Musim Netball - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Musim Netball

22 Februari 2016

Musim Netball


Readers yang kalau teringin nak tahu cerita netball  Mrs. A dulu-dulu sila arrr... klik post label netball ya.

Memula sikit jer mukanya

Tetiba banyak pulak muka-muka mama vogue tu

Seakan bermusimlah pulak netball ni ya.... Bila ofis sibuk bernetball tetiba pulak Ex-Stad pun calling-calling ajak bernetball. Mrs. A okay jer...

Last Sarturday bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi, Ex-Stad telah mengadakan friendly match bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Muahhaaaaa... takde training pastu ada yang dah dekat dua tahun stop tetiba aje friendly match. Mujur jugaklah Mrs. A dah start seminggu awal bersama gang ofis kekdahnya Mrs. A okay jer...

Kenapa MPKJ??? Actually salah seorang gang netball Ex-Stad tu bekerja dengan MPKJ pada tahun ini, dia telah ditugaskan menguruskan team netball MPKJ. Oleh sebab itulah dia dengan rajin dan efisiennya minta gang netball Ex-Stad turun padang sesambil tu dapatlah bertemu mesra dan beriadah menyihatkan badan sesambil merapatkan ukhwah dan silaturrahim.


Bergambar sebelum berlawan yang duduk tu MPKJ

Kalah menang adat pertandingan,  gaya harus ada kata depa

Yang berdiri tengah-tengah tu adik Ex-Stad dan juga adik SAINS we both diam-diam sudah tak cerita-ceriti pun dengan gang Ex-STAD yang we all juga adalah rakan sekerja. Finally ada yang perasan bila tengok gambar kat Instagram/FB ngeh!ngeh!ngeh!

Most of Ex-Stad tu orang yang sama juga seperti dua tahun yang lalu tetapi ada dua orang muka baru dapatlah Mrs. A kenal-kenal gang baru.


Peace yo!! hola habis sudah

Amboi! riang-rianya masing-masing hah!

Sementara orang lain sibuk bergambar. Handbag bertanya Ibu.... menang ke kalah?

GD pink tuler.. EX-Stad di MPKJ, cis ko pembelot ya...!!!

Alhamdulillah friendly match berakhir dengan jayanya. Player pun semua riang-ria dan takde sesiapa yang injured. In Sha Allah lepas nih! MPKJ kata nak freindly dengan SAINS pulak. Semoga dipermudahkan.

Akhir kata jom riadah bagus untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal.



6 ulasan:

  1. Busy Mrs. A sekarang dengan gang netball.. all the best to you kapten!

    BalasPadam
  2. meriahnya ... mesti seronok kan :)

    BalasPadam
  3. Wah tahniah. Bagus bersukan sihatkan badan. Mrs A mesti main netball masa sekolah juga kan?

    BalasPadam
  4. wa bestnya Mrs. A. boleh hilangkan stres juga kalau main netball kan :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©