Bakar Lemang - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bakar Lemang

16 Oktober 2013

Bakar Lemang

Dah lama tak tengok blog huh! rupanya dah! seminggu tak update. ish..ish ish... tak boleh jadi nih! kena express update ni.. Oklah. nak citer pasal aku bakar lemang hah! u olls ade??? Sehari sebelum hari raya haji aku tolong mak aku bakar lemang. Actually aku tolong jer..apa-apa yang patut, yang beria nak buat lemang tu adalah emak aku yang tercinta iaitu puan Halimah. sayanggg mak.

Di permulaan time nak bakar (kayu kat tepi masih elok)

Buluh lemang emak aku dah suruh B.Ngah (bil) aku belikan. B.Ngah aku memang beli special buluh for lemang datang dari melaka tu. Coz they all duk Krubong so beli jelah kat tempat kengkawan dia tak silap aku. Daun pisang emak aku order je dari jiran. Stail emak aku bebuluh tu kena dibasuh dulu coz tak naklah ade sesuatu pulak nanti kat dalam buluh tukan. Akulah si tukang basuh buluh tu. Dah basuh bersih barulah dimasukkan daun pisangnya. Pepagi sebelum bakar barulah masukkan pulut. pulut tu pun kenalah basuh dulu dah basuh bersih barulah masukkan dalam buluh then dah ready semua iaitu setiap buluh dah siap diisi. Barulah masukkan santan pulak. Kemudian sedia untuk dibakar.

Setelah  lebih kurang sejam 
Penjaga lemang yang berdedikasi  ngeh..ngeh..ngeh...
Part membakar nih! yang susah sikit coz panas duk kat bahang api. Tempat membakar tu kerja B.Ngah aku lerkan yang sediakan. Kayu untuk bakar tu kebetulanlah pulak kayu rambutan huh! dasat dia punya bahang panas. Bara aje dah cukup panas. Huh! tu bara kayu rambutan if api neraka tak taulah macam mana. Insaf sekejap. Then lelemang kenalah selalu dihentak-hentak dan ditukar-tukar positionnya if not takut hangus dan tak masak dengan elok. 

Alhamdulillah setelah lebih kurang satu jam lebih dekat dua jam jugak kot maka lemang tu pun masak dah! Errmmmm best..best..best...lemamg mak aku masak superb dan sedap sangat dan tentulah ade rendang juga.

Tak sah ler...kalau lemang takde rendangkan????

Ni ler....  rendang daging yang dah! siap dimasak

1 ulasan:

  1. Huhuhuhu... lama dah tak melemang... skil melemang pun dah ke laut...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©