#SBAM2018 - Day 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #SBAM2018 - Day 2

7 September 2018

#SBAM2018 - Day 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 2


Sebelum memori Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM2018 ini hilang dari ingatan Mrs. A adalah lebih baik kiranya Mrs. A up-date ya... buat readers yang nak tahu citer day 1 klik [SINI]

Day 2 morning diwar-warkan dalam group whatsapp haruslah breakfast di coffee house seawal jam 6.45 pagi cos bas akan berlepas ke destinasi games kurang lebih pukul 7.30 pagi. As for team netball we all satu bas dengan team futsal kerana lokasi berdekatan dan masa games lebih kurang sama. Netball punya lokasi games adalah di UTM, Skudai sementara itu futsal pula di Daiman Sri Skudai Sport Center kalau tak silap la.

Alhamdulillah time breakfast tu heaven betul macam-macam menu ada memang puashati sungguh room mates and Mrs. A melantak pagi tu ngeh! ngeh! ngeh! sampaikan team netball bilik satu lagi pun we all tak perasan ntah mana-mana depa.
SBAM
Gegambar tuan tanah sebelum berangkat ke UTM, Skudai
Walaupun dikatakan bas akan berlepas selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi ke lokasi games, agains tak jugakkkk lewat sikit dalam pukul 7.45 pagi barulah gerak huhuhuu... Mula-mula bas hantar bebudak futsal dulu kemudian barulah hantar team netball. Ha! tak tahulah ajaran sesat mana kata bas tak boleh masuk sampai ke dalam kampus pastu  nak bertanya kat pak guard di post guard takde orang pula tu yang team netball gigih tau berjalan masuk ke dalam kampus sambil menolak troli barang-barangan nasib engkaulah Labu kena tolak troli.

SBAM
Sambil berjalan tu terjumpa pulak pokok ada banner ni terus we all singgah jap snap gambar
SBAM
Pastu sambung lagi tolak troli. Apa???  mana Mrs. A?? yang tukang snap tu ler...
Lain-lain team members lagilah dah berdesup laju tinggalkan we all 4 ketul ni
SBAM
Gambar sebelum game yang pertama iaitu menentang Perak
 Agak-agak readers we all menang tak?

SBAM
Gambar setelah berehat panjang haish!!! dalam pukul 2.00 petang macam tu barulah games kedua lawan Pahang
Huhuhuhu.... tiada satu gambar pun bersama team lawan daripada camera/phone we all cos semua masuk bergambar sekali. Photographer SAINS tak sampai pulak time ni  Lagipun mood semua ke laaaaauttt... dalam. Mesti dah boleh agakkan kalau mood masing-masing dah ke laut dalam tu jawapanya kalah lettew. Lagipun sewaktu 1st half games kedua salah seorang player terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan. Itu juga penyumbang kepada team jadi sedikit caca-merba. Walaupun coach steady dengan kekalahan we all pada dia kalah sengit fight a.k.a kalah bermaruah tapi we all tetap sedih dan geram pun ada.

Refree ntah apa-apa pastu pula personally Mrs. A rasakan GS tuttttt tu drama aje lebih Mrs. A body contact dia sikit je boleh pulak dia asyik-asyik terjatuh pastu bila GD SAINS body contact dia, terus fengsan sekejap muahahaaaaa tapi bazir masa betullah. Seriuosly Mrs. A sangat annoying time tu dan takde mood dah nak main. Haishh!!! nampak tak disitu mentally dah out. Hurmmm.. dah kalah-kalahlah Mrs. A oiii tak yah arrr... ko nak bagi memacam alasan muuahahhaaa....

LAP yang dua tahun dahulu we all kalahkan telah bangkit membalas dendam dengan mengalahkan SAINS pula tahun ini. PAIP 2 tahun dahulu we all tak sama group tapi bukanlah team pilihan pun. Sedangkan SAJRanhill team pilihan pun telah dikalahkan oleh PAIP di peringkat group lagi.

SBAM
Nampak tak tu muka macam asam kecut campur sedih sambil membeli kuih-muih untuk dimakan kat dalam bas huhuhuu...
Dahlah sedih ingatkan boleh balik resorts terus in your dream la Mrs. A oiii... Chef De Mission kata yang dah habis game tu kena pergi support yang masih bermain. So we all kena arrr... pi support volley ball cos katanya tempat volley ball seperjalanan nak balik ke resort nanti.

SBAM
Time we all sampai sedang berlangsung perlawanan di antara SAINS dengan LAP
 SBAM

SBAM
Tengok tu ramai tau supporter VB SAINS
SBAM
Ha.. tu dia supporters terbaek!!!!
Tetapi mujurlah supporter semua tak perlu tunggu sampai games habis lebih kurang pukul 6.00 petang cenggitu we all dah boleh balik resort. Perjalanan ke resort lebih kurang setengah jap kot tapi sempat gak we all tidur dalam bas.

Malam tu seluruh kontinjen dinner bersama-sama di Ramayana Lounge building yang berlainan di depan Pulai Spring Resort itu jugaklah just a walking distance.

SBAM

SBAM

Alhamdulillah syukur mewah dengan makanan. Selepas makan Mrs. A dan room mates 502 ambil kesempatan bergambar sakan di sekitar Ramayana Lounge kira macam release tense gitewww...

SBAM
Haiii lah Ehsan (gang SAINS) nape ko amik gambar we all blurrr...
SBAM
Sorang lagi tu tak koser bergambar, tak mau dia join gang masuk air ni ngeh! ngeh! ngeh!
 Ha! lepas tu Mrs. A dan sleeping partner ni... 

SBAM
Dia darters yang tersesat dalam bilik netballers
gigih tau keluar malam tu cos dia minta temankan lagipun bas disediakan for those yang nak pi jalan-jalan ke
SBAM
'Bazar Karat' kata orang JDT. hahaha.. muka buruk don't care cos nak show off tulisan atas pintu gerbang tu sebagai evidence Mrs. A dah sampai sini walaupun takde apalah yang luar biasa sangat pun ooopsssss....
Dipendekkan cerita esoknya tu team netball SAINS tak pergi pun ke UTM semula untuk melihat final netball. Tapi we all tetaplah mendapat perkhabaran bahawa title juara netball SBAM 2018 masih lagi dipegang oleh Air Selangor Sdn Bhd [AIS], naib johan pula Lembaga Air Perak [LAP], tempat ketiga Pengurusan Air Pahang [PAIP] dan tempat keempat adalah Syarikat Air Darul Aman [SADA]. Sesungguhnya tak sangka LAP dan PAIP berjaya mendapat tempat pada tahun ini. Anyway tahniah buat semua yang berjaya yang tak berjaya takpelah cuba lagi 2 tahun akan datang.

Team netball semua pun sedih sesangat tapi pujuk jelah hati sendiri. Adalah tu kat mana-mana salah dan silap masing-masing harapnya netballers ambillah iktibar dan pengajaran.

Okay tamat kisah #SBAM2018 - Day 2 to be continue ya....

14 ulasan:

  1. winners never quit...quitters never win cayalah! janji dpt pengalaman tu yg plg mahal...

    BalasPadam
  2. dah lama tak main netball...bestnya,,takpe, cuba lagi tahun depan..fighting!!

    BalasPadam
  3. mmg seronok bersukan kalah pun hepi juga

    BalasPadam
  4. 2 tahun sekali ye..ok la tu.ade aktivti.main lwn negeri pula kan.wahh

    BalasPadam
  5. InsyaAllah nanti ada peluang..berhabis-habisan kak..aamin.

    BalasPadam
  6. Takde rezeki menang takpe. Cuba lagi nanti.

    BalasPadam
  7. Wah bestnya. Lama tak join sukan macam ni. Tak ada rezeki menang tak apa asalkan dapat kutip pengalaman berharga kan

    BalasPadam
  8. wah mesti best n dapat berkenalan orang air semalaysia kan?

    BalasPadam
  9. Best dapat bermain dalam temasya sukan begini.Hidup aktif dan ceria.

    BalasPadam
  10. menang kalah adat bertanding ..tkpe nanti ada lg 2thn akan dtg hehe...lama gile tk main netball sejak kejadian kena hempap ngan team lawan yg bdn beso huhu...dlu2 ms awl masuk kj pernh join team bernas main game ..ms tu ada buat kt UUM...pastu ke sabah..sronok la jln2 ms tu sambil main game hehe

    BalasPadam
  11. Semoga tahun depan lebih cemerlang dan semoga dipermudahkan yer Mrs.A

    BalasPadam
  12. hebat...mewakili SAINS untuk sukan netball

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©