Adik Dah Khatam Al-Quran Ibu Belanja Lunch Di Casa Lagenda City Park Seremban 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Adik Dah Khatam Al-Quran Ibu Belanja Lunch Di Casa Lagenda City Park Seremban 2

6 Disember 2020

Adik Dah Khatam Al-Quran Ibu Belanja Lunch Di Casa Lagenda City Park Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Adik dah khatam Al-Quran ibu belanja lunch di Casa Lagenda City Park Seremban 2. Rasanya dah lama sangat the A family tak lunch kat keluar. Alhamdulillah semalam rezeki sempena Adik dah khatam Al-Quran sajalah ferfeeling nak celebrate lagipun dah lama takde family days out disebabkan PKP gittewww...

Idea nak lunch kat luar ini pun datang dari Aryssa. Al-maklumlah Aryssa ni memang banyak idea kalau pasal nak outing ni muaahahhaa... Sebelum tu pada 3 Disember 2020 M.i.l whatsapp kat dalam group family dengan gambar dan message berbunyi "Alhamdulillah tamat sudah 30 juz, Aqil"


Setelah banyak kali tertangguh pergi kelas mengaji akhirnya Adik khatam dengan bergurukan Opah dan Atok sendiri

Adik sejak tak boleh pergi sekolah dia lebih senang duduk di Jiboi sebab nak mengaji dengan Opah katanya. Semenjak PKPB dikuatkuasakan di Seremban, makcik yang ajar Adik mengaji tu dah announce cuti mengaji sehingga dimaklumkan kemudian. Takpelah, Adik cakap dia nak mengaji dengan Opah ajelah lagipun dah besar-besar tak khatam-khatam lagi huhuhuhu...

Ketika mengaji dengan makcik ngaji Adik dah sampai juz 23 selebihnya, itu yang Adik sambung mengaji dengan Opahnya lebih kurang dua minggu cenggitu Adik akhirnya khatam sudah. Okay selepas ini dah boleh mengaji membaca Al-Quran sendiri, ibu harap selepas ini lebih rajin mengaji setiap kali lepas solat. InShaAllah. Aaamiinn...

Kekdahnya semalam the A family lunch di Casa Lagenda City Park Seremban 2. Actually ini adalah favorite place Mr. A. Lama jugak dah tak lunch kat sini kalau tak silap last lunch [SINI]

Adik dah khatam Al-Quran ibu belanja lunch di Casa Lagenda City Park Seremban 2. 

Menu-menu pilihan masih serupa macam biasa muahhaaaa... cuma tulah menu sayur pucuk keledek tiada sebab out of stock katanya nak order sayur lain pun banyak yang takde so tak payah sayur kata Mr. A.

lunch di casa lagenda
Disebabkan penjarakan sosial so itu pasallah Adik tak dapat masuk frame

lunch di casa lagenda
Teppanyaki tofu

lunch out
Siakap masak asam nyonya namanya

lunch out
Butter prawn kering kopek habis kulit

lunch-out
Ayam goreng sambal cili kering

Selepas lunch sebelum-sebelum ini pergi outing tempat lain pulak. Tapi yesterday tu terus balik aje al-maklumlah PKPB. Eh! singgah jugaklah kat Seremban Gateway sekejap cause si Adik punya celcom prepaid grace periodnya dah tamat akibat dah cukup 50 hari tak top-up. Tujuan ke celcom blue cube tu nak maintain nombor yang sama tapi  ntahlah banyak pulak cekememehnya sekarang ini nak suruh guna postpaidlah, nantilah depa calling-calling balik nak check dengan HQ dulu coiii!!! tak koserlah Mrs. A nak layan. Adik haruslah kena bebel dengan Mrs. A, ha tulah apsal lama sangat tak top up inilah akibatnya bersenang-senang sangat sebab kat rumah guna wifi blaa..bla...brok brek brok brek ibunya done bebel muahahhaaaa...

Okay itu sahaja nak share kisah Adik dah khatam Al-Quran Ibu Belanja Lunch Di Casa Lagenda City Park Seremban 2. 







17 ulasan:

  1. tofu tu feveret kite.. sedapnya.. tahniah adik dah khatam.. :)

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah Adik dah selamat khatam bersama opah.
    Happy family hours.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah selesai satu tanggung jawab kan Mrs A, semoga adik akan terus menjadikan Al Quran sebegai teman sepanjang hayat jangan tinggal baca naa :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah... tahniah adik dah khatam Al-Quran... bestnya dapat luangkan masa makan dengan family ☺️

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tahniah Adik. Rezeki dapat khatam Quran dengan Opah, very meaningful.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, adik dah khatam quran. Sedap tengok semua lauk. :)

    BalasPadam
  7. Adui! Butter prawn tu tak menahan!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... tahniah kepada adik ....

    BalasPadam
  9. alhamdulillah dapat khatam al-quran. teruskan membaca walaupon sudah khatam.

    sedap nampaknya lauk2 kat situ

    BalasPadam
  10. Tahniah sudah khatam al-Quran.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah.. tahniah adik. sedap menu2 tu.

    BalasPadam
  12. Sedapnya menu-menu yang menjadi pilihan Mrs A..

    BalasPadam
  13. sedap2 menu nya..terliur dah ni..

    Alhamdulillah, tahniah Adik..teringat dulu2 khatam Quran, mesti mak buat pulut kuning..nostalgia..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. tahniahh ^^

    btw butter prawn tu nampak sedapla haii...

    BalasPadam
  15. Waahh tahniah adik dah khatam quran... Alhamdulillah..

    Waahhh teppanyaki tofu tu nampak macam best!

    BalasPadam
  16. Adik fokus mengaji tu yang sampai lupa topup HP. Hehe. Alhamdulillah. Tahniah dah khatam. Moga makin rajin mengaji lepas ni

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©