Hujung Minggu Yang Aktif. - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hujung Minggu Yang Aktif.

16 November 2020

Hujung Minggu Yang Aktif.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hujung Minggu Yang Aktif. Kisah dua minggu yang lalu huhuuhu... hujung minggu yang aktif dan terlebih rajin al-maklumlah badan dah terasa berat sangat dek lama sangat tak melakukan aktiviti keluar peluh. Last Mrs. A melakukan aktiviti keluar peluh [SINI]. Pada petang Sabtu 07112020 lebih kurang pukul 5.15 petang Mrs. A telah join Aryssa dan Adik brisk walking dari rumah ke Forest Park kemudian kembali semula ke rumah. Adik dan Aryssa sejak tak boleh ke sekolah dah banyak kali depa brisk walking dan jogging Mrs. A aje yang malas. 

Hujung Minggu Yang Aktif

Hujung minggu
Selfie seketul sementara menunggu dua beradik kat belakang tu

Hujung minggu
Aryssa dan Adik di permulaan brisk walk tu kemain laju lagi

Di permulaan aktiviti ni Mrs. A memang ada add tracking apps guna Google Fit mula-mula memang alert sekejap tengok, sekejap tengok tapi setelah meleka... syiok punya pasal brisk walking sambil membebel kat Aryssa dan Adik dah terlupa pasal tracking steps tu 😞😞😞. Bila dah sampai rumah baharu teringat bila check tengok-tengok mende alah tu dah stop di kilometer 3.99 dengan steps 5248 sahaja calories burned pun tak nampak adoiiila... ralat sungguh. Kalau nak di kira jauh dari rumah Mrs. A ke Forest Park dan pusing ikut jalan belakang kembali ke rumah Mrs. A adalah lebih kurang 5 kilometer. Takpelah next time nak pastikan apps Google Fit tu merekod dengan jayanya gittewww...

Hujung minggu
Perjalanan brisk walking sewaktu pergi ikut jalan lain (kira sebelah hadapan)
yang nampak bumbung tu SJKC Kanchong

hujung minggu
Aryssa kata tak ramai macam biasa. Lorrr.... patutler... PKPB uols!😨😨😨

Malam tu bila tengah rilexs-rilexs sambil tengok phone terbaca pulak status whatsapp kawan-kawan berkaitan SOP ketika PKPB alamak! riadah tidak dibenarkan 😕😕😕 lalu Mrs. A pun menGoogle semata-mata nak tahu dan pastikan SOP PKPB berkaitan aktiviti sukan. 

~ Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN ~

Phewww!!! mujurlah dibenarkan. Petang tu Mrs. A, Aryssa dan Adik sempat jugaklah brisk walking dua tiga round di Forest Park kemudian barulah we all gerak pulang.

Hujung minggu yang aktif
Hujung minggu
Time nak balik dua-beradik tu dah jauh Mrs.A tinggalkan depa bukannya brisk walking lagi dah jalan macam biasa sambil membawang cet!

Hujung  minggu
Jalan sebelah belakang ni ada construction iaitu disebalik hoarding hijau. Kurang selesa sikit cause banyak anjing. Tapi anjing-anjing tu takdelah kacau. Nun sayup-sayup yang nampak bumbung banyak tingkap tu pulak SMK Forest Height

Pemenang brisk walking pada petang itu adalah ibu yeay!!! tua pun boleh! eh! tiberrr.... muahhhaaaaa so kekdahnya lebih kurang pukul 6.20 petang macam tu Mrs. A dah sampai rumah. Kalau masuk fun run kira lambat jugak tu untuk jarak 5 kilometer. #poyolahkomrsahoi Lambat sebab stop bergambarlah, menunggu Aryssalah bump dengan kawan-kawan sembanglu. Aryssa dan Adik tu kekdahnya tak jalan laju pun lebih kepada membawang. 

Kononnya petang Ahad tu nak brisk walking lagi. Elok dah siap bagai hujan turun melebat pulek! so kekdahnya jump rope kat porch rumah ajelah.

Hujung minggu
Kasi chancelah Sis terapung sekali sekala

Lama sangat dah tak skipping dah lupa cara-cara mudah nak skipping a.k.a jump rope. Struggle jugaklah mula-mula tu tapi setelah beberapa percubaan oklah practice make perfect. Skipping je sesuka hati dah penat stop hahahaa... takdelah Mrs. A buat lompat 30 kali pastu stop 1 minit rehat. Kemudian lompat lagi dan lagi dan seterusnya stop 5 minit rehat pulak. Lebih kurang 20 minit cukuplah tu sakit koting den ha! Actually lebih kepada nak support Aryssa road to kurus katanya tapi ibu pulak yang overrrr....

Okay itu sahaja kisah Hujung Minggu Yang Aktif. Harapnya maintainlah tak mau hangat-hangat tahi ayam huhuhuuhu...




24 ulasan:

  1. bestnya..Aryssa & adik jalan santai2..hehe..

    lama gak tak jump rope..

    BalasPadam
  2. Aktiviti riadah yang dapat menyihatkan badan kekdahnya.

    BalasPadam
  3. Wah.. Aktifnya Mrs. A. Banyak anjing memang spoil. Kalau rumah saya banyak monyet, seram jugak. Pkpb boleh je riadah, janji jangan duduk borak ramai2. Nasib x baik melayang seribu. Wuuu.

    BalasPadam
  4. best nyer dpt jalan2. weekend lepas kami dok kemas rumah luar & dalam.
    berpeluh sekitar rumah aje la :)
    aida beli skipping rope. tapi tu la, tak berkualiti!
    nak kena beli yg mahal sikit.

    BalasPadam
  5. bagusnya dpt riada jalan2 jogging menyihatkan badan mak tuu., ;p

    BalasPadam
  6. wah best ada masa untuk dri sendiri beriadah dan bersukan.. dapat keluar peluh tu yg syok

    BalasPadam
  7. active and healthy! itu penting :)

    BalasPadam
  8. Bila dah lama tak buat..sekali buat lenguh satu badan. Terus buat nanti lama-lama badan jadi ringan dan selesa kan Mrs A.

    BalasPadam
  9. sejak2 pkpb ni dah lama tak keluar untuk brisk walking sampai kaki pon mcm dah mulasakit-sakit dan badan pon dah lemau rasanya

    BalasPadam
  10. mrs A boleh register virtual run, senang nampaknya nak kumpul km cam ni ;)

    BalasPadam
  11. Saya kalau workout buat indoor je. Tak keluar pun. Pagi2 teringin juga nak brisk walk dengan nyonya2 ni.tapi tengok ramai sangat. tu pu diaorang pecah2 kan jadi 3,4 group supaya tak bercampur. Malas nak bagi lagi ramai.hahha

    BalasPadam
  12. Bestnya brisk walk. Lama tak buat. since PKPB memang takde langsung keluar ke taman. Riadah dpn rumah je mampu. Jump rope pun lama tak buat. Berat dah rasa badan ni. Hehe

    BalasPadam
  13. Bestnya dapat brisk walk. Sejak PKPB nie, badan terasa berat dah nie 😅

    BalasPadam
  14. senaman yang baik setiap hari dapat menjadikan tubuh sihat dan kuat, terutama wabak ini menjadikan kita terhad di luar rumah. Oleh itu kita mesti sihat dengan melakukan senaman secara teratur

    BalasPadam
  15. kakmim selalu je plan nk ajak anak2 briskwalk tp asik x jadi jerk.. hihih... tali skipping pun entah ke mana jeles pulak tgk sis beriadah

    BalasPadam
  16. Seronok brisk walk...santai2 yg sihat.

    Hebat tu..lama skipping. Saya buat tak sampai 5 minit, dah! Haha

    BalasPadam
  17. lama tak berjalan2 mcm ni.. mrs A aktif anak2 pun suka la join

    BalasPadam
  18. rindu nak g jenjalan kat taman .

    BalasPadam
  19. Yay! Jom buat hari-hari. ^_^
    Saya pun sakit juga kat keting tu (shin), itu yang tak boleh skipping lama-lama. Teknik kena betul, kena cari mana sesuai dengan badan kita.

    BalasPadam
  20. Jauh betul perjalanan jogging tu mrsA.. mell pun rasa semangat juga nak bersukan...

    BalasPadam
  21. Jauh berbrisk walking tu kak. hebat! jump rope pun okay dah. At least aktiviti sihat keluarkan peluh.

    BalasPadam
  22. Pergh!! Terapung tu.. Ohsem..
    Sha nak buat jump rope tu tak terbuat lagi.. hehehe..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©