2014

Doa Pagi

Ceria di pagi Jumaat ngeh!ngeh!ngeh!. Sebelum kita memulakan kerja apa kata kita baca doa di pagi hari ini dahulu. Doa ni Mrs. A dapat dari kawan melalui email tidak berapa lama dulu. Cuma pagi ni terlintas di fikiran untuk kongsi-kongsi.

Bismillahhirrahmannirrahim..
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalu-halus hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Amin...


Ok. Selamat menjalankan tugas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MRS.A my blog my stori ©