Pejabat Pos Jusco Seremban 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pejabat Pos Jusco Seremban 2

9 Jun 2015

Pejabat Pos Jusco Seremban 2

Lunch hour today dah plan nak pergi renew car lesen Mrs. A yang dah tamat tempoh bersamaan dengan tarikh birthday Mrs. A iaitu 30052015. Hiks! dah 10 hari berlalu rupanya. Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh lesen itu tamat tempoh. Sempat jugaklah Mrs. A balik kampung dan ke sana ke sini di area Seremban ni patutlah rasa macam ada benda tak kena rupanya memang tak kenalah lesen Mrs. a mati daa... [next time dont do it agains].

Tapi apa yang Mrs. A nak kongsi ni adalah kisah di Pejabat Pos time Mrs. nak renew lesen tu. Sesampai aje nak amik angka giliran tapi rosak dengan note sila ambil angka giliran anda di kaunter no. 2. Okay gi ke kaunter no 2 dapat no giliran 132. Tapi tak tahu sekarang no berapa? Tak lama tu terdengar kaunter no 1 panggil no 106. Hah! no 106 baru, gila kentang punya ramai lagi nak sampai turn Mrs. A. tapi bila melihat sekitar pejabat pos tu orang takdelah seramai beratus orang tu, elok jer.. semua orang duduk kat tempat duduk yang tak berapa kerat tu.

Terus Whatsapp one of my gang lunch minta tak payah tunggu coz memang lambatlah nih jawabnya. Di samping itu tak lupa juga message bos. Inform dia yang Mrs. A lambat coz renew lesen di Pejabat Pos dan orang ramai, ngeh!ngeh!ngeh!

Sebelum ini memang kawan-kawan Mrs. A pernah bagi tahu service Pejabat Pos tu memang slow giler walaupun orang tak berapa ramai servicenya tetaplah hai! slow yang teramat-amat. Kalau tak percaya cer baca kat FB Pejabat Pos Jusco Seremban 2 memang tak jumpa comment puji-pujian punyalah. Yang banyak rungut-rungutan aje. Walaupun dah banyak komplen yang diajukan tapi service tetap slow tak berubah laju pun walaupun ada service pos laju. ngeh!ngeh!ngeh! Bila nak berubah pun tak tahulah? Manager Pejabat Pos sepatutnya ambil aduan pengguna tu secara serius dan buat penambahbaikkan bukannya di pandang sepi. 

Walhal bila dah sampai ke turn kita tu cepat aje prosesnya. Macam time Mrs. A renew lesen tu bagi IC dan lesen yang dah tamat tempoh tu kemudian prosesnya lebih kurang tujuh ke lapan minit aje siap.


My lesen untuk tempoh 2 tahun

Sekarang tempoh minimum renew lesen adalah dua tahun dan maksimum lima tahun. Bagi tempoh dua tahun bayarannya adalah RM60.00 tapi sebab renew kat pejabat pos kena bayar comission 2.00 dan GST 12 sen total after rounding jadinya RM62.10. Lima tahun tak tanya pulak berapa RM? ngeh!!.ngeh!!ngeh!!

Renew lesen punya pasal terlewat sikit masuk office. Moral of the story jangan amalkan selalu renew lesen time lunch hour office yang jadi tak berapa lunch hour di Pejabat Pos Jusco Seremban 2.

The End.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MRS.A my blog my stori ©