Jalan-Jalan di Kuching City. - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jalan-Jalan di Kuching City.

27 Disember 2018

Jalan-Jalan di Kuching City.

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan di Kuching City.

Hi dear readers! pernah tak uols berjalan-jalan ke area Sabah Sarawak? Belum? Eh! samalah Mrs. A pun belum ngeh! ngeh! ngeh! Agak-agak susah tak nak cari hotel kat sana? Tak pernah pergi lagi kan? Since kita sama-sama belum pernah pergi, this time Mrs. A gonna talk about a hotel in Kuching city, specifically Pullman Hotel. Ni pun cari-cari kat Internet and terjumpa hotel Pullman ni macam best je... 

Pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Lagipun hotel ni terletak di tengah-tengah bandar, so senang nak bergerak ke mana-mana kat Kuching City. Baca reviews semua macam best je Pullman hotel ni. Harga pun boleh dikatakan berpatutan dan mampu bayar. Lagipun Pullman ni brand hotel international gitewww... so worth the money.

Dari apa yang Mrs. A baca hotel Pullman Kuching ni dah lama jugak didirikan, tersergam indah kat tengah-tengah bandar Kuching, Sarawak. Hotel ni, kalau check kat website Traveloka, dia received rating 8.7/10, level impressive. Services provided by the staffs pun katanya sangat bagus. Bilik selesa walaupun hotel lama. Pullman Kuching ni ada sangat banyak pilihan bilik. Kira macam sampai tahap uols boleh customised nak bilik apa, katil apa, ada breakfast ke tidak dan lain-lain lagi. 
Jalan-jalan di Kuching City
Ha! berpinar jugak mata nak baca semua jenis bilik yang Pullman hotel ni ada. Kat Traveloka punya website je ada dekat 23 jenis bilik listed bawah Pullman Kuching. Kalau tengok harga dia, range dari RM273 untuk bilik Superior sampai lah RM868, ni dah level suites. Katil uols boleh pilih nak katil satu-satu ke or katil besar sebijik giteww.... Semua bilik ada mini-bar untuk uols simpan makanan ke, air ke, ada coffee/tea set and meja serta kerusi untuk apply make-up. TV pun ada, flat-screen lagi. Semua bilik ada internet and free wi-fi.

Selain dari bilik hotel yang pelbagai jenis dan pelbagai harga tu, Pullman Kuching ni ada swimming pool jugak. Haish! swimming pool semestinyalah wajib ada dalam list nak pilih hotel, tak giteww uols? Lagi-lagi kalau ada anak-anak yang hantu air kan? Mesti nak berendam, ermm.. orang dewasa pun apa kurangnya Mrs. A lettew... Bila panas sangat lepas enjoy Bandar Kuching tu, jom lah sama-sama berendam dalam pool dengan anak-anak kan? 
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City 
Kat pool depa ni pun siap ada bar, boleh la nak minum macam-macam jenis juice dan lain-lain lagi. Selain tu, kat Pullman Kuching ni pun ada spa. Tukang urut dia, or masseurs, semua professionals. Relax-relax kat spa, berurut, buat facials dan lain-lain tu fuh! mesti best. Apatah lagi time bercuti ni, masa ni lah nak lepaskan dan hilangkan semua stress yang ada. Rehat puas-puas, selagi boleh enjoy, kita enjoy!!!. Kat spa ni, ada macam-macam jenis massages, boleh pilih. Siap ada bilik-bilik berbeza untuk sauna dan steam, dan jugak separated untuk laki-laki dan perempuan. Masseurs dia pun boleh request.
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Buat uols yang suka fitness atau memang sejenis yang aktif, berlari atau bercardio tu, Pullman Kuching ni ada menyediakan fitness centre. Fitness Centre depa memang lengkap macam gyms yang uols selalu pergi. Nak barang cardio ada, free weights ada, treadmill ada, haish! macam-macam ada. Yang best pasal Fitness Centre ni adalah!.. open seawall 6a.m until 10p.m. Suka hati uols nak bersenam pagi-pagi sebelum berjalan atau pun sebelah malam sebelum tidur. Fuhh! best kan? 
Lagi satu Mrs. A nak bagi tahu ni. Percaya tak kalau Mrs. A kata hotel ni ada fitness class? Ala... yang macam kelas yoga, kelas menari semua tu? Perrrcayaaalahhh... [baca ikut lirik lagu Dato' CT hiks!] yang benarrr ni dong.. kat Pullman Kuching ni ada. Hotel lain ada tak? Fitness class ni diadakan setiap hari Selasa sampai hari Jumaat, dari jam 6p.m until 7p.m. Sejam setiap hari dan kelas beza-beza. Contoh macam, Selasa tu ada Cardio Dance, Rabu pulak ada Yoga Class. Hurmm... best kan?
Oppss!!! sebelum lupa, buat uols yang nak pergi ke Pullman Kuching ni senang je. Naik kereta tak samapi pun setengah jam dari airport Kuching. Kalau pilih naik teksi dari airport pun boleh. Location Pullman hotel dekat sangat dan terletak betul-betul di tengah bandar Kuching later nak jalan-jalan bandar Kuching pun senang. So tunggu apa lagi, jom book Hotel Pullman at Kuching City, sekarang!

Kredit photo to Google Image

11 ulasan:

  1. tak pernah sampai sarawak lagi..:)

    BalasPadam
  2. Sy yg duk sblh sarawak ni pun blm prnh jejak kaki di sana 😂

    BalasPadam
  3. Bestnya xpernah sampai sana lagi. Huhu. Moh le usha2 kat Traveloka ya. Hehehe

    BalasPadam
  4. Tak pernah sampai lagi Kuching. Boleh la try di Pullman ni

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Mrs. A . . . huhu baca tajuk dah membayangkan Mrs. A dah kat kuching . . huhu . . baca tentang hotel dia pun . . terbeliak bijik mata . . super best hotel dia . . siap ada fitness centre tu yang wahhhh bestnyaaa . . . huhu . . terima kasih Mrs . A sebab buat review pasal hotel ni . . kotlah mana tau memang nak bercuti kesana bolehlah pilih hotel ni . .

    *segmen blogwalking by Nurul Ain Eddihar masih berlangsung . .

    BalasPadam
  6. bestnya swimming pool hotel nih..penat berjalan terjun dlm ni best, terapi air...selalunya tak sempat nak gi gym, exercise jalan kaki, tawaf kedai..jln2 tepi riverfront pun nyaman..

    BalasPadam
  7. boleh la roger kalau ke kuching :)

    BalasPadam
  8. Swimming pool dia best. Kalau saya pergi terjun kat sini dulu lah :) mana boleh tengok saja.

    BalasPadam
  9. Ada sewa kereta tak... bukan apa, bila ada kereta tu, senang sket nak jenjalan...

    BalasPadam
  10. Alamak.. Harga dia memang mampu bayar. Tapi bayar sambil nangis hahaha.. Tapi berbaloi la dengan facilities dia

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©