Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

24 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2


Lazada Shopathon Blogger Contest: Session 2 telah pun bermula pada 21 September 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 27 September 2018. Hurm... sempat lagi readers kalau nak join. Jom sama-sama kita join memeriahkan Shopathon Blogger Contest ni manalah tahu rezeki menang pasti seronok sampai mak mertua lalu pun tak perasan hahaha.....

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
Shopathon Sale
Shopathon Sale ini akan diadakan pada 27 September 2018 don't forget to save the date ya!

Okay tak mahu berceloteh panjang lebar lagi meh! sini Mrs. A nak bagi tahu 3 favorite brands di Lazada online shopping ataupun senang kata di LazMall yang Mrs. A suka adalah:-

1. PANASONIC

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - Panasonic Official Store
Mrs.A memang suka beli barang-barang elektrik jenama Panasonic ni. Sebabnya sudah terbukti barang-barang jenama Panasonic yang Mrs. A guna sebelum ini memang tahan lama dan berkhidmat dengan bagus. 

Sekarang ni Mrs. A berkira-kira nak beli rice cooker baru yang lebih besar dari yang sedia ada sebabnya sekarang nasi kena masak lebih kalau sikit tak cukup dan kena masak lagi hahaha... sebab kucing-kucing Mrs. A pun suka makan nasi selain kibble.

Lagi satu plan nak beli adaah standing fan,  sebab standing fan dalam bilik Aryssa dah rosak. Oleh sebab itu Aryssa telah ambil standing fan yang ada kat dapur dan sekarang ini kat dapur takde fan fuhhh... bertabah ajelah dengan keadaan yang panas suam tu.

Yeay! kalau menang besar Shopathon Blogger Contest ini nanti (psstt...berangan tak kena bayar doh!) bolehlah Mrs. A shopping terus di LazMall Panasonic official store so tak perlu susah payah nak jalan-jalan cari kat kedai ataupun shopping mall ialah sekarang ni zaman perlu berjimat cermat kalau pergi shopping mall kang mesti terlebih bajet ialah nak-nak pula pergi dengan anak-anak bila nampak KFC ke, McD ke dah depa minta singgah situ pula hahaha...

2. MAC

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - MAC Lipsticks
Dahulu Mrs. A dah pernah guna lipstick brand Mac ni jenis yang satin tu lama dah, color apa ntah dah lupa, time kerja KL dahulu tapi since dah pindah ke Seremban susah nak jumpa brand Mac so dah tak guna.

Last week tengok kat instagram ada sorang retis ni tak ingat la pula siapa dia duk tunjuk dia pakai lipstick brand Mac ni cantik-cantik color dia tu yang Mrs. A pun teringin nak jugakkk.... beli dapat satu pun dah okay kot. Hurmm... takpe 27 September 2018 nanti boleh shopping sempena shopathon sales hehehehe....

3. Design Home Sport


Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2
LazMall - Design Home Stationary Exercise Bicycle
Oleh kerana Mrs. A ni seorang netballer tapikan semenjak habis Sukan Bekalan Air Se-Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dah lama tak main netball tau sebab gang netball tu kebanyakkannya busy dengan macam-macam hal. Jadinya pada fikiran Mrs. A adalah baik mencari alternative lain untuk mengeluarkan peluh dan kekal dengan gaya hidup aktif walaupun duduk di rumah sahaja.

Alternative yang terbaik adalah Mrs. A nak beli satu exercise  bicycle seperti yang ada terdapat di LazMall tu. Bila tengok harga berbaloi-baloi sangat tu. Kalau Mrs. A menang contest ni lagilah untung laju je order online nanti. Fuh! mujur ada Lazada memberi idea dan sangat memudahkan.

Okay cukup sudah 3 favorite brands Mrs. A untuk Shopathon Sale pada 27 September 2018 nanti jom mark our calender supaya tidak lupa nak bershopping nanti.


7 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©