Selamat Pengantin Baharu JR #cousin - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Pengantin Baharu JR #cousin

26 Februari 2019

Selamat Pengantin Baharu JR #cousin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah last Saturday Mrs. A sekeluarga diizinkan olehNYA menghadiri majlis perkahwinan cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Kalau nak dikira jarak Jelai 1 dari Seremban tu jauhlah juga lebih kurang 1 jam lebih perjalanan. Tetapi disebabkan boleh pula tersesat jadilah tempoh perjalanan itu menjadi 2 jam. Hurmmm... walau pun dah banyak kali datang [SINI] tapi kalau dah nak sesat tu apo nak dikato huhuhuhu.....

Cousin Mrs. A adalah yang pengantin lelaki tu. Actually pasangan pengantin ni dah bersanding kira-kira tiga bulan lepas lagi di side perempuan tapi time tu we all tak hadir pun.

cousin
Selamat Pengantin Baru JR dan pasangan
"Eh! color baju pengantin sama pulak dengan baju Sha bu..." kata Aryssa time mula-mula we all sampai tu. Aryssa and Mrs. A jer... yang nak bergambar dengan pengantin yang the boys tu ntah kenapa tak mau bergambar panas katanya nak masuk dalam kat pelamin tu. Haish! memang pun cuaca panas berdenting time tu, itu pasallah muka masing-masing berminyak.

Oleh kerana The A family datang agak lambat kekdahnya tak jumpa pun KakNgah Mrs. A sekeluarga,  cousin Mrs. A yang dari Salak Tinggi dan jugak cousin bapak pengantin a.k.a cousin mak Mrs.A jugaklah yang dari Bangi semuanya Mrs. A tak dapat jumpa kerana depa semua telah berangkat pulang. Huwaaa...waaaa....waaa.... kau lambat sape suruh Mrs. A oiiii!!!!

Takpelah dapat tengok gambar dalam group WhatsApp pun jadilah.

cousin
Kaum-kerabat dari Bangi
cousin
Cousins dari Salak Tinggi
cousin
KakNgah sekeluarga 
cousin
Makcik Ina and cousin cilik Mrs. A
cousin
Mr. A and bapak sedara a.k.a tuan rumah
cousin
We are cousin a.k.a Kaklong pengantin lelaki
Majlis kali ini emak Mrs. A tak datang pun cos dia tak berapa sihat. Itu pasalah KakNgah Mrs. A terus aje dari rumah dia kat Melaka ke Jelai same goes to us from Seremban direct to Jelai tak singgah kampung pun. Kiranya walaupun emak tak hadir tapi we all adik-beradik dah wakilkan harapnya takdelah pengantin sekeluarga berasa hati ha gitteww....

Selamat pengantin baharu Juazer Rizal dan pasangan semoga kekal berbahagia till Jannah.




17 ulasan:

  1. kenduri la tempat jumpa kaum kerabat..hihi

    BalasPadam
  2. Moga menjadi keluarga sakinah mawadah warahmah untuk sepupu Mrs A.

    BalasPadam
  3. selain hari raya, kenduri kawin juga sebahagian dr reunion sedara mara. Terbaik

    BalasPadam
  4. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Hehe

    BalasPadam
  5. kebetulan, last saturday aida pun attend kenduri cousin.
    tapi jadik team bertandang di pihak lelaki, kebetulan di Melaka jer.
    wakil emak abah. emak abah x dpt hadir dek krn takde adik-beradik di KL yg free nak bwk emak abah turun.

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru utk cousin Mrs A...seronok berjumpa saudara-mara sambil menjamu selera...

    BalasPadam
  7. lama jgk lah sampai sejam sesatnya tu kak ye, dana skrg pi mana2 wave je sbb tahu edy pun bkn jenis tahu klu jln yg dia tak biasa...

    mcmne anak akak lg bsr dr emaknya nih... tp manis betul dia berbaju maroon sama ngn pantin lak tu

    BalasPadam
  8. Seronok berjumpa dan bersembang dengan kaum keluarga di majlis begini, tentu menyesal kalau miss peak hours kan.

    BalasPadam
  9. barakallahulakuma utk mempelai... ni mesti bersembang lebat punya bla dah jumpa sedara mara hahahaha

    BalasPadam
  10. Tahniah tuk spupu Mrs A dan isteri. Meriah dapat btemu sanak saudara

    BalasPadam
  11. Masa kenduri macam nie yang seronok.. berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara..

    BalasPadam
  12. Tahniah buat mempelai
    Semoga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  13. memang iye Mrs A kalau dah nak sesat tu, akan sesat juge walaupun dah pernah datang hehe.. musim panas berdenting jgn kata budak2 je takde mood nak begambor, ni ha akak ni pun takde mood nak begambor hehehe

    BalasPadam
  14. Wow cantiknya perantik selamat pengantin baru

    BalasPadam
  15. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.. amin

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©