Selamat Hari Raya Aidiladha - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Hari Raya Aidiladha

3 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha ataupun hari raya haji ataupun hari raya korban apa-apa pun yang kita gelarkan hari tersebut ianya adalah tetap hari raya yang sama. Kita di Malaysia akan menyambut hari raya Aidiladha ini pada hari Ahad 5 Oktober 2014 kerana 10 Zulhijjah 1435 adalah bersamaan dengan tarikh 5 Oktober tersebut.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ni adalah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam 4 hari bermula selepas khatib sampaikan khutbah Aidiladha hinggalah sebelum tenggelam matahari pada hari ke13 Zulhijjah.

Ibadat korban yang umat islam lakukan ini adalah sempena memperingati peristiwa korban yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s selepas menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Nabi Ibrahim telah dituduh gila oleh orang ramai pada masa itu kerana mahu menyembelih anaknya sendiri.

Namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih Nabi Ismail. Tiba-tiba Nabi Ismail berkata "wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk aku disembelih adalah dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku". Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedang pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Walaupun baginda seorang nabi namun tetap manusia biasa, baginda menggeletar dan lantas membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya baginda apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah Nabi Ismail tetapi adalah seekor kibas. Kedua beranak tersebut berpelukan sambil bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah S.W.T.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini patut diceritakan berulangkali dan banyak kali pun takpe agar tak dilupakan, terutama generasi la... ni. Agaknya ada ke pada zaman sekarang ni anak muda yang dengan rela hati biarkan diri mereka disembelih oleh ayah sendiri?

Selain daripada ibadat korban pada bulan Zuhijjah juger ada hari "puasa sunat hari Arafah". Walaupun hukumnya sunat tetapi ianya adalah sunat muakkad makna kata sunat yang sangat dituntut, tarikhnya ialah pada 9 Zulhijjah. Walaupun kat Malaysia timbul isu bila sepatut tarikh untuk berpuasa sunat hari Arafah tersebut samada Jumaat ataupun Sabtu kerana jika ikut Arab Saudi wukuf di Arafah adalah pada hari Jumaat. Pada pendapat Mrs. A buat jer kedua-dua hari tu tak rugi pun.

Puasa sunat hari Arafah ini mempunyai keistimewaan yang luarbiasa besarnya. Pertama, dapat menghapuskan dosa selama 2 tahun iaitu tahun 1 tahun sebelum dan 1 tahun hadapan. Kedua, pembebasan dari api neraka. Ketiga, dikabulkan doa. Sesiapa yang ada niat nak poser tu niatnya:-

 Niat Puasa Arafah: NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
                                Ertinya: Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.
[Credit to iBerita.com]

Okaylah rasa macam dah panjang sangat jer.. Mrs. A kongsi-kongsi rasa ni. Kepada yang buat korban pada tahun ini selamat menjalankan ibadat korban. Semoga korban anda semua diterima oleh Allah S.W.T. In Sha Allah. 

Kepada yang pulang ke kampung tu berhati-hati di jalan raya ya. Pandulah dengan cermat ingatlah insan yang tersayang.

Wallahu'alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب) 


References: [credit to Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan iBerita.com]

4 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©