Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Corat-coret majlis perkahwinan cousin Mr. A di Kelang. Cousin Mr. A ni adalah anak kepada maklang & paklang to be exact maklang tu adik kepada Mil. Excited we all tau! time nak ke majlis ni cos maklang kata boleh lepak hostel. Maklang & paklang buat majlis kahwin kat Asrama Yayasan Selangor ialah depa pun duk rumah taman so maybe tak berapa nak selesa kalau diadakan kat taman tu almaklumlah sedara mara ramai nak datang bertandang dan membawang cia...cia..cia...
Kebanyakkan adik-beradik Mil datang pada hari Jumaat petang termasuklah we all yang dari Seremban ni konvoi tiga biji kereta. Kebetulan sangat timing sampai tu hampir sama walaupun mereka tu nun jauh ada dari Kuantan dan juga ada yang dari Perak. As usual mak sedara yang dari Kuantan tu a.k.a Mak Uda memacam dibawanya terasa macam dia bawa kedai makannya ke Asrama Yayasan Selangor fuh dasat tau kuih-muih memacam ada dengan portion yang banyak lak tu unfortunately lupa lak nak snap gambar haish!
Sampai-sampai aje we all pun pi lah pilih dulu nak lepak dorm mana lagipun nak solat asar sekali.
|
Muka happy dah dapat pilih katil masing-masing ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Siapa pernah duk hostel mesti nostalgia sangat pemandangan macam ni kan?
Dorm ni unik sikit lelaki/ perempuan campur hah! haiiii! |
|
Cepat-cepat amik turn guna iron takut nanti ramai nak guna #mentalitizamanaspuri |
Setelah settle kaum-kerabat semua mengangkut barang masing-masing ke dorm we all pun merewang di ruangan kitchen asrama pula.
|
Ada tak gaya-gaya makciks bawang? |
|
Nun... yang belakang tu sedang leka minum petang.
Meja depan pulak tengah meleka kopek the petai. Itu adalah salah satu bahan untuk nak masak gulai tempoyak daun by chef Uda from Kuantan with luv. |
Malam tu aturcaranya selepas maghrib diadakan bacaan Yasin dan 'tahlil arwah'. Kemudian jamuan makan, khatam al-quran dan juga majlis berinai.
|
Tengah-tengah tu ler.. pengantin perempuan (cousin Mr. A) gambar setelah selesai khatam al-quran |
|
M.i.l dan adik-adiknya baju hijau (berdiri) tu la Maklang merangkap tuan rumah |
|
Makan-makan jangan tak makan. Kaklong (sebelah kanan Mrs. A) tak berapa sihat time ni kesian dia gigih tau join jugak |
Lebih kurang dalam pukul 10.30 malam macam tu majlis berinai pun dah settle, side lelaki pun dah balik. Tapi we all yang duk kat hostel ni tak settle-settle lagi tau macam-macam benda remeh-temeh nak dibuat seperti settlekan goodies bag, goodies untuk side pengantin lelaki, meng 'henna' kepada sesiapa yang berminat almaklumlah amik kesempatan tukang hena f.o.c ada ngeh! ngeh! ngeh! (unfortunately tak teringat pula nak snap gambar) dan juga tumpang sibuk touch-up booth untuk bergambar macam kat bawah ni.
|
Time ni dah hanpir satu pagi kot |
Lambat Mrs. A masuk tidur time tu cos melayan Kakngah a.k.a anak sedara menghenna gitewww... Aryssa & Keyna dah masuk tidur awal cos depa dah siap buat henna awal-awal lagi. Hurm... malam tu tidur alhamdulillah okay jer... cuma Mrs. A rasa ada nyamuk duk ngeng..ngeng... kat kaki tapi bila tengok yang lain-lain terutamanya Mr. A tu elok je pulak dia berdengkur haish!!! apsal lah nyamuk tu suka gigit Mrs, A jer... maybe Mrs. A berdarah O kot tu yang nyamuk suka. (fakta atau auta tapi Mrs. A pernah terbaca nyamuk suka manusia yang berdarah O)
Kemudian hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Meriah sungguh majlis perkahwinan cousin Mr. A tu paling meninggalkan kenangan adalah dapat berjumpa dengan sedara-mara yang jauh-jauh paling tak sangka jumpa dengan orang kampung Titian Bintangor kira orang kampung Mrs. A yang juga sedara-mara M.i.l. Time kat kampung tak jumpa time kat Kelang pula boleh jumpa. Touching sangat bila dia bagitahu dia kenal arwah Abah Mrs. A huwaaaaa...waaa..waaa... serius touching Mrs. A dibuatnya pada detik dan ketika itu. Terus teringat kat arwah Abahku Azalli bin Hj Juri sambil sedekahkan Al-Fatihah.
|
Inila Atok Yaakob bergambar dengan Mr. A tapi tulah lupa pula nak bergambar dengan wife dia sekali |
|
Along jadi bestman hiks! |
|
Haiiiilah Along risau aje ibu tengok kau time ni |
|
Along cakap walaupun dia bukan pengatin tapi makan kat meja tu macam tak kenyang katanya |
|
Gadis dulang Aryssa |
|
Gadis dulang Kakngah |
|
Gadis-gadis dulang bergambar bersama pengantin |
|
Pengantin lama begambar bersama pengantin baru cia..cia..cia.. |
Finally haruslah bergambar bersama beramai-ramai giteww...
|
Alahai barulah Mrs. A nampak seketul gambar Adik (my anak bongsu) |
Selamat pengantin baru Mrs. A ucapkan buat Ayong a.k.a Intan Norlela dan juga pasangannya Rushdi semoga kekal berbahagia till Jannah. Itulah dia secebis kisah Corat-coret Majlis Perkahwinan #cousinhusband
Seronok bila ada majlis-majlis macam ni....boleh berkumpul saudara mara kan kak...berharga sangat..kadang tu walau jumpanya sekejap je..
BalasPadamTahniah buat mempelai
BalasPadamSeronoknya dpt check in hostel. Mengimbau kenangan zaman belajar dulu. Tahniah buat mempelai.
BalasPadambetul ke tu tgh iron baju? or posing? hahahahaha
BalasPadambtw selamat pengantin baru utk mempelai barakallahulakuma...
Unik betul ni kenduri lepak kat dorm ramai2 hehe
BalasPadamSeronoknya kalau zaman muda mudi dulu2 pun boleh masuk hostel dgn kaum keluarga hikhik...but this is really rare la Mrs A. Once in a life time and unforgettable experience I guess.
BalasPadamBTW, selamat pengantin baru kpd mempelai. Moga kekal bahagia hendaknya.
semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.. amin
BalasPadamSelamat pengantin baru buat mereka
BalasPadamselamat pengantin baru juga buat mereka.
BalasPadammoga kekal hingga akhr hyt.aamiin insyaAllah =)