Klinik Haiwan Senawang - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Klinik Haiwan Senawang

5 Jun 2015

Klinik Haiwan Senawang

Koko??? Apakah, siapakah Koko?? Nak tau detail baca sini. Tak nak baca takpe... teruskan bacaan anda dengan entry ni jer. Tuesday  morning 09062015 time Mrs.A nak gi kerja dah perasan Koko moyok jerr... kat sangkar dia tak seperti biasa dan tak seperti Lilo yang seperti biasa bising dan becok minta simpati suruh buka pintu sangkar untuk kebebasanlahkan. Tapi tak bolehlah Mrs. A nak gi kerja nanti kalau bebaskan dia pergi rumah orang lain marah pulak orang pastu ada banyak musuh, mereka tu toddler lagi hiks!

Petang time Mrs. A dah balik kerja serius tengok Koko jalan pun tak betul bila Lilo ajak dia bergurau dia marah dan boo layan. Kemudian Mrs. A bagi makan pun dia makan sikit aje dan tak bergaduh berebut dengan si Lilo macam biasa. Sekonyong-konyongnya Lilo makan seekor diri. 

Pastu Mrs. A tanyalah kengkawan kat grup whatsapp apa agaknya yang tak kena dengan si Koko tu kengkawan Mrs. A kata maybe dia demam sejuk agaknya tu cuba selimutkan. 
Klinik Haiwan
Koko
Mungkin ada benarnya dia sejuk, dia demam kot coz bila Mrs. A selimutkan dia senyap aje dan meneruskan tidurnya. Tengok jam dah pukul 10.00 malam huhuuuhu... dah malam sangat nak bawa gi klinik. Lagipun klinik haiwan yang kat Senawang tu Mrs. A tak tahu operation hours plus takde pengalaman bawa gi klinik situ yang biasa bawa cat gi jumpa veterinar ni ibu mertua Mrs.A. 

Wednesday morning 10062015 time nak gi kerja tengok Koko macam ok sikit. Tapi memang dah plan lepas kerja petang ni nak bawa Koko gi klinik walaupun ada appointment dengan Yun Nam tapi Mrs. A postponed demi Koko yang dikasihi. Koko bertahan ya  petang nanti kita gi jumpa doktor. Sesampai office Mrs. A pun jumpalah sorang rakan office yang selalu pergi klinik haiwan yang kat Senawang tu operation hours klinik tersebut katanya sampai ke malam hingga sepuluh malam kalau weekdays alhamdulillah oklah cenggitu.

Petang tu sharp 5.15 petang terus aje Mrs. A caaa alip but. Semangat sangat nak bawa Koko gi klinik rungsing pun ya mengenangkan si Koko yang sakit tak ketahuan sakit sebenarnya. Sampai rumah tengok Koko nak keluar rumah sambil jalan terhuyung-hayang menuju ke longkang hiks! dia nak melepaskan hajat rupanya. Alahai! carrier takde la pulak tu... nak kena beli carrier dulu ni. Memula Mrs. A bawa jer dia duk kat seat depan mujur dia elok jer... behave. Pergi pet shop kat Ampangan tempat yang sama Mrs. A beli cage dia dulu. Memula nampak carrier besar gedabak jer... alamak tak sessuai la. Kecik sikit ada tak sowang kata ada sowang kata takde huk aloh! mana satu betul ni. Tapi yang betulnya memang ada yang kecik cuma tak siap pasang lagiks! Mrs. A pun rembat jer.. yang kecik pastu suruh dia pasang. Kemudian terus drive ke Senawang.

Klinik Haiwan
No 14, Jalan Matahari 1/1, Taman Matahari Heights, 70450 Seremban, NSDK
No Tel: 06-678 8680      No Fax: 06-678 8675

Klinik Haiwan
Koko seat still aje time on the way nak ke klinik
Klinik Haiwan
Koko time tunggu giliran tetiba doktor panggil Puan ...... sambil tersengih tengok Mrs. A tengah snap-snap
Doktor: Kenapa dengan dia puan?? 
Mrs. A: Dia moyok aje doktor tak main gurau-gurau macam biasa. 
Doktor: Adik-beradik lain dia ada tak? Makan nak tak?
Mrs. A: Ada sekor je tapi yang tu elok aktif macam biasa. Dia makan tapi sikit jer.. 
Doktor: Ibu dia ada? 
Mrs. A: Dia takde ibu. My kid amik bawa balik dari sekolah
Doktor: Oh! Okay
Pastu bila doktor pegang Koko marah dan jerit-jerit [jerit suara kucingler...] 
Doktor: Amboi! marah dia, hurrmmm badan dia pun panas. 
Handsome doktor ni dalam hati Mrs. A [Hoi! Mrs. A sempat pulak ko gediks! ya] ngeh!ngeh!ngeh! 
Doktor: Sambil patahkan pil dan bagi Koko. 
Mrs. A: Pil apa tu doktor?
Doktor: Itu ubat cacing, saya kena bagi dia injection (vaksin)  ya puan. 
Sambil sediakan injection dan inject kat tengkuk Koko. Apa lagi menjerit kuatlah si Koko tu. 
Doktor: Okay dah siap. 
Mrs. A: Hah! dah siap doktor cenggitu jer sambil terngannga sikit macam tak percaya.
[Kesian ko Mrs. A tulah tak pernah bawa cat gi klinik] selalu sendiri jer...yang jadi doktor. 
Doktor: Puan lain kali kalau ada masa bawa adik beradik dia tu pulak ya kita kena bagi dia vaksin sebab dia kecik lagi.
Mrs. A: In Sha Allah doktor

Menurut doktor mungkin dia dapat jangkitan sebab dia bercampur gaul dengan kucing-kucing lain kat luar rumah. Mungkin ada benarnya coz semenjak kids duduk kampung Koko dan Lilo bebas aje kat luar rumah. Tak masuk cage sangat coz pada kebanyakkan masa tiada orang kat rumah Mr. A kata bebaskan aje dia letak makanan dia banyak-banyak. Mrs. A ikut jer... sebab tak naklah kering si Koko dan Lilo tu berlama-lama dalam sangkar sementara menunggu we both balik kerja.

Klinik Haiwan
Operation Hours time bulan puasa
Kat Klinik Haiwan Senawang ni ada jugak service lain-lain contoh kalau kita nak balik kampung tak tau mana nak tumpangkan cat kita boleh biar dia duk sini dengan bayaran tertentu harga sehari tak pasti la pulok anyway boleh calling-calling tanya sendiri. Perasan tak gambar kat atas time Koko tengah tunggu giliran tu ada cat dalam cage satu atas satu bawah. Yang atas tu baru lepas kena kasi so kena boarding sehari. Yang cage bawah tu sakit need to boarding jugak.

Klinik Haiwan
Koko senyap terus selepas kena injection [on the way nak balik]
Klinik Haiwan
Hiks! kat resit siap Pet's Name: KOKO
Alhamdulillah pagi tadi 04062015 Mrs. A tengok Koko dah sihat gayanya. Harapan Mrs. A Koko pulih dan sihat cergas sambil bergurau senda seperti waktu dia sihat. Risau dan runsing bila haiwan kesayangan kita sakit. Pencinta haiwan pasti setuju dengan apa yang Mrs. A rasa.

The End.



5 ulasan:

  1. alahai..kesiannya koko..nasib baik dia tak apa-apa kan.

    BalasPadam
  2. Ciannyer Koko, masih duduk dalam sangkar lagi ke. Kalu lepas dalam rumah, boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dia dah lepas bebas tak duduk dalam sangkar lagi.
      Ya dah lepaskan dalam rumah

      Padam
  3. kalau kucing kene langgar kaki patah nk hntar kt veterina krajaan ke klinik swasta ye...mntak pendapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs. A selalu pergi swasta takde pengalaman pergi vet kerajaan

      Padam

MRS.A my blog my stori ©