Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia

13 Disember 2018

Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia.

Maklum balas ujian saringan talasemia tersebut adalah surat yang ditujukan kepada Along iaitu anak Mrs. A yang sulung. Pada bulan Oktober yang lalu Along telah menjalani ujian saringan talasemia yang diadakan di sekolahnya. Actually bukanlah Along seorang sahaja menjalani ujian saringan  tersebut. Mrs. A difahamkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki menjalani ujian saringan tersebut pada masa itu samada ianya dipilih secara randomly ataupun setiap pelajar perlu menjalaninya tidaklah pula Mrs. A ambil tahu. #aimantakkisah

Hasil daripada ujian saringan tersebut Along telah "Disyaki Pembawa Talasemia". Sewaktu membaca surat maklum balas tersebut Mr. A dan Mrs. A agak terkejut jugalah almaklumlah setakat yang we both aware tiada sejarah ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang menghidapi talasemia. Di dalam surat maklum balas itu menyatakan bahawa pihak Klinik Kesihatan Sikamat akan menghubungi ibubapa pelajar yang terlibat untuk keputusan ujian berkenaan. Ini kerana pihak yang bertanggungjawab di dalam ujian saringan yang telah dijalan adalah dari Klinik Kesihatan Sikamat "KKS".

ujian-saringan-talasemia
Maklum balas ujian saringan talasemia
Baru-baru ini kira-kira dua minggu yang lalu tak silap Mrs. A. Mrs. A telah dihubungi oleh pihak KKS supaya hadir pada 11.12.2018 untuk berjumpa dengan doktor bertugas bagi menerangkan hasil keputusan ujian saringan yang telah dijalankan.

Kekdahnya pada tarikh tersebut gigihlah we all tiga beranak ke KKS. Masing-masing curious nak tahu apakah keputusannya.

ujian-saringan-talasemia
Sila duduk anda akan dilayan sebentar lagi
Sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor tu, terserempak pulak dengan tiga empat orang rakan-rakan sekolah Along. Hahahaaaa... ada lagi yang lain rupanya kekdahnya Along bukanlah berseorangan yang disyaki pembawa talasemia tetapi berjemaah uols!

Tak lama kemudian sampailah giliran we all berjumpa dengan doktor bertugas. Menurut doktor NA  keputusan ujian saringan talasemia yang telah Along jalani adalah negatif dalam erti kata lain Along seorang yang normal tapi ujian tu pulak adalah untuk jenis talasemia beta. Ada lagi satu jenis talasemia iaitu talasemia alfa. Along sekali lagi diminta untuk ambil darah pada petang itu untuk tujuan saringan ujian talasemia alfa la pulok!. Darah Along akan dihantar ke HKL dan keputusan akan ambil masa lama sikit iaitu 3 ke 6 bulan ha gitewww.... apa-apalah doktor we all ikut jer... yang penting f.o.c ooopssss!!!

Menurut doktor NA pada masa ini KKM telah mula masuk ke sekolah-sekolah bagi tujuan ujian saringan talasemia. Malaysia dikatakan hendak mencontohi negara-negara maju yang bebas penyakit talasemia dikalangan para penduduknya. Pihak berkuasa kesihatan di Malaysia menganggarkan setiap seorang daripada 20 orang rakyat Malaysia adalah "pembawa talasemia".

Mereka yang "pembawa talasemia" itu kebanyakkannya tidak tahu pun yang mereka adalah pembawa kerana tiada sebarang simptom ataupun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka itu adalah pembawa. Kalau nak tahu kena jalani ujianlah. Hurm... Mr. A dengan Mrs. A pun tak tahu dan tak pernah cek pun samada salah seorang daripada we all ni adalah pembawa.

Tambah doktor lagi di masa-masa akan datang mereka yang disahkan "pembawa talasemia" akan diberikan kad oleh KKM bagi menunjukkan yang mereka itu adalah sejenis "pembawa" a.k.a carrier talasemia. Adalah disarankan supaya pembawa dengan pembawa tidak digalakkan untuk berkahwin kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan menghidap penyakit talasemia alfa. Haish!!!! macam-macamlah manusia ni bila dah maju sangat kadang-kadang tindakan tak tercapai dek akal, ke Mrs. A yang berfikiran kolot. Mungkin sedikit hari lagi akan viral kisah cinta terhalang dek talasemia muahahahaaaaa.......

Pada pendapat Mrs. A  sebagai rakyat biasa yang bukan pakar perubatan ini macam tiada keperluan mendesak aje nak melakukan ujian saringan talasemia ni, lainlah kalau negara dah maju nanti. Banyak lagi benda lain yang lebih penting dan lebih perlu untuk dilakukan. Ialah sudah semestinya untuk menjalankan ujian tersebut memerlukan kos-kos tertentu bukan untuk seorang dua mungkin juga beribu-ribu bukan setakat di Seremban tapi di seluruh Malaysia ha! cer bayangkankan tu. Rasanya kos tu lebih baik digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan berilah subsidi harga kepada kos ubat-ubatan yang semakin mahal sekarang ini. Itu sekadar pendapat Mrs. A sahaja yang pakar pula pasti ada pendapat masing-masing.

Apa yang Mrs. A faham tentang talasemia adalah kecelaruan sel-sel darah merah dan ianya adalah sejenis penyakit sepanjang hayat yang diwarisi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca [SINI]

17 ulasan:

  1. alhamdulillah keputusannya negatif

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya baik-baik belaka..

    BalasPadam
  3. harap semuanya baik2 belaka utk along... sy teringat seorg kwn tggl di perak. sblm kawen dgn isteri dia, dia dah tahu si isteri ada talasemia. but still nk kawen jg. then dpt anak, yg sulung mmg sah ada talasemia (kalu x silap yg alpha). so, dr kecil smpi ank dah bersekolah, tiap2 bulan kena g hospital ambil darah check itu ini... mmg kesian... tp nk buat mcm mn...

    BalasPadam
  4. Semoga semua nya baik-baik sahaja... Nasib negatif..

    BalasPadam
  5. Bagus dah ada saringan di sekolah, di samping ada saringan sebelum kahwin, kerana bahaya juga kalau ada Thalassemia ni. Mujur Along negatif ya Mrs. A. Alhamdulillah! :)

    BalasPadam
  6. kesannya pada masa hadapan anak kan Mrs A, Alhamdulillah Along negatif

    BalasPadam
  7. Semoga anak mrs a sihat walafiat selalu. Aamiin.....

    BalasPadam
  8. Akak pun baru diambil darah kerana doc suspek pembawa talasemia... Yg lucunya doc tu ckp dia jugak pembawa..

    BalasPadam
  9. Saya tak buat pun test ni masa kahwin haritu, tetiba seram pulak sebab kita pun tak tahu kan kita ni carrier ke apa..

    BalasPadam
  10. Bagus ya mereka buat saringan awal awal. Harap anak Mrs A dan kawan sekolahnya baik baik saja.


    BalasPadam
  11. Semoga keputusan akan datang pun negatif juga

    BalasPadam
  12. minta jauh la dari penyakit mcm ni,,

    BalasPadam
  13. Penyakit Talasemia nie bahaya... memang satu langkah yang bijak kerajaan buat saringan awal... kalau puan admin nak tau, jika kahwin sesama pembawa talasemia, peluang untuk anak mengalami penyakit talasemia sangat tinggi... teman ada kawan yang anaknya kena penyakit nie... tubuhnya tak boleh hasilkan darah, terpaksa terima derma darah setiap bulan... rawatan nya transplan memakan kos sehingga RM700K, anak kawan teman tu baru lepas buat transplan dan di kini dlm ICU SJMC

    BalasPadam
  14. memang saringan dibuat semasa di tingkatan 4 umur 16 tahun...potensi untuk kawin awal itu ada...jadi sbb tu kena kesan awal...dapat elak kawin sesama talasemia...saya pernah jumpa kes, kedua2 ibu bapa ada talasemia, anak pun ada...jadi, bila nurse datang sekolah nak cek, dia dah cakap awal2 dia ada talasemia...budak ni nanti kena elak berkahwin dengan orang yang ada talasemia juga.

    BalasPadam
  15. semoga Mrs A bebas daripada penyakit Talasemia dan juga carrier..

    BalasPadam
  16. semoga baik2 saja keputusan nya..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©