Outing Tengok Movie Aquaman - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Outing Tengok Movie Aquaman

19 Disember 2018

Outing Tengok Movie Aquaman

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Outing Tengok Movie Aquaman.

Last Saturday adalah merupakan hari menonton movie Aquaman. Cerita Aquaman tu tak lain dan tak bukan adalah pilihan si Adik. We all follow jer... cos tak tahu cerita apa nak tengok. Outing kali ini is without Aryssa cos Aryssa ada bersama neneknya. Aryssa time Mrs. A calling-calling tu dia on the way balik dari Melaka ke kampung dengan nenek dan family Makngah (kakak Mrs. A).

Dalam entry sebelum ini Mrs. A dah pernah mention yang emak Mrs. A akan menjalani prosedur masuk gel kat lutut. Alhamdulillah mak Mrs. A dah selamat menjalani prosedur tersebut last Friday di hospital Melaka. Semoga lutut mak dikurniakan kesembuhan dan boleh berjalan dengan steady.

Okay sambung semula cerita outing tengok movie Aquaman tu sebelum tu we all pergi lunch dulu. Dah keluarnya time lunch haruslah lunch dulu kan... Lunch di Seremban jer... tempat favorite Mr. A dan kids iaitu di Casa Lagenda Seremban 2.

outing
Hari ni mak gantung periuk nak! oiii!
Tempat pilihan nak tengok movie kali ini adalah di Midvalley Megamall. Mrs. A okay jer... dah orang nak bawak Mrs. A follow je.. Adik dengan Along pun tiada bantahan. Pada Saturday 15.12.2018 itu punyalah banyak showtime untuk Aquaman ni, we all pun macam tak kisah sangat banyak pilihan unfortunately tak jugak uols showtime 3.45, 4.30, 5.00 tu fully booked kalau ada pun seat tak menarik so we all chooselah showtime pukul 5.15 petang dapatlah seat dua row dari screen. Betterlah dari yang pukul 5.00 tu.

tiket-aquaman
Beli kat kiosk senang nanti nak masuk pun scan sendiri je jimat waktu berbaris
Sesiapa yang minat citer fantasi ataupun sains fiksyen Mrs.A syorkan untuk menonton citer ni. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam tak beria nak tengok tapi bila dah tengok tu layan jugaklah  masa tayangan agak lama juga dua jam lebih gitewww...

Peminat DC komik mesti dah sedia maklum watak-watak superhero dalam series komik tukan. Kalau dalam movie Justice League terdapat ramai superhero dan salah seorangnya adalah Aquaman tapi dalam citer ni Aquaman solo. Walaupun dunia dah aman dalam Justice League tapi dalam Aquaman dunia bawah laut belum aman lagi masih terdapat perbalahan dan perebutan kuasa ha gitewwww...

Aquaman
Arthur bersama ayah dan ibu time dia kecik sebelum ibu dia kembali ke Atlantis
Google Image
Ceritanya bermula apabila Tom Curry terjumpa seorang perempuan yang terdampar cedera di tepi laut. Kemudian dia pun bawa ke rumah dan menyelamatkan perempuan tu. Perempuan tu perangai dia pelik sikit tak macam manusia biasa, sampaikan bila nampak ikan dalam aquarium pun dia makan, hot coffee pun dia jakun. Bila Tom curry tanya dia siapa? Perempuan tu cakap dia Queen of Atlantis. Hahaha... lawak sangat pada dia.

Walaupun jauh berbeza tapi they both jatuh cinta dan berkahwin itu yang dapat baby Arthur a.k.a Aquaman. Setelah beberapa lama Ratu Atlantis berjaya bersembunyi di dunia atas laut (daratan) akhirnya puak Atlantis telah berjaya menjejaki Ratu Atlantis dan mereka mahupun Ratu Atlantis pulang semula ke kota Atlantis untuk dikahwin juga sebagaimana perjanjian terdahulu.

Ratu Atlantis terpaksa mengalah dan mengikut demi keselamatan anak dan suaminya. As time goes by hiduplah Arthur bersama ayahnya di daratan walaupun begitu orang kanan Ratu Atlantis iaitu Vulko selalu melawat Arthur dan mengajar Arthur selok-belok kehidupan ibunya.

Adoiii... panjang pulak kalau nak reviews penuh ni. Dipendekkan cerita Arthur telah diminta oleh Vulko dan Mera (Mera ni tunang King Orm iaitu adik Arthur tapi ayah lain) untuk ke Atlantis untuk menghalang King Orm daripada menjadi Raja. King Orm merasakan dialah yang layak untuk menjadi King of the Ocean cos mak/pak dia keturunan raja tak macam Arthur tu half breed katanya. Walaupun pada mulanya Arthur tidak berminat tapi lama-kelamaan dia terjebak jugak dalam konflik perbalahan di Atlantis tu.

Kemudian bermulalah pengembaraan Arthur dan Mera dalam mencari Trisula yang dipercayai oleh penghuni lautan bahawa sesiapa yang berjaya menjumpai dan membawa pulang Trisula berkenaan maka dialah yang layak menjadi "King of the Ocean" yang sebenar.

Visual-visual kerajaan laut di dalam laut dan sinematografi dalam citer Aquaman ini memang sangat cantik dan menarik. Rugi kalau tak tengok. Scene humor dia pun menghiburkan. Kalau tak percaya pi la tengok sendiri Mrs. A yakin readers pasti suka.

Terdapat juga message yang ingin disampaikan dalam citer Aquaman ini iaitu bila mana penghuni lautan marah dan mengamuk habis segala sampah sarap dan kekotoran angkara manusia mereka buangkan dan muntahkan semula ke darat. Adoiii!!! bila difikir-fikirkan semula ada benarnya tu.

Thats all, kisah Outing Tengok Movie Aquaman.

14 ulasan:

  1. Sha tak berkesempatan nak tengok filem ini.. Encik suami tak minat.. kikiki.. Baca review Mrs A nie maca bestlah pula..

    BalasPadam
  2. ada budak ofis tengok dlm komputer tapi tak menarik visualnya, kelam je..kena tengok wayang, baru best..manusia suka buang mcm2 benda ke dlm laut, kesian penghuni2 under the sea..

    BalasPadam
  3. baca review pun rasa film ni mmg mnarik ditonton

    BalasPadam
  4. Ada masa nanti nak tengok jugalah.. :)

    BalasPadam
  5. best yea movie Aquaman..nak tengokla kalao Mrs A kata best

    BalasPadam
  6. Ini seperti spoiler ke? Saye dah nonton di 21 xxxii tapi pasti lebih bagus di cinema

    BalasPadam
  7. belum tgk lagi.. tggu kat astro first je la ni. hehe

    BalasPadam
  8. Jauhnya tgk wayang. Hehe. Nak tgk juga lah nanti.

    BalasPadam
  9. Aritu outing juga tgk movie tp tgk cite mortal engine best juga..aquaman ni ankdara tu ajk juga ..tgkla nanti

    BalasPadam
  10. Aquaman memang best. Tapi tulah lama

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©