Apakah Hukum Bermain Duit Kutu? - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

20 September 2018

Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Apakah Hukum Bermain Duit Kutu?

Kutu oh duit kutu huhuhuuhu... selama ini Mrs. A main jer... duit kutu tapi tulah alpa tak ambil tahu sangat hukumnya dari segi syarak. Ini apa yang Mrs. A cakap adalah pasal duit kutu tradisional bukan duit kutu yang besar-besar yang guna pakai undang-undang manusia, yang kena berdaftar dengan SSM bagai tu. #duitkututradisional

Eh! panjang lebar pula intro ha! okaylah nak share hukum bermain duit kutu daripada Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan:

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan:

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yang dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kepada saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

***Jika tidak dilafazkan akad-akad tersebut, hukumya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dengan hukum main duit kutu yang dah lepas?

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. #untukingatandirisendiri

Wallahua'lam.

15 ulasan:

  1. Allah. baru tau tapi sha takpernah main kutu

    BalasPadam
  2. dulu mmg penah main tp berlaku atas kepercayaan je x de akad langsung huhu jahilnya kita...

    BalasPadam
  3. mek ada dua bulan lagi ni. hukhuk. cam mano

    BalasPadam
  4. uish...tak ku sangka begini caranya bermain....baik simpan sendiri je

    BalasPadam
  5. selalu kawan2 ajak main kutu.. tp ejulz lebih suka simpan di asb. hehe

    BalasPadam
  6. baru lepas habis main..memang takde lafaz2 tu semua..dah tak nak main kutu lepas ni..kena istighfar byk2..

    BalasPadam
  7. Thanks for the info Mrs A. Kena ada akad rupanya ye. Yelah dalam muamalah akad tu penting kan...

    BalasPadam
  8. Hukum main kutu ni maknanya ikut hukum berhutanglah kan.

    BalasPadam
  9. Tq for sharing Mrs A. Pernah juga main tp xde akad2 ni. Semoga Allah mengampunkan kekhilafan kita. Amin.

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsian. last main kutu masa sekolah rasanya, itu beberapa ringgit je. lepas tu tak main dah sampai sekarang

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
  11. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. baru tahu ada akad. sebelum ni entam main kutu ja. allahu :(

    BalasPadam
  12. ada terbaca jugak baru2 ni pasal hukum main kutu nih.. terus istighfar..

    BalasPadam
  13. selama ni main dr sekolah rendah mmg tak lafaz apa2 sbb tak tahu ada hukum

    BalasPadam
  14. pada aida. setiap kali kita start main kutu, kita da tau.
    kita byr dulu, dpt kemudian. org lain dpt dulu.
    bila kita start main, kita da sedia maklum undang2.
    kat situ dah termaktub akad. kita tahu. semua tahu.
    aida now masih main kutu. bila ada viral tentang hukum ni, kami akad at the very start.
    so semua sedia maklum akan undang2 nyer.
    maka, tak timbul kot yg lepas2 tu mcm tak halal. no. pada aida la :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas perkongsian ini.

    Nak tengok menu baharu kfc ? Klik link :D

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©