Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas

28 September 2018

Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas.


Last weekend Mr. A ajak lunch kat luar ialah dah lama we all tak outing yang cukup korum a.k.a complete 5 sekeluarga. Tapi outing pun setakat nak jalan-jalan cari makan jer... Bila Adik tanya Babahnya "kita nak makan kat mana?" jawab babah ikut jelah hurm... jawapan yang suka buat orang tertanya-tanya tau.#annoying

Tempat lunch yang we all nak pergi tu tak jauh mana pun hahahahaa.... di Seremban 2 je iaitu tempat favorite we all sekeluarga. Restoren ini sudah tukar nama da...
 
kat buku menu dah tukar Restoren Casa Lagenda tapiiii...
di bangunan atas masih lagi tulis Restoren City Park Oriental
Office mate Mrs. A bagi tahu Restoren Casa Lagenda ini ada juga branch dia kat area Ampangan, Seremban iaitu dekat-dekat area Pusat Dakwah tu kira dekat lagi yang tu dengan rumah Mrs. A tapi tulah Mrs. A tak tahu pun ngeh! ngeh! ngeh! dan belum pernah cuba makan dekat branch yang tu lagi. In Sha Allah coming soon nak try sama tak rasanya dengan Restoren yang dekat area Seremban 2 ni. Ha! lagi satu ada kawan sekolah Mrs. A cakap Restoren Casa Lagenda ni ada juga branch dekat Melaka ha.. haiiiii... yang ini lagilah Mrs. A tak tahu. Hurm... rupanya hebat juga founder/ owner Restoren Casa Lagenda ni ada "branches" giteww...

Ini adalah menu yang we all order kalau makan kat sini. Alhamdulillah sedap sampai habis licin.
Ada macam-macam menu ikan tapi we all loyal dengan siakap asam nyonya
Ingatkan habis lunch terus balik rumah. Eh! tak jugak jalan-jalan lagi rupanya. Agains bila Adik tanya Babah "kita nak pergi mana"? jawapan annoying yang sama hahahaha..."ikut ajelah.". Ikut punya ikut akhirnya sampai ke Jeti Tg Agas, Port Dickson. 

Ha nampak tak brother baju biru yang sedang pegang pancing tu? Brother tu jauh datangnya dari KL gitew sengaja jalan-jalan pergi memancing nak hilangkan bosan katanya. Surprise Mrs. A ingatkan dari Seremban paling jauh rupanya ada yang dari K.L ha!
Actually Mrs. A pun tak pernah sampai ke Jeti Tg Agas ni lagi. Ini adalah kali pertama. Ramai rupanya si kaki pancing ni... bukan sahaja orang lelaki, orang perempuan pun ada dan ada juga family  dari atok, nenek, anak dan cecucunya. Ini satu pengalaman baru untuk Mrs. A patutlah ada pepatah kata jauh perjalanan luas, pemandangan memang pun.

Oleh kerana we all bukan datang nak memancing so we all ambil kesempatan selfi-selphot ajelah.

Along
Aryssa
Yang nampak sikit baju merah tu adalah Adik and Us hiks!
Eh! nak share jugaklah dapat beli sengkuang calit tapi tulah tak wow! yang macam dalam IG Fasha Sanda  tu. 

Sengkuang calit sos sikit namanya ni huhuhuu RM tiga hengget
Sengkuang calit tu beli kat area pantai Blue Lagoon cos sebelum tu kononnya nak naik ke rumah api yang dekat PNB Ilham Resort tu tapi bila samapi situ signboard tulis "dilarang bawa kereta ke rumah api" terus tak jadi muahahhhaaaa.

Okay itu aje kisah Lunch Out Di Casa Lagenda Seremban 2 dan Tak Sengaja Sampai ke Tg Agas. Have a nice weekend dear readers.

9 ulasan:

  1. Sesekali..babah nak suprise anak2...hehehehe...dengan mak sekali suprise ye...tapi seronok juga...bila tertanya-tanya ni perasaannya lain...hehe.

    BalasPadam
  2. mahal.x.mkn kat casa lagenda tu?nampak sedap sgttu..hehehe...wahhsampai ke PD terus kan.
    seronok babh wat surprise

    BalasPadam
  3. suprise sekali sekala😊 sy da penah smpi rumah api tu. ms tu opis buat family day kt pnb ilham..

    BalasPadam
  4. Nampak sedap belaka lauknya tu...

    Area ampangan tu dulu selalu jugak merayau ke sana. Rumah bff PH dekat area stadium nogori tu :)

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaa semua nmpk sedap.. tak tahu pulak tg agas tmpt pancing

    BalasPadam
  6. Favorite menu LZ kat Casa Lagenda, lady's finger goreng belacan, butter prawn dan tom yam.. Kalau LZ ketandusan idea masak terus call, order dan pick up, hehehehe

    So far tak pernah sampai jeti Tg Agas.. Nampak bersih tempat tu..

    BalasPadam
  7. Wah.. sengkuang calit.. sedap nie.. susah dah nak jumpa sengkuang calit nie..

    BalasPadam
  8. aida mcm lom sampai sini la.
    kat mana ekk?
    mcm familiar background nyer.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©