Siapa paling romantik? - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Siapa paling romantik?

16 Jun 2015

Siapa paling romantik?


Meja dan kerusi yang dah siap disusun

Siapa paling romantik? Huhuuhuuu romantiklah saaaangaaatttt!!!!!. Tolong jangan muntah hijau. Hiks! Idea bergambar siapa paling romantik ni keluarnya dari biras Mrs. A yang nombor 3.

Kebetulan Mrs. A minta Aryssa snap picture ibu & babahnya pastu kena sakat dengan biras apa jejauh lak tu dekat lagi, dekat lagi, pegang tangan katanya. Mrs. A pun layan ajelah sambil sengeh! haish!!! macam-macamlah uols ni. Hah! amiklah gambar siapa paling romantik.


Us

Sebenarnya kejadian ini berlaku pada 07062015 (Sunday) malam seminggu sebelum sekolah buka family side hubby telah membuat kenduri tahlil arwah sempena Ramadhan 1436H. Kenduri tahlil sebelum Ramadhan ni dah macam rutin bagi kami sekeluarga. 

Meskipun ada pandangan berbeza mengatakan tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW) namun majoriti ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada saudara-mara kita yang telah meninggal dunia. In Sha Allah.

Selalunya bila ada aje kenduri kendara apa lagi macam-macam perangailah yang timbul bila dah berkumpul reramai tu. Sewaktu malam kenduri tu sempat pulak we all bergambar dengan aksi romantik ngeh! ngeh! ngeh!

Sil & hubby yang amat sporting 

lagi sekali nak buat aksi nasyid pulak katanya

Kemuadian Mil pun nak jugak... Aryssa snap gambar opah dengan mama pulak. Opah pun nak jugak katanya.

Mil & kaklong tapi ada sorang tu sibuk jer.. nak selit [Aryssa.....!!! apa picture opah blurrr ni?? ngeh!!ngeh!!ngeh!!]

Tengok we all romantik kannsss

Itulah selingan sebelum kenduri tahlil bermula walaupun bukan semua diantara kami sempat bergambar tapi sekali-sekali bergambar romantik cenggini seronok dan excited jadinya.


Inilah dia pencetus idea bergambar siapa paling romantik

Di samping itu juga Mrs. A nak ucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H to all readers maaf seandainya ada tulisan-tulisan Mrs. A yang kurang menyenangkan mahupun gambar-gambar yang bak kata orang poyo aje lebih maafkan Mrs. A ya!

Semoga puasa dan amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. In Sha Allah.



1 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©