MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2022.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2022.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2022. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya [SINI] Mrs. A akan buat satu entry penghargaan untuk rakan-rakan blogger yang rajin meniggalkan komen di my blog my stori ini. Walaupun tahun ini agak terlambat tapi rasanya masih relevan lagi kan 😍

Actually dari minggu lepas dah membuat percubaan untuk entry ini tapi tulah tak menjadi kenyataan disebabkan busy dengan tugas hakiki. Di quarter keempat tahun 2022 entry blog Mrs. A memang ke laut dalam. Walaupun banyak cerita nak di blog tapi tulah terlalu sedikit masa untuk menulis huhuhuu..

Eh! iklan pulak. Okay sambung kisah penghargaan buat tujuh rakan blogger yang selalu meninggalkan komen di blog picisan ini semoga ukhwah di alam maya tercatat kenangan yang manis-manis sahaja.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2022.
Pengomen tegar
Terima kasih semua 😘


Terima kasih juga Mrs. A ucapkan kepada readers blog dan rakan blogger lain yang pernah komen dan singgah di my blog my stori ini. Semoga ukhwah di alam maya akan berpanjangan sehingga ke Jannatul Firdausi. InSyaAllah.




Team Building a.k.a Bina Wadah

Team Building a.k.a Bina Wadah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Team Building a.k.a Bina Wadah. Kisah team building Mrs. A pada 14 dan 15 Disember yang lalu. Dah beberapa kali Mrs. A berjaya mengelak untuk pergi team building anjuran office ini. Tapi akhirnya tewas ngeh! ngeh! ngeh! lagipun kena pergi jugak untuk tahun 2022 ini bagi mencukupkan training hours ataupun kpi gittewww... Team building ini juga dikenali dengan nama Program Bina Wadah oleh syarikat. 

Kumpulan pertama Program Bina Wadah bermula pada bulan September 2022 yang lalu dan seterusnyalah setiap minggu ada program yang disertai oleh kakitangan dari kesemua pejabat, HQ, daerah dan juga loji-loji syarikat. Sampailah giliran Mrs. A dah kumpulan 8 tempatnya di DRB Hicom Port Dickson. Syarikat Perunding/ penceramah yang dilantik adalah Bina Wadah dan juga Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan a.k.a KAYNS.

Oleh kerana syarikat mahu berjimat cermat (#yolahtu) kekdahnya kakitangan dibenarkan car pool kenderaan sendiri ataupun menggunakan kenderaan syarikat ha! pepandailah kau arrange cari kenderaan syarikat yang available untuk diguna. Mereka yang guna kenderaan sendiri dibenarkan claim mileage dengan syarat mesti car pool. Sewaktu batch pertama dahulu memang ada disediakan bas itu yang syarikat kata mahal sewa bas berbanding kenderaan sendiri. Kekdahnya batch kedua dan seterusnya tiada bas disediakan lagi huhuhuu... Okay jom Mrs. A sambung cerita bergambar 😊

Team Building a.k.a Bina Wadah
Team Building
One for the memory

Team Building
Gang car pool kenderaan akak baju purple😍

Team building
Yeay! berjaya merebut katil bawah sebab sampai awal ngeh! ngeh! ngeh!

Team Building
Gambar candid! 😝 yang sampai awal boleh sarapan dulu yeszaaa...

Team Building
Rembau dan HQ bertemu di sini gitttewww... #gangnetball

Walaupun dalam tentative program hari pertama dijadualkan pukul 9.00 pagi tetapi ramai juga yang tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan al-maklumlah ada dari daerah Jempol, Jelebu mereka semua tu jauh-jauh belaka. Sis okay je faham tu eh! hahahaa... Lebih kurang pukul 10.00 pagi cenggitu barulah semua peserta sampai. 

Alhamdulillah semua selamat sampai kurang lebih 47 orang hadir. Paling ramai setakat ini dan paling happening kata fasilitator. 😝 Setelah selesai sesi ice-breaking. Semua diminta berdiri di depan stage kemudian acara nyanyi-nyanyian uols! Adeh!!! lama betul dah tinggalkan aktiviti nyanyi beramai ni muahhaaaa...

Team Building
Kemahen! semua bernyanyi riang πŸ˜‚

Team Building
Setelah beberapa kali mendapat kumpulan lain akhirnya inilah kumpulan Mrs. A sehingga ke akhir program. Kumpulan Bunga Kertas nama diberi

Team Building
8 orang dari HQ 2 orang dari daerah. Aktiviti sebelah pagi dalam dewan sahaja

Team Building
Sebelah petang sebelum aktiviti luar bergambar bersama logo kumpulan Bunga Kertas
Aktivit luar explorace cari klu dan selesaikan soalan yang diberi.

Team Building
Gigih ha! masing-masing mencari klu untuk kumpulan masing-masing

Team Building
Dah jumpa klu  kena menjawab daa....

Team Building
Dah settle semua check point masuk semula ke dewan untuk tentukan jawapan dan markah setiap kumpulan

Team Building
Sementara tunggu waktu isyak kita selfie-selpot 😍

Team Building
Persembahan tarian Din Din Badindin oleh Kumpulan Bunga Kertas 

Team Building
Selain itu kumpulan bunga kertas sepakat pilih Mrs.A jadi juri persembahan

Team Building
Susah rupanya jadi juri bila komen mudah lupa diri muahhaaahhaaa... #macampro

Aktiviti sebelah malam tu setiap kumpulan kena buat persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan kena pilih satu persembahan tak kisahlah tarian, nyanyian, lakonan, puisi dan lain-lain asalkan berkaitan dengan kebudayaan. Ada 5 kumpulan kesemuanya. Ketika kumpulan lain buat persembahan juri-juri dari kumpulan lawan yang bagi markah ikut kategori markah yang telah di tentukan oleh penganjur iaitu 30% untuk persembahan, 30% untuk penglibatan kumpulan, 30% isi dan 10% markah bonus.

Esoknya tu sambung lagi aktiviti. Sebelah pagi selepas sarapan aktiviti senamrobik. Selebihnya tu sehinggalah program berakhir aktiviti di dalam dewan sahaja.

Team Building
Ketika aktiviti meletop belon pihak lawan 2 orang dari kumpulan bunga kertas berjaya mempertahankan belon mereka.

Team Building
Adeh!! ini aktiviti paling susah cita-cita kerjaya 5 tahun akan datang 

Team Building
Dapat souvenir 😍

Team Building
Akhir sekali sebagai acara penutup haruslah bergambar beramai-ramai

Alhamdulillah tamat akhirnya sesi team building 2 hari sahaja. Alhamdulillah hari pertama paling seronok tapi ntah kenapa hari kedua tu macam tak best sangat huhuhuuu...


Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN. Pejam celik, pejam celik dah tamat 6 bulan Along menjalani latihan industrinya. Last weekend hantar Along ke IKTBN, Alor Gajah untuk sambung belajar semula bagi semester akhir. Semoga Along baik-baik sahaja dan rajin menuntut ilmu kerana Allah.

Jika hendak menghantar Along ni perasaan tu chill dan santai aje berbeza dengan Aryssa yang nun jauh di Penang lotih banyak benda kena fikir huhuhuu... Sebelum hantar Along masuk hostel tu we all singgah kampung dulu makan tengahari di sana. Along yang arrange dengan nenek dia hehehee... we all follow aje.

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN.

Along kembali ke IKTBN
Adik tak ikut nak settle homework katanya

Ingat barang-barang perempuan aje banyak. Barang-barang Along ni boleh tahan jugak banyaknya. Ntah! apalah masalah dia tak nak guna beg besar. Haruslah kena bebel dengan Mrs. A guna beg sedang-sedang tu yang sampai tiga empat beg adoiii! rimas Mrs. A tengok. 

Along cakap untuk semester akhir ni hostel lelaki sedang di ubahsuai so mereka ditempatkan buat sementara waktu di bangunan akademik jadinya tak dapatlah sebilik 6 orang. Ini betul-betul macam hostel sekolah satu dorm beramai-ramai.

Along kembali ke IKTBN
Keadaan dorm Along

Along kembali ke IKTBN
Lepak cafe selepas solat Isyak 

Esoknya tu tak nampak pun apa-apa status WhatsApp Along. Bila Mrs.A whatsApp tanya macam mana dia pun forward gambar kat atas tu baru balik solat isyak katanya. Cakap okay tapi muka macam tak happy je. Okay je jawab dia. Tulah dah 6 bulan seronok bebas kat rumah balik hostel semula tu yang lemau kot ngeh! ngeh! ngeh! Takpelah Along minggu depan dah boleh balik rumahkan. Cuti empat hari sempena CNY. 



Kisah 1 Januari 2023.

Kisah 1 Januari 2023.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 1 Januari 2023. Rezeki tahun baharu 2023 Mr. A admit di Mawar Medical Centre. Rezeki sakit di tahun baharu 2023. Sesungguhnya sakit itu juga rezeki. Kalau tahun lepas ceritanya happy [SINI] tahun 2023 ceritanya sedih Allahu kami redha. Sakit gout Mr. A ini memang dah lama menjadi hidap-hidapan dia cuma selalunya tidak kronik sampai tak boleh berjalan langsung.

Actually kaki kiri Mr. A dah mula sakit semenjak dari 26 Disember 2022 iaitu masa pergi KLCC tu cuma masa ni tak teruk. Berdasarkan pengalaman sebelum ini kalau sakit macam tu bila makan ubat rutin, dari klinik tu akan beransur pulih. Namun ditakdirkan pada minggu terakhir Disember 2022 itu sakit gout beliau semakin bertambah teruk, mula sebelah kaki kiri sahaja yang sakit selang sehari berjangkit pula ke kaki kanan bertambah parah tangan kanan pun kena attack juga 😒. 

Dah beberapa kali Mr. A kata nak pergi hospital tapi tak pergi-pergi jugak. Mr. A ni gaya je taiko tapi penakut jarum hospital πŸ˜„ lagi satu dia memikirkan macam mana nak turun ke bawah huhuuhu...... Mrs. A kata takyah risau fikirkan tu panggil aje ambulan nanti tahulah macam mana nak buat. Akhirnya setelah 5 hari bertahan di rumah dan pada 1 Januari 2023 dalam waktu tengahari Mrs. A call Mawar Medical Centre minta ambulan datang.

Kisah 1 Januari 2023.
1 Januari 2023
Ambulan dah sampai πŸ˜‰

Ini adalah pengalaman kedua Mrs. A call ambulan minta datang ke rumah. Yang pertama dulu calling untuk Adik bongsu Mrs. A yang pengsan di rumah masa tu kat kampung ntah tak semena-mena sehari selepas second dos dia tetiba pengsan. Waktu tu call hospital Rembau minta ambulan datang. Alhamdulillah walaupun tersesat ambulan akhirnya sampai jugak ngeh! ngeh! ngeh! 

Tahun baharu 2023 calling Mawar Medical Centre minta ambulan datang. Berbeza dengan yang pertama yang kedua ini interview pihak hospital agak panjang lebar juga. Sakit apa, berapa hari dah kat rumah macam-macamlah Mrs. A bagitahu berat husband berapa, sekarang kat tingkat atas nak turut perlu diangkat, depa pulak tanya siapa lagi ada kat rumah mungkin perlukan manpower nak tolong angkat ke bawah huhuhuuu.... 

Bila sampai tu Mrs. A ingatkan ramai tapi dua orang je uols! driver ambulan dengan seorang misi yang agak comel sizenya hiks! lalu kekdahnya sewaktu proses nak dibawa turun tangga tu Mr. A duduk dalam wheel chair kemudian tonggengkan wheel chair tu roda besar di sebelah bawah dan yang kecik ke atas Along pegang sebelah kanan, Mrs. A sebelah kiri, driver dan misi jaga sebelah bawah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar dipermudahkan olehNYA Mr. A selamat mendarat ke ground floor.

1 Januari 2023
Dah selamat atas strecher nak masuk ambulan😐

Mrs. A pun ikut sekali naik ambulan tu, pengalaman pertama naik ambulan best rupanya naik ambulan ni terasa hebat sebab takyah nak ikut peraturan lalu lintas sangat muahahhaaaa bila driver on siren tu semua kereta gerak ketepi bagi laluan, di traffic light lampu merah pun selamba aje U-turn sekejap sangat dah sampai Mawar Medical Centre gittewww... 

Sesampai di Mawar Medical Centre tu depa pun buatlah prosedur apa yang patut pertama sekali jolok lubang hidung untuk covid test. Bertabahlah Mr. A ya... sementara itu Mrs. A pergi uruskan registration di kaunter emergency. Registration berjalan lancar Mr. A pulak okay covid test negatif. Terus ke katil emergency tu memacamlah depa buat kerja. Ambil darahlah, soalan-soalan memacam, ubat-ubat apa yang sedang diambil. Alhamdulillah semua ubatan dia ada dibawa bersama so senang depa nak pastikan. Setelah lebih kurang satu jam di katil saringan emergency tu Mrs. A disuruh ke admission kaunter pulak untuk urusan admit ke wad. 

Kisah 1 Januari 2023.

1 Januari 2023
Masuk wad Lili 2. Siap bawa bantal sendiri uols sebab nak letak kat kaki hiks!

Along, Aryssa dan Adik datang kemudian memang sengaja Mrs. A suruh mereka datang selepas dah settle dapat wad sambil itu boleh pesan apa-apa yang patut dibawa. Ialah masa kelam-kabut tu manalah nak ingat apa yang patut dibawa untuk percutian di Wad Lili 2 tu kah! kah! kah! Malam pertama admit tu Mrs. A bermalam di hospital teman Mr. A mujurlah ada kerusi panjang ala-ala sofa so Mrs. A tidur di situ aje toto dan bantal bawa sendiri. Keadaan Mr. A malam tu bertambah positif dapat tidur elok mungkin asbab ubat-ubatan yang diberikan tak seperti malam-malam sewaktu di rumah tu tak dapat tidur sangat berendoi menanggung sakit.

Sebelah malam tu lebih kurang pukul 9.00 malam Dr deepa yang in-charge kes Mr. A tu ada datang bertanya khabar kemudian esok paginya tu doktor datang lagi maklumkan result dan katanya dia akan minta doktor pakar tulang untuk check jugak mana tahu kot ada berkaitan tulang selain daripada gout. Pada 2 haribulan Abah, Adik-beradik ipar duai Mr. A datang melawat. Kawan-kawan we all tak bagitahu pun sengaja tak nak bagitahu sebabnya nak rest betul-betul nanti ramai sangat visitor langsung tak dapat nak berehat gittewww...

Pada hari kedua tu Mr. A masih belum kuat lagi untuk berjalan. Pada sebelah malam hari kedua tu pakar tulang datang iaitu Dr Chan. Waktu ni Mrs. A dah kemas-kemas nak balik dah sebab untuk malam kedua ni planningnya Along yang akan teman babahnya. Sebabnya esok tu Mrs. A kena pergi kerja. Dr Chan bagitahu dia dah tengok report dan yakin sakit ini berkaitan gout sahaja dia nak bagi ubat radang di lutut kiri Mr. A yang masih belum boleh pijak tu. Nak inject pada lutut katanya. Cuak habis Mr. A time ni banyak kali tanya perlu ke doktor? Doktor kata ubat radang ni bagus nak kasi you cepat baik kalau you tak percaya malam ni I inject esok pagi you dah boleh jalan  Nanti silap-silap you yang minta I inject yang sebelah kanan pulak tambah doktor melawak. Dalam keadaan terpaksa Mr. A akhirnya terima jugalah injection yang doktor suggest tu. 

Pagi esoknya tu Selasa 03012023 sewaktu Mrs. A dah sampai pejabat Mr. A call happy sangat dia bagitahu kaki kirinya tu dah boleh pijak, walaupun tak kuat tapi dah boleh pergi bilik air sendiri. Alhamdulillah betullah cakap Dr Chan tu katanya. Ha! tu la pasal baru dia percaya. Sementara itu Mrs. A pulak rasa macam dah sakit kepala nak kena migrain mula-mula macam boleh tahan. Lama - kelamaan makin bertambah pulak paling sadis bila check ubat migrain dalam handbag tak bawak pulak 😭😭😭 dah settle kerja sikit Mrs. A pergi surau nak rehat sekejap. Muntah jugaklah kat surau tu lepas tu dapat tidur sekejap ku fikir selepas itu dah okay nan hado uols! sama jugak masih sakit kesudahannya Mrs. A gagahkan diri drive ke klinik lepas tu terus balik rumah makan ubat fengsan terus tidur sampai ke petang.

Malam tu Mrs. A tak pergi pun jengok Mr. A anak-anak aje pergi. Lagipun Mr. A dah semakin pulih dah boleh berjalan cuma terhinjut-hinjut sikit malam tu pun dia tinggal sorang je bila Along nak teman dia kata tak perlu dah sebab dah boleh berjalan ke bilik air sendiri.

Alhamdulillah esoknya tu Rabu, 04012023 dalam pukul 11 lebih Mr. A dah boleh discharge cuma kena pergi follow-up hari Isnin, 09012023. Masa pergi follow-up tu result semua baik alhamdulillah syukur. Happy semuanya telah berlalu.


Jalan-Jalan Cuti Krismas

Jalan-Jalan Cuti Krismas

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cuti Krismas. Alahai! satu aje blog post Mrs. A di bulan Disember 2022 ini sendu betul huhuhuuu... actually banyak kisah nak cerita but too little time eh! hahhaaa... Okaylah demi blog yang disayangi Mrs. A gigihkan diri menulis pada petang ni. Kisah family day out last weekend Mrs. A sekeluarga jalan-jalan cari makan di KL kemudian window shopping dan nonton Avatar: the way of water.

Gerak dari rumah lebih kurang selepas zohor memang plan terus nak pi makan nasi arab di SINI biar adil kepada Along dan Aryssa yang belum pernah makan di situ lagi 😝 buat Adik dan Mrs. A ini adalah kali ketiga buat Mr. A tak tahulah ini kali yang ke berapa ngeh! ngeh! ngeh!

Jalan-Jalan Cuti Krismas.

Cuti krismas
Fruits sebelum makan

Jalan-jalan cuti Krismas
Order Konafah lagi sebab Adik suka eh! Aryssa dengan Along pun makan juga

Adehhh! bila tengok photo galeri tiada sebarang gambar nasi uols! hurm... may be sudah divideoin itu yang tak snap dah! jadilah ada fruits dengan Konafah jerrr...

Selepas lunch tu we all gerak ke KLCC tempat favorite Mr. A tuh! 😍. Sampai KLCC the boys dengan girls jalan asing-asing sebabnya Mrs. A nak gi Isetan nak beli office wear. Kekdahnya Along dan Adik ikut Babah sementara Aryssa ikut ibu.

Jalan-jalan cuti Krismas
Mrs. A suka jenama Pure ni sejak zaman muda-muda lagi ketika bergelar warga kota dulu tiiiberrr...

Okaylah menarik perhatian betul baju-baju yang ada. Aryssa pun sama membeli jugak. Alhamdulillah bajet 1k tapi syukur yang tulis di monitor 931.00 gittewww. Selepas dah dapat apa yang dihajati the boys and girls bertemu semula di TGV untuk nonton Avatar: the way of water tayangan pukul 6.30 petang.

Jalan-jalan Cuti Krismas
Kita wefie dulu sebelum masuk panggung

Masa tayangan  Avatar: the way of water ni lagi panjang daripada Black Panther Wakanda uols tapi Mrs. A tetap suka. Readers yang belum tengok silalah tengok mesti suka punya kisah kekeluargaan. Tapi dalam cerita ini manusia memang jahat. Geram betul. Okaylah Mrs. A malas nak review yang pasti Mrs. A suka aje yang kecam tu tak tahulah kenapa huhuhuu... Last sekali nak share gambar Jake Sully  sekeluarga amik dari pakcik google.

Jalan-jalan cuti krismas
Kredit google image




PRU15

PRU15

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

PRU15. Rasanya belum terlambat lagikan Mrs.A nak cerita kisah PRU15 Mrs.A 😊😊😊. Ketika ramai orang balik ke kampung untuk mengundi Mrs. A terbalik pulak ngeh! ngeh! ngeh! terpaksa ke KL untuk mengundi. Ini semua gara-gara salah faham Mrs. A dengan dear Mr. A tulah😝. 

Pada awal tahun sewaktu SPR duk sibuk-sibuk iklankan nak daftar pemilih dan tukar tempat daftar pemilih tu Mr. A cakap biar dia buat proses nak tukar tu siap Mrs. A dah bagi salinan K/P sekali kononnya nak tukarkan ke Seremban. "Nanti time PRU15 boleh sama-sama pergi mengundi" katanya huhuhuu... Mrs.A pun happy sesangat dan langsung takde follow-up, dia pun sama tak up-date apa-apa pun. Namun alangkah terkejutnya Mrs. A muahahaha terkejutlah sangat bila dah diwar-warkan semak tempat daftar pemilih tu. Mrs. A pun semaklah tengok-tengok tempat yang sama uols di [SINI] Sabar yolah. 

Tetapi sebagai seorang rakyat Mesia yang bertanggung jawab gigih tau Mrs. A pergi mengundi pergi dengan ditemani oleh Along dan Adik of courselah setelah mendapat keizinan dari Mr. A. Sehari sebelum hari mengundi tu dah cakap dengan Mr. A yang Mrs. A nak pergi mengundi pergi dengan Along dan Adik. Sebabnya Mrs. A faham dia ada kerja dan busy dengan PRU15 ni di kawasan yang dia terlibat. 

Okay jom layan gambar PRU15 seorang Mrs. A

PRU15
Gerak dari rumah lepas zohor sampai Jalan Jelatek lebih kurang pukul 2 lebih kalau tak silaplah

PRU15
Queue agak panjang time 2-4 petang tu tapi oklah gerak laju jer...

PRU15
Sambil queue tu sempatlah snap gambar tempat nostalgia ni nun yang tinggi tu Menara Jentayu sebelah dia tak ingat nama apa yang pendek color oren tu Kelumpuk Serindit πŸ˜‡

Sementara Mrs. A mengundi tu Along dengan Adik. Mrs. A suruh depa pergi lunch. Melihat keadaan queue yang agak panjang tu sure ambil masa jugak sejam dua gitteww.... Lagipun ditakdirkan pula Along ada kawan-kawan yang sama belajar di IKTBN duduk area AU dan juga Ampang kekdahnya sambil dia hantar Mrs. A sempatlah juga dia berjumpa dan lunch sama dengan kawan dia dua orang tu.

PRU15
Done, panjangnyalah hai ink tu sebab petugas tu suruh cucuk sampai rasa dasar botol.πŸ˜†

Sewaktu Mrs. A dah selesai mengundi Along dan Adik belum selesai lagi lunch bersama kawan-kawannya. Kekdahnya Mrs. A sabar ajelah menunggu dijemput pulang. Mrs. A pun lepak menunggu Along di bus stop depan Sekolah AU Keramat tu. Mujurlah bukan Mrs. A sorang aje ada juga sekumpulan adik-adik yang sedang menunggu mak/pak depa amik.

PRU15
Those were the days Mrs. A tinggal di Menara Rajawali  yang color grey tu. Dulu colornya lain yang sebelah tu pulak Cenderawasih saja nak bagitahu kah! kah! kah! 

PRU15
Dah! dah! jom pulang. Tol Sg Besi clear maybe sebab tol percuma kot eh! tiberrrr...

PRU15
Sshhhh..... undi adalah rahsia😝

PRU15 penuh dengan kejutan kalau PRU14 dikatakan ibu segala pilihan raya apa kurangnya PRU15 kali ini sejarah tercipta parlimen tergantung, kerajaan tidak dapat dibentuk disebabkan tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. 

Alhamdulillah syukur Malaysia masih mempunyai Raja Berpelembagaan so akhirnya suka ataupun tidak tahniah diucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sama-sama kita doakan Malaysia tanah air tercinta akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

Okay itu sahaja kisah PRU15 seorang Mrs.A.




Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever. Pada hari Jumaat 18112022 cuti sebelum PRU 15 tu Mrs. A bertiga beranak telah berkesempatan tengok Black Panther : Wakanda Forever. Cerita inilah yang Adik beria-ria sangat nak tengok. So jadinya pada hari Jumaat tu Along, Adik dan Mrs.A pun pergi menonton di TGV Cinema Seremban 2 tayangan pukul 5.00 petang.

Mujurlah Mrs. A dah beli tiket online so dapatlah seat tengah. Kalau beli walk-in tak tahulah rasanya ada kemungkinan dapat seat depan screen muahahhaaa..... sebabnya ramai pulak manusia pada hari kejadian tu.

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever. 

Black Panther : Wakanda Forever.
Sementara iklan tu kita wefie dulu

Masa tayangan Black Panther : Wakanda Forever memang lama, lebih kurang 2 jam 50 minit. Tetapi  Mrs. A tak terasa pun yang 2 jam lebih tu telah berlalu know know cerita dah tamat gittewww... cause ceritanya memang sangat menarik semua rasa cukup. Happy, sedih, gembira, marah, geram eh! semua adalah. Ceritanya berkisar tetang kerajaan Wakanda yang dilanda kesedihan setelah kematian raja mereka T'Chala a.k.a black panther. Dalam keadaan kesedihan tu mereka terpaksa pula behadapan dengan ancaman-ancaman dari luar di antara ancaman yang paling ditakuti adalah ancaman dari kerajaan bawah laut yang diketua oleh raja bernama Namor. 

Mulanya Mrs. A tertanya sendiri kenapa kebanyakkan pelakon filem Black Panther : Wakanda Forever ini pelakon kulit hitam ngeh! ngeh! ngeh! Oh! no wonder sebab itulah asalnya nama Black Panther kot. Agaknyalah kalau salah harap maaf sila betulkan sendiri huhuhuu.... 

Black Panther : Wakanda Forever
Google image

Weekend ni kalau readers nak tengok movie tak tahu nak tengok movie apa ha! apa kata pergi tonton Black Panther : Wakanda Forever sangat disyorkan. Mrs. A bagi 5/5 bintang. 

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Black Panther : Wakanda Forever
Bergambar sebelum masuk cinema 3😝

Salam Jumaat selamat berhujung minggu. Semoga Malaysia tanah air tercinta terus aman damai dan rakyat saling hormat-menghormati tidak kira agama dan bangsa.




MRS.A my blog my stori ©