Cenderahati Dari Blogger Dana - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cenderahati Dari Blogger Dana

12 November 2020

Cenderahati Dari Blogger Dana

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Cenderahati Dari Blogger Dana. Keriangan berganda hahahaaa... tiberrr... kat office dapat hadiah misteri sampai rumah tengok kat atas almari make-up Mrs. A ada sampul surat tapi dah boleh agak ini mesti cenderahati yang Dana cakap tu kot, bila bukak sah memang betul heheheee... touching iols!

Alhamdulillah terima kasih Dana walaupun kita tidak pernah bersua muka tapi blog telah menjalinkan ukhwah sesama kita. Manalah tahu satu hari nanti ada pulak rezeki kita berjumpa kan..kan..kan...

Cenderahati Dari Blogger Dana.

cenderahati
Tasbih dan face mask extender

Menurut Dana cenderati itu adalah tanda terima kasih beliau kerana rajin berkunjung ke blog beliau DANA  Yeay! Mrs. A suka, touching pun ya jugak sebab Mrs. A termasuk dalam senarai yang Dana bagi cenderahati itu. Terbaiklah Dana. Mrs. A doakan Dana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Blog Dana adalah salah satu blog yang memang Mrs. A suka singgah. Salah satu faktornya adalah suka entry yang ditulis dari hati gittewww... Lagi satu Dana rajin masak-masak dan share resepi, selalu tengok gambar masakan dia sedap-sedap je... Pernah jugak la terinspirasi nak jadi macam Dana yang rajin masak-masak walaupun pada hari bekerja. Tapi nampak gayanya menjadi nyata sekejap ajelah di waktu PKP hari tu. Bila dah bekerja ni ke laut semula masak-masak di hari kerja tu adeh!

Okay itu sahaja nak share kisah Cenderahati Dari Blogger Dana. Semoga ukhwah berpanjangan dan manis-manis sentiasa.





20 ulasan:

  1. alhamdulillah murah rezeki kak dana :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Rezeki berblogging. Moga ukhuwah di alam maya semakin erat.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..
    Blog dana memang blog wajib baca hari2. Banyak cerita best2 pasal family dia terutamanya anak dia tu..

    BalasPadam
  4. Seronok dapat hadiah. Dana memang rajin tulis.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, rezeki
    Semoga murah rezeki Dana

    BalasPadam
  6. tahniah. abe kie pun turut sama dpt hadiah drp dana. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. tahniah kak, saya pun dapat hadiah dari kak dana. Semoga murah rezeki kak dana. Aaaminn

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, tahniah Mrs A. Seronoknya dapat hadiah kan :)

    BalasPadam
  9. Tahniah Mrs. A. saya pun dapat juga hehe

    BalasPadam
  10. seronok laa yerk.... apa pun tahniah... kikikikiki...

    BalasPadam
  11. Tahniah Mrs. A. Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan

    BalasPadam
  12. seronok la dia dapat hadiiah...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah. rezeki..dpt tasbih pula tu. sgt bermanfaat ^_^

    BalasPadam
  14. Those are really cute gifts. Lucky you.
    Mesti ramai yang berkobar nak rajin kunjung blog Dana lepas ni hehehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©