MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Terima Kasih Untuk Sekali Lagi

Terima Kasih Untuk Sekali Lagi

Terima kasih untuk sekali lagi Mrs. A ucapkan kepada rakan blogger Linda kerana bagi hadiah buku ni pada Mrs. A. Sangat terharu. Al-kisah klik sini

Hadiah GA dari blogger Nota dan Kopi


GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Bismillahirrahmannirrahim...


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
Lets go

JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.
OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Bismillahhirrahmannirrahim...


Suatu waktu dahulu Mrs. A sering juga berkunjung ke blog Mek Zumbie tapi as times goes by tak tahu camne boleh hilang jejak. Tetapi seminggu yang lalu Mrs. A telah menjejaki semula blog Mek Zumbie dengan tagline yang masih lagi Mrs. A ingat iaitu Jangan Hidup Macam Zombie. Blog Mek Zumbie sudah berubah wajah rupanya... sejak bila tu Mrs A pun tak pasti ha.... tulah nampak sangat Mrs. A dah lama tak ke sana kan??? In Sha Allah selepas ini Mrs. A nak ke sana selalu ;-)
Jom kita ramai-ramai ke blog Mek Zumbie sambil joint GA mana tau ada rezeki menang.


Express Quick Laundry

Express Quick Laundry

Last weekend Mrs. A terpaksa mencari alternative untuk membasuh pakaian yang agak banyak. Ini semua gara-gara washing machine yang telah membuat perangai. Tak tahulah apa yang dah Aryssa godek-godekkan washing machine tu sampai rosak. Washing machine tu bukanlah totallly rosak, spin dry masih berfungsi tapi sensor tidak mampu mengesan water level yang telah kita pilih. Bila Mrs. A masukkan air sehingga dah melimpah keluar pun washing machine tu buat donno aje tak start wash pun.

Sewaktu memula tahu washing machine jadi cenggitu memang Mrs. A hangin sampai tahap tendang washing machine tu muuaahhhaaaa.... Cer bayangkan time tu balik kerja pastu dengan terrr....rajin plan nak basuh baju bawalah sebakul baju masukkan dalam washing machine dah letak Dynamo plus letak pulak Downy Unstopables yang pink tu sesambil tu prepare nak memasak. Pastu confuse nape washing machine ni tak start-start lagiks air dah melimpah Downy mak pun dah berenang-renang keluar huuwaaaaaa....huuuwaaaa .. waaaaa... kenapa dengan washing machine ni!!!??? Pastu tanya kids memasing kata tak tahu, pastu Along kata last tadi Aryssa yang guna. Aryssa pulak jawab tadi dia guna ok jerrr... Pastu siap called babah tanya kenapa mesin ni rosak, stressed jadiknya, garang habis [drama sangat manalah dia tahu kansss..??] argue punya argue laaa.. ingat masalah besar sangat boleh dia kata cenggitu. Pastu last sekali Mrs. A cakap malas nak masak dah! awak beli jer... muuahhhaaaaa full stop. 

Friday petang lepas balik kerja Mrs. A tengok bebaju kids semua dah siap basuh dan dah kering. Dalam hati, aiks! washing machine dah elok kerrr??? Takkan babah basuh tangan kot, banyak tu bebaju tu semua.

Kekdahnya basuh di Express Quick Laundry daa....

Gambar kiri atas machine 28 kg (ada satu jer). Gambar kanan atas machine 14 kg (ada banyak tapi tak kira berapa).
Gambar bawah sekali tempat untuk letakkan sabun

Accidentally babah telah menjumpai self service laundry ini sewaktu dia on the way nak pergi solat Jumaat. Laundry ni terletak di Ampangan, dekat aje dengan area rumah we all. Actually we all memang tak tahu sejak bila laundry ini telah wujud. Rasanya dulu takde. Lagipun babah biasa hantar laundry kat tempat lain tapi bukanlah yang self service cenggini.

Tolong jangan ketawakan Mrs. A, ini memang pertama kali Mrs. A menggunakan self service laundry ini, kesian tak tahu guna sabar ajelah terima tunjuk ajar dari babah tu. Action si babah tu mementang dia dah tahu cara-cara penggunaannya. Tapi di machine itu pun ada cara-cara penggunaanya. Tapi itulah kalau ada tukang ajar kita lebih confidentkan.

Kalau tak buat-buat tahu aje ikut arahan tu. Memula masukkan kain baju, kedua masukkan sabun kat sebelah atas machine tu [tapi kalau tak nak letak pun ok jer.. sebab sabun automatik ada] tapi Mrs. A letak gak dynamo sendiri. Ketiga choose temperature nak hot, warm or cold. Bila time Mrs. A basuh toto tu ai choose hot [biar hama-hama sumer mati]. Keempat part paling penting masukkan coin 6 hengget. Ini kalau tak masuk memang tak gerak la machine ko.. tu ya..... ngeh!ngeh!ngeh! Last sekali press start button. Kemudian tunggu.....!!! selepas 25 minit siap.

Ini machine yang 14 kg RM6.00 untuk satu basuhan

Vending machine untuk tukar coin. Coin baru sahaja

Kemudian ada jugak dryer. Ini kalau kita dah basuh pastu malas nak jemur masukkan jer kat dryer ni kering terus. Bayaran untuk dryer ni pulak 4 hengget.

Dryer ada 4 machine. Kita boleh choose nak dry tahap mana regular, medium or hot.

Sewaktu Mrs. A sampai itu takde orang pun ada pun seorang aje. Dalam hati lorrr... takde orang ke tak laku laundry ni. Haish! tak laku ko! kata Mrs. A oooiii...??? Silap besar ya setengah jam kemudian berdedai yang datang. Fully utilies semua washing machine tu. Lagi satu yang buat Mrs. A rasa heaven kat sini disediakan Wifi percuma. Memang best sesangatkan sambil laundry sambil mentenet.

Untuk puaskan hati sendiri ertikata lain busybody bila wujudnya laundry ni Mrs. A telah menggoogle map tempat ni. Hasilnya memang sewaktu Google membuat map kat sini at that time memang belum wujud lagi Express Quick Laundry 24hour Self Selvice ni tak caya tengok ni.


Image yang Mrs. A amik dari google

Time tu yang wujud adalah Dobi Ummi. No wonderlah Mrs. A tak tahu. Pendapat Mrs. A laundry self service ini memang sesuai untuk orang-orang yang sibuk. Patutlah kawan Mrs. A yang duduk di Selangor tu suka jer... pi basuh baju kat laundry self service memang mudah dan kurang memenatkan.

Tapi tak semuanya positif adat membasuh guna washing machine bukan semua kita boleh basuh guna machine ya...idak?? Coz ada pakaian kita perlu basuh guna tangan jugak kalau tak kotoran tak hilang contoh macam bebaju sekolah kids tu memang tak lah kannnn..... Lagi satu kalau selalu-selalu guna laundry ni rasanya pakaian akan mudah reput al-maklumlah dia punya putar tu laju bangat sih!!

Moral of the story: Jangan kumpul kain baju seminggu baru nak basuh, basuhlah kain baju setiap hari dan jugak jangan terlalu bergantung harap sangat dengan washing machine. ngeh! ngeh! ngeh!


Wordless Wednesday #55

Wordless Wednesday #55

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh BNM.
Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi terpisah di bank dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun empat bulan kemudian mereka bertemu semula 
 secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Maka mereka pun berbual: Wang RM100 bertanya kepada RM1; 
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100; "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus disambut oleh perempuan cantik dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks beli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga  dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah".
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, ditangan anak-anak yatim-piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Allah.
Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story: Hidup kita janganlah sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat, kerana adakalanya sesuatu yang kita hina itu adalah lebih baik dan bermanfaat kepada masyarakat.

Share from WhatsApp Group


Koko Dah Ada Baby

Koko Dah Ada Baby

This morning sewaktu Mrs. A tengah iron tudung Aryssa panggil dengan excitednya ibu..ibu... hah! kenapa ni tanya Mrs. A??? Koko dah beranak bu? Yeke kat mana, camne Sha tahu? Kat kotak yang ibu sediakan tu Sha terdengar bunyi baby cat kata Aryssa. Alahai Koko dah ada baby dah bergelar ibu si Koko yang tecik dulu tu. Mrs. A pesan kat kids jangan asyik duk tengok-tengok Koko tu dia tak sukalah, nanti takut kot dia pindah tempat.

Walaupun dah pesan cenggitu tapi kid always a kid. Lebih kurang pukul 11.30 pagi tadi Along telah whatsApp gambar Koko dan anak-anaknya di family group we all.

Haish! apalah si Along ni aku tengah susukan baby pun dia nak amik gambar malu la....!!! 

Koko ni macam faham-faham aje bila Mrs. A kata nanti kalau nak beranak, beranak dalam kotak ni ya. Kotak ini ibu sediakan khas untuk Koko sambil bawa si Koko tu letak kat dalam kotak tu ngeh!nghe!ngeh!. Kotak tu Mrs. A dah sediakan awal-awal lagi time tu we all tengok si Koko tu asyiklah mencari-cari tempat. Gayanya nak cari tempat untuk beranak lerr... bila Mrs. A buka almari aje dia nak masuk, pastu panjat atas almari. Masuk bilik Aryssa pun sama nak masuk dalam almari Aryssa. Itu yang Mrs. A pakat-pakat dengan kids sediakan kotak untuk dia pastu selalu-selalu cakap  dan tunjukkan dia bila nak beranak nanti masuk dalam kotak ini. Tak sangka si Koko faham.

Alhamdulillah Koko telah selamat melahirkan actually ini adalah kelahiran sulung si Koko. Kiranya ini pengalaman pertama dia. Semoga Koko terus sihat walafiat disamping anak-anaknya. 
I Hate Both Of You Another Episode

I Hate Both Of You Another Episode

Beberapa bulan yang lalu Mrs. A pernah posted kisah yang hampir sama nak tau klik SINI. I hate both of you another episode ni pulak sudah bertukar tempat siapa yang membenci dan dibenci ngeh! ngeh! ngeh! Dua hari lepas time kids balik dari Jiboi depa telah membawa si Tompok. Sesampai aje rumah ibu.. ibu... Opah bagi kita anak kucing ni.. hah! mana dapat tanya Mrs. A? kawan maksu yang bagi laaa ikut Ibu macam tak naklah. Kan Koko dah nak beranak nanti anak dia kita nak letak dalam sangkar tu. Alah ibu ni Opah dah bagi tu amik ajelah. Hurmmm...okeh layankan ajelah.. dah mil ko bagi Mrs. A oiii ko berani kerr... kata tak nak? ngeh!ngeh!ngeh!

Ini dia our new isi rumah.
Kids bagi nama Tompok tapi Mrs. A dah tukar nama dia Oren
Alahai kesian jerr.... tengok dia ni sesekor takde gang pastu tercium-cium sana, sini, situ. ke depan, ke belakang. Ibu kenapa dia nak bau-bau arrr tanya adik? Memanglah cat cenggitu kalau datang kat tempat baru yang dia tak biasa lagi. Ingat tak Koko dengan Lilo dulu kan dia bau-bau jugak.

Sebagaimana yang telah dijangka si senior Koko memang tidak suka kehadiran si Oren ni. Tapi Koko takdelah bertindak ganas cuma dia buat bunyi deraman menciks dia tu aje... haish nyah! ko dari sini pastu bila kids main-main dengan Oren dia tengok aje kesian dia jeles lettew. Tapi Koko jangan risau we all tetap sayang Koko. Dari apa yang Mrs. A baca kalau ada kehadiran junior kita kena pandai-pandailah pujuk si senior tu kena bagi perhatian yang sama rata. Bagi lebih perhatian pun lebih baik dan lagi tempat makan dia jangan terus bagi sama tempat kena asing-asingkan dulu kerana bau mereka berbeza belum serasi lagiks!

Koko kaklong kawasan

Esok tengaharinya tu Mrs. A ada extra task iaitu kena fetching Aryssa dan Adik dari sekolah coz babah outstation. Along pulak time ni sesi petang cuti. Dia lepaking Jiboi. Sampai rumah tengok dalam sangkar ada seekor lagi uols...!!

Surprise!!!!
Adik-beradik si Oren tu kata kids Mrs. A namakan Marble walaupun dia tak berapa nak marble lebih kepada tompok tapi nak ferfiling Marble jugak

Eh! ibu... ada sekor lagi tu la... camne ada kat sini kata adik? Cer call Along tanya. Along kata itu Opah hantar pukul 10.30 pagi tadi. Opah kata kesian dia sekor jer... bagi dia ada kawan. Muuaaaaahaaaaaaa sabar yolah! Haish!!! bertambah-tambah menciks lagi lerrr... Si Koko tu ya.. sabar jugaklah ye Koko.

Marble & Oren si junior in da house

Kata suka cats??? ha! baru tiga ekor tak kan tak boleh handle kot???

MRS.A my blog my stori ©