Sakitnya tuh! di sini - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Sakitnya tuh! di sini

7 Julai 2015

Sakitnya tuh! di sini

Sepatutnya entry ini nak publish yesterday tapi tak sempat finishing huhuhuu... yesterday 06072015 Mrs. A tak pergi kerja dan dapat MC coz sakitnya tuh! di sini.

Amboi! ayat kemain lagiks sakitnya tuh! di sini.

Monday nite tu bandage sendiri sebab sakit sangat. Doktor tak bertauliah ngeh!ngeh!ngeh!

Actually dari Friday dah terasa sakit tapi buat tak tahu aje... time lunch hour yang panjang tu boleh lagi berjalan kaki ke Aeon S2 sesambil shopping raya ngeh!ngeh!ngeh!.. Saturday & Sunday sekejap okay, sekejap tak okay haish! pelik betullah kaki Mrs. A tuh! pastu mengenangakan esoknya tu nak kerja Mrs. A pun urutlah sendiri letak minyak bagai ingatkan bertambah elok rupanya bertambah sakit dedenyut bagai pastu nak jalan pun susah solat pun tak berapa nak sempurna.

Finally on Monday morning tu amik keputusan tak yah gi kerjalah muaaahaahaahaaa nak gi klinik. Huhuuuuhuu... gi klinik huk aloh ramai orang hurmmm... bulan poser pun ramai uols!!. Bila doktor check katanya apa ntah in english susah nak sebut bila tengok muka Mrs. A blurr aje dia pun cakap senang kata "radang tendon" sambil tunjukkan kat tempat specifik saraf kaki yang dimaksudkan. Tak boleh urut ya kalau kita urut tendon lagi pressure. La patut arr... ai urut doktor. Next time kalau sakit cenggini jangan urut lagi.

Kenapa jadi camni doktor? Menurut doktor tak boleh nak jangka secara specifik ada kemungkinan banyak berjalan, banyak sangat berdiri dan jugak terlalu aktif. Iyalah kot Mrs. A banyak berdiri contoh bila iron baju diri lama gak tuh!

Sesambil tu nak share doa kat bawah ini. Kebetulan time Mrs. A tengah sakit kaki tu ada kawan share kat FB. Mrs. A pun baca doa tu disamping ikhtiarkan kita sendiri yang rasa. Wallahualam.

Doa ketika merasa sakit di bahagian tubuh

Alhamdulillah sekarang dah tak sakit sangat dan dah gi kerja pun. Terima kasih jugak kepada kengkawan yang mendoakan Mrs. A agar segera sembuh tu. Ya Allah sembuhkanlah aku seperti sediakala. Amin...


3 ulasan:

  1. alahai kesiannya Mrs A, alhamdulillah dah beransur pulih kan.. hati2 ye , dah nak raya ni :)

    BalasPadam
  2. salam ramadhan, bertabahla mak A tuuu., ;p

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©