Januari 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Januari 2020
Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ. Makcik Sinah ini adalah bestfriend mak Mrs. A we are neighbour di kampung pada suatu waktu dahulu. Kiranya zaman muda remaja mak Mrs. A sampailah dah berkahwin, beranak, bercucu dan sehingga sekarang masih lagi berhubung. Kiranya dah macam family friends yang amat rapat dah macam sedara-mara pun ia jugak. Makcik Sinah ni selepas berkahwin dia berpindah duduk di Lui Timur. Balik kampung bila time-time raya atau bila ada kesempatan ajelah.

Thursday 23012020 dalam tengahari macam tu mak calling-calling Mrs. A sajalah dia nak tahu balik kampung sempena cuti CNY bila, pukul berapa? Mrs. A cakaplah macam biasa Saturday tengahari lepas dah settle laundry baharulah pulang ke kampung heheheee... Lepas dah letak telefon tu tak lama tu mak call lagi katanya Zura (anak makcik Sinah) call tadi bagi tahu "cik Sinah kau masuk hospital dia teringin nak jumpa mak. Tapi tulah takde siapa nak bawak mak ha, kau kalau senang kau pergilah dulu ziarah dia kata mak kirim salam ya". Hurmmm... bila mak Mrs. A dah cakap macam tu serba salah pulak rasanya. So Friday tu Mrs. A minta excuse dengan bos nak balik half day cause nak pergi HTJ. Alhamdulillah bos memahami.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ.
Ziarah Makcik Sinah Di HTJ.
Kredit Google image
Petang Jumaat tu Mrs. A ziarah bersama Aryssa dan Adik sahaja. Mr. A pulak tukang hantar dan amik sahaja Haish! macam-macam hal lah dia tu. Its okay its alright yang penting dia hantar dan jemput so tak payahlah Mrs. A terkial-kial nak cari parking kanss... Lagipun tahu-tahu ajelah parking kat HTJ ni memang hazabbbb... ha gittewww...

Waktu ziarah HTJ pada hari biasa sebelah petang adalah pukul 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Manakala pada hari cuti pulak contoh Saturday/Sunday 12.30 tengahari sampai pukul 7.00 malam. Time Mrs. A sampai di Wad 2B tu lebih kurang 4.30 petang. Mencari-cari jugaklah cik Sinah di katil mana al-maklumlah mak tak bagitahu pulak katil nombor berapa. Tapi senang je jumpa ternampak kak Zura dan dia pun lambai tapi tulah kebetulan pulak makcik Sinah time tu takde di wad kak Zura kata dia kat bawah sedang buat procedur X-Ray dan dressing kaki.

Sementara menunggu makcik Sinah tu sempatlah Mrs. A borak-borak dengan Kak Zura. Katanya mak dia admitted ni sebab mengadu sakit pinggang dan perut bukan sebab kaki dia tu. Mrs. A difahamkan kaki makcik Sinah tu dah kerat dua jari dia sebab kencing manis. Itulah anak-anak dia sedikit kesal dengan perangai degil makcik Sinah ni. Mak dia ni memang sejenis yang susah dan degil sangat kalau nak makan ubat. Dah banyak kali nak bawa hospital pun tak nak. Tapi katanya mungkin kali ni dah sakit sangat sampai dia sendiri yang nak pergi hospital mulanya dia ingat check sekejap aje tapi tak sangka pulak kena tahan wad haish! punyalah dia bising nak balik tapi tulah anak-anak nasihat dia minta stay sampailah doktor sendiri yang suruh discharge nanti.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ
Gambar crop pun bolehlah katil No 20 ke 21 tak dapat dipastikan huhuhu...
Lebih kurang 10 minit Mrs. A borak-borak dengan Kak Zura. Makcik Sinah pun sampai dah dengan ditolak oleh dua orang nurse. Bila Mrs. A tengok aje dia aduhai! sedih sangat rasanya memang mata masuk habuk sungguh mujurlah ada tisu. Ialah selalu tngok dia ceria sangat-sangat dan elok aje sihat bergurau senda. Makcik Sinah memang suka mengusik dan buat lawak-lawak. Bila tengok dia sakit macam tu memang hati sayu bukan Mrs. A je Aryssa pun sedih jugak. Tapi alhamdulillah dia kenal je orang-orang yang datang ziarah dia termasuklah Mrs. A dan Aryssa time tu. Adik ntah mana ntah duk luar wad, dia kata malu sumer pompuan je.

Makcik Sinah tanyalah jugak mak Mrs. A tak datang ke? Itulah mak tak dapat datang sama dengan Mrs. A petang tu. InSyaAllah nanti dia datanglah tu jawab Mrs.A. Time tu teringat Mrs. A kata-kata ustaz, betullah ustaz cakap ketika seseorang ditimpa musibah apalah yang mampu kita buat lagi, selain dari ucapkan sabarlah banyak-banyak, istighfar banyak-banyak dan doakan yang terbaik buat mereka. Bersangka baik padaNYA pasti ada hikmah, mana tahu Allah nak bagi anak-anak dia pahala banyak cause sabar dalam menjaga ibu mereka dan jugak Kak Zura, Wati dan Aboy adik-beradik bertambah rapat sesama mereka. InSyaAllah.

Sebelum Mrs. A nak balik tu Wati pulak sampai iaitu anak kedua makcik Sinah dapatlah jugak Mrs. A jumpa Wati yang dah lama tak jumpa tu. Dia datang dengan anak perempuan dia. Tak sangka anak dia tu sebaya anak Mrs. A si Along yang sedang tunggu result SPM. Wati amik Shift malam jaga makcik Sinah depa take turn jaga makcik Sinah. Mujurlah depa pun memang duduk area Seremban so takde masalah nak ulang-alik HTJ.

Oh! ya Saturday tu Mrs. A balik kampung ingatkan mak pergi ziarah ikut Angah Mrs. A tapi Saturday tu mak tak pergi pun katanya dia nak pergi Sunday dengan Adik bongsu Mrs. A. Alhamdulillah dengan izinNYA on Sunday tu mak Mrs. A, Aryssa dan Maksu sekeluarga pergi ziarah makcik Sinah di HTJ. Aryssa cakap nenek dengan uwan Sinah nangis teroks! Sampai Sha pun nangis jugak. Adehhh! drama air mata la pulak.

Itu sahaja nak share kisah Ziarah Makcik Sinah Di HTJ. Mrs. A serta keluarga mendoakan yang terbaik buat makcik Sinah. Sekiranya kesembuhan itu adalah yang terbaik buat beliau maka sembuhkanlah Ya Allah andai sebaliknya permudahkanlah. Aamiin...Ya Rabbal Alamin...



Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ)

Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ). Last Saturday 18012020 berjaya juga Mrs. A, Aryssa dan Adik membawa Bobo jumpa vet. Planning nak bawa Bobo ni dah lama tertangguh sejak dari rumah lama lagi huhuhu... kesian Bobo. Bobo ni sakit yang nampak adalah flu (sakit tak nampak harap takde) tapi tulah flu dia ni on and off. Walaupun Mrs. A tak bawa dia ke klinik tapi ubat flu tu tetap bagi biasanya Mrs. A akan beli je di Klinik Haiwan Ampangan cause dekat dengan rumah lagipun vet kat klinik tu memang dah kenal Mrs. A dan kids. Tulah dah beberapa hekor bulus Mrs. A neuter dan spaying kat situ takkanlah tak konal kot haishhh!!!

Tapi kenapa pada last Saturday tu Mrs. A bawa Bobo ke klinik Veterinar Chinta Qaseh, Garden Avenue, S2 dan bukannya ke Klinik Haiwan Ampangan? Because bila Mrs. A whatsapp CQ tanya buka ke tidak katanya buka hingga pukul 6.00 petang. 1-2 tutup lunch hour. Lagipun masa tu dah pukul 11.45 pagi biasa klinik Haiwan Ampangan tu halfday je so malas nak fikir banyak. Better pergi  terus CQ itu pun rushing jugak tu nak kejar masa sebelum pukul 1.00 petang. Alhamdulillah sempat sampai CQ sebelum pukul 1.00 petang time tu ada jugak 2 ekor bulus sedang tunggu turn.

Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).

Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Bobo dalam carrier color cekelat tu
Bobo ni mujurlah suara dia tak kuat sangat. Kalau dia mengiau pun slow aje tak mengganggu suasana sangat compare dengan Koko #themamacat tu ngeh! ngeh! ngeh! Mula-mula haruslah register dulu tapi mudah je bagi fail nombor atau pun phone nombor cause Mrs. A dah beberapa kali datang sini. Tak lama tu turn Bobo dipanggil masuk. Rasanya bila orang tengok Bobo ni mesti boleh agak dia sakit cause fizikal dia pun dah tunjuk kurus dan bulu jarang-jarang.

Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Bobo the cat
Bobo si clingy.
Bila doktor tanya kenapa Mrs. A pun cakaplah flu dan rasanya dia ada kutu. Bila doktor check demam ke tidak Bobo tak demam pun suhu badan dia normal. Pastu doktor kata ya dia ada kutu maybe tu yang buat dia stress. Doktor bagi ubat flu, antibiotik dan vitamin. Ubat kutu doktor bagi injection time rawatan tu, katanya selepas 21 hari nanti kena datang semula untuk bagi second injection untuk kutu tu.

Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ)
Ubat-ubat Bobo sekali sehari
Kalau compare Bobo dengan kekucing Mrs. A yang lain Bobo ni kategori yang sangat susah nak makan ubat. Kalau dah masuk mulut pun dia boleh goyang-goyangkan kepala keluarkan balik ubat tu. Bila Mrs. A bagitahu doktor pasal tu, doktor pun potong kuku-kuku kaki depan dia dulu. Kemudian doktor pun bagi ubat. Ha! doktor pun admit yang si Bobo ni memang susah nak dibagi makan ubat. Doktor siap bagi tip kalau dah masuk dalam mulut dia tu angkatkan tangan dia tu ke depan, sampai dia telan [sambil tunjukkan gaya angkat tangan tu] dan sambil nyanyi lagu angkat tangan, angkat tangan hahahaaa... Itulah Mrs. A siap beli net for cat grooming tu untuk Bobo ni cause dah banyak kali mendapat cakaran dia.

As at to date dah enam hari berlalu so far Mrs. A berjaya memberi Bobo makan ubat as per doktor instruction, two more days to go then habislah ubat dia. Tengok macam tak nampak banyak sangat perubahan pun pada fizikal Bobo cuma yang positifnya dia dah nak bermain-main dengan Adek dan Damak iaitu si kitten 2 ekor tu. Sebelum ni Bobo tu lebih suka jadi pemerhati je dan lebih banyak masa menjilat bulu-bulu dia. Vet advise suruh buat blood test kalau Bobo masih tiada sebarang perubahan positif dari segi fizikal tu katanya suspect f.i.p. Mrs. A harap Bobo kurus kerana stress ajelah dan tiada f.i.p. cause f.i.p tiada ubat melainkan menjaga dia dan bela dia macam biasa hingga akhir hayat dia sobs..sobs..sobs... haish! tetiba mata masuk habuk. Okay itu sahaja nak share kisah Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ). Mohon readers doakan Bobo kembali sihat ya.



Mykori Senawang

Mykori Senawang

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mykori Senawang. Selepas balik dari klinik veterinar semalam Adik dengan Aryssa duk hebohlah mengajak Mrs. A pi Mykori Senawang. Mulanya Mrs. A kata babah suruh ibu masak acaner nak pergi esok ajelah. Tapi depa dua punyalah cekap cepat-cepat cakap kat babahnya nak ajak ibu pergi Mykori Senawang pastu babahnya boleh pulak kata pergilah. So kekdahnya Mrs. A pun pergilah memenuhi permintaan anak-anak sibuk sangat nak pergi Mykori Senawanglah pulak dah duk nyanyi-nyanyi dari minggu neneknya ada dulu tu.

Ini adalah pertama kali Mrs. A pergi Mykori Senawang. Mykori Senawang ni terletak berdekatan area Mydin Senawang dan jugak area Jakel Senawang tu baharu Mrs. A tahu di area shoplot Mykori Senawang inilah terletaknya jugak Butik Telekung Siti Khadijah #SK selama hari ini duklah fikir SK yang kat Senawang tu dimana ya? rupanya di sini aja eh!

Mykori Senawang.

Mykori Senawang
Mykori Senawang, Seremban
Mykori Senawang
Mykori - Popcorn Mini Kakigori pilihan Aryssa
Mykori Senawang
Mykori - Chocolate Tiramisu Mini Kakigori pilihan Adik
Mykori Senawang
Kenko Kakigori yang ni pilihan Mrs. A
Kenko Kakigori tu isi kandungan ikut pilihan kita step 1 pilih nak susu atau yogurt, step 2 pilih 2 fruits dan step last pilih 3 jenis cereal pulak. Mrs. A suka yang kenko lagi dari yang kakigori biasa cause Mrs.A suka manis cuma tulah patutnya semalam pilih susu tapi Mrs.A pilih yogurt pulak so dapatlah rasa yogurt yang tak semanis susu tu kans... tapi tak kisahlah yang penting berjaya dihabiskan alhamdulillah.

Mykori Senawang.

Semalam tu Adik dan Aryssa ada jugak order Taiyaki. Ntah apo ko bondo ea Mrs. A layan jelah..

Mykori Senawang
Kiri Aryssa punya chicken slice & cheese taiyaki
Kanan Adik punya chocolate banana taiyaki
Tengok dalam gambar macam kek tapi bila dapat tepung biasa jer ghupernya tapi depa modified serupa ikan ha gitteww... dari segi rasa pulak bolehlah lembut dan boleh layan.

Okay itu sahaja kisah Mrs. A melayan permintaan anak-anak nak pergi Mykori Senawang. Kisah Mykori Seremban 2 [SINI]





Pindah Rumah

Pindah Rumah

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Pindah Rumah. Keputusan pindah rumah ni pun Mr. A yang decided. Mr. A juga sibuk mencari syarikat yang dapat memberikan senarai harga sewa lori 3 tan yang terbaik untuk keluarga kami.  Mrs. A ingatkan main-main kekdahnya yang benar dong. Dia bagi hint nak pindah tu sebelum we all ke JDT lagi uiit!...spoken about JDT baru perasan nih! post ke JDT tu pun tak siap lagi pending kat draft, ke JDT pada 6.12.2019 sekarang dah setengah bulan Januari 2020 sabar yolah!

Beberapa tahun yang lalu Mrs. A pindah dari Desa Ros ke Taman Kekwa (area Seremban jer...) cari posting pindah tak jumpa la pulak huhhuhu... ke takde buat entry haish! nyesal pulak. So this time Mrs. A tak nak rasa nyesal lagiks tu yang gigih buat entry kisah pindah rumah nih!. Pindah pun tak jauh mana kat taman sebelah je cuma rumah yang ini ada guard, leceh sikit nak keluar masuk. Punyalah busy time tu bolehkan satu gambar pun takde. Pinjam gambar abam lori pindah jelah terjumpa kat FB dia Apisz TZR.

Pindah Rumah.
Pindah Rumah.
Kredit gambar abam lori pindah 
Secara rasminya bolehlah dikatakan hari Mrs. A betul-betul pindah adalah pada 28.12.2019 cause pada hari tulah khidmat abam lori digunakan sepenuhnya. Tak lupa juga yang tolong angkat-angkat barang kawan-kawan Along alhamdulillah mereka sangat-sangat membantu. Kawan-kawan Along tu tolong angkat barang-barang dari rumah lama sampailah kat rumah baharu tu pun mereka yang tolong angkatkan ke dalam rumah sampai ke dalam bilik-bilik sekali. Terima kasih banyak anak-anak you all memang terbaik!

Tapi seminggu sebelum tu Mrs. A sekeluarga dah memang kerap kali ke rumah baharu tu, basuh rumahlah, angkut sedikit demi sedikit barang-barang yang boleh diangkut dahulu dan jugak pada sebelah malam 26.12.2019 tu Mrs. A sekeluarga solat Maghrib dan Isyak di rumah baharu sambil tu buat bacaan yasin cuma kami berlima sahaja tiada sebarang tetamu undangan. #salahkah

Pindah Rumah.
Sementara tunggu Along sempat Mrs. A snap seketul
Public Holiday Christmas tu orang lain busy pi bercuti we all busy nak pindah. 26 dan 27 Disember 2019 tu pun Mrs. A purposely amik cuti cause nak pindah rumah. Hurm... readers pun mesti fahamkan betapa serabutnya proses nak berpindah ni, tak tahu mana nak dimulakan dulu tengok sana serabut, tengok sini serabut tapi mujurlah Mrs. A sihat-sihat aje takdelah sampai demam. Ialah berdasarkan pengalaman lalu Mrs. A sampai demam-demam giteww. Tapi pindah kali ni Mrs. A buat ikut my own sweet time jer... kalau semua nak dicuit memang stress dan boleh jatuh sakit. Lagi satu nak habaq nih! style pindah we all nih! memang ganas gitteww....

Pindah Rumah.
Pindah Rumah.
Ha! tu dia semua barang sumbat dalam plastik hitam jer... muahhhaaaa...
Alhamdulillah proses angkut barang-barang tu settle pada hari Sabtu tu jugak. Ada barang-barang yang Mrs. A tak bawak pun mana yang masih elok tu Mrs. A hadiahkan kepada yang mahu. Alhamdulillah abam lori jugak yang punya arrangement katanya ada kawan dia yang susah tu berminat. Syukur dipermudahkan kalau tak manalah nak letak barang-barang tu kan...

Dah namanya pun pindah rumah memanglah letih. Tapi tulah on Sunday tengahari tu gigih jugak Mrs. A melayan kids suruh balik kampung amik nenek mereka duduk Seremban amik jugaklah sebab dah berjanji. Rumah tak kemas lagi don't care janji wajib ditepati ha gitteww... Kiranya dah hampir 3 minggu Mrs. A pindah rumah so far so good jiran-jiran semua peramah tapi tulah Koko #themamacat tu masih mengiau-ngiau lagi cuma dah kurang sikit.



Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar". Alhamdulillah pagi tadi Mrs. A dengan izinNYA dapat hadir ke Kuliah Dhuha yang pertama di tahun 2020. Telah menjadi rutin syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan kuliah Dhuha percuma untuk kakitangan yang berkelapangan dan yang sudi hadir. #tiadapaksaan

Kuliah Dhuha anjuran office ni kebiasaannya diadakan pada hari Jumaat samada sekali ataupun dua kali sebulan. Mrs. A dah pernah post entry berkenaan kuliah Dhuha anjuran office ni dahulu [SINI]
tapi tu jelah sekali kot muahahhaaa... walaupun dah berkali-kali kuliah Dhuha dan macam-macam tajuk ustaz kongsikan tapi tulah fiil malas Mrs. A nak memblog tu amat sukar nak diubati. Tetapi sempena tahun 2020 ini Mrs. A berazam setiap kali kuliah Dhuha yang Mrs. A dapat join InSyaAllah Mrs. A nak kongsi di blog picisan Mrs. A ini. [oppsss! jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ya Mrs. A ooiii!]

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".

salam-jumaat
Penceramah jemputan masih sama iaitu YBhg. Dato' Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid
Adoiiila dah nak habis Jumaat dah pun muahhhaaaaa... lunch hour tadi draft tapi tak sempat post. Okay takpe sambung citer kuliah Dhuha tajuk "Sabar" secara ringkas ajelah yang Mrs. A ingat menurut ustaz sabar itu adalah salah satu sifat mahmudah yang wajib ada dalam setiap diri umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kenapa kita perlu bersabar itu memang ada dinyatakan dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Dalam setiap ujian yang Allah berikan kepada kita wajib kita bersabar dan redho. Contoh kata ustaz sekiranya kita diuji dengan ditimpa sakit hendaklah berbanyak-banyak istighifar dan redho kerana ia telah ditakdirkan. Dengan sifat sabar menerima takdir itulah kita akan mendapat pahala tapi sekiranya kita marah-marah dan tidak dapat menerima dengan redho takdir tetap berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku,kita pulak langsung tak dapat apa-apa pahala ada kemungkinan pulak menambah dosa lagi katanya. Kita juga hendaklah istiqamah dalam bersabar selagi ianya tidak menyalahi hukum islam.

Tetapi kata ustaz ada juga sesetengah perkara kita tak perlu bersabar dah, contohnya macam bila kita tahu ada orang yang menghina islam ataupun menghina Nabi kita wajib kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. Pastu sempat pulak ustaz melawak bagi contoh yang tak perlu sabar tu iaitu kalau orang peluk bini kita ha! takkan kita nak bersabar jugak kot. Apa lagi kita ajarlah cukup-cukup biar padan muka orang yang kurang ajar tu ehh! hahahaaa....

Okay itulah antara yang Mrs. A ingat ceramah ustaz berkenaan tajuk "Sabar". So dear readers sabar yolah dah tengah malam baru Mrs. A nak publish kisah Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".



Koko dan Catnip versi Mrs. A

Koko dan Catnip versi Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Koko dan Catnip versi Mrs. A. Koko #themamacat kenapalah dah banyak hari berpindah masih mengiau kuat-kuat bising tau! huhuhuuu... Actually Mrs. A sekeluarga baharu sahaja berpindah ke tempat/rumah baharu. (kisah pindah ni nantilah Mrs. A cerita) So kekdahnya kekucing pun haruslah dibawa pindah sama. Mrs. A bawa kekucing Mrs. A ni pindah berperingkat-peringkat. Lagipun pindah tak jauh mana taman sebelah je.

Mula-mula sekali Mrs.A bawa Awanikenet dan anak-anaknya si Damak dan Adek. Alhamdulillah Awanikenet, Damak dan Adek cepat sahaja menyesuaikan diri kat persekitaran baharu kiranya takde masalah sangat.

Dua hari kemudian Mrs. A bawa Koko pulak pindah. Koko ni tersangat jaranglah duduk dalam sangkar. Pada tahun 2017 tulah yang last dan kira agak lama dia duduk dalam sangkar sebab dia kena sporo so terpaksa dikuarantin [SINI]

Koko dan Catnip versi Mrs. A.
Koko
Melepak kat  atas katil Mrs. A.Mengiau, mengiau jugak huhuhu...
So Mrs. A pun tanyalah pakcik google kenapa kucing mengiau tak berhenti. Actually ada beberapa sebab, salah satunya itulah apabila berpindah ke persekitaran baharu, kucing tak selesa dia jadi stress dan nakkan perhatian lebih. Awal-awal sampai tu Mrs. A kurung dulu Koko tu kat dalam sangkar, adoiila... bising, pastu buat perangai, alas sangkar surat khabar dia tu habis dicarik-cariknya, paling sedih dan risau dia tak mahu makan. Pastu Mr. A cakap bebaskan ajelah dia. Mulanya Mrs. A tak nak ialah takut dia keluar rumah, merayau ntah ke mana, sesat tak tahu jalan pulang haish! lagilah mana nak cari. Tapi Mr. A kata bebaskan kat dalam rumah biarkan dia explore satu rumah sambil mencium bau rumah baharu ha gitteww....

31 Disember petang Koko pindah ke rumah baharu. 01 Januari tu dia kat dalam rumah aje kalau kat luar rumah pun we all pantau dia tak bagi pergi jauh merayau macam kat rumah lama sampailah pagi Selasa 2 Januari 2020, time Mrs. A nak pergi kerja tu Koko telah berjaya melepaskan diri ke seberang jalan. Sambil dia diekori oleh Awanikenet. Dalam hati Mrs. A biar ajelah nanti Koko baliklah tu lagipun Awanikenet ada sekali (hahaha boleh gitteww..) lagipun Mrs. A rasa dia dah boleh bau dan cam rumah. Dalam tengahari macam tu Aryssa WhatsApp Mrs. A time tu Mrs. A kat office bagitahu Koko dah balik kelaparan nampaknya terus makan-makan kibble dia. Alhamdulillah syukur Koko dah pandai melangok dan tahu jalan pulang.

Tapi tulah walaupun Koko dah bebas dan dah pandai pergi melangok tapi perangai mengiau dia tu  masih belum berhenti lagi. Sekali lagi Mrs. A tanya pakcik Google apa nak buat kalau kucing tak berhenti mengiau a.k.a kucing stress. Diantara banyak saranan tu Mrs. A tertarik pasal catnip a.k.a. catmint nama saintifiknya nepeta cataria. Kekdahnya Mrs. A pun terfikirlah nak membeli catnip nih! untuk menenangkan jiwa Koko yang stress tu. Bila google kat Lazada/ Shopee memang ada jual benih catnip nih tapi tulah malaslah nak beli dari biji benih yang belum tentu hidup tu cause berdasarkan pengalaman apa yang Mrs. A tanam dari biji benih jarang yang berjaya hidup muahahhaaa... 

Adalah lebih mudah beli aje yang dah hidup. Lunch hour tu gigih tau Mrs. A singgah kat nursery sebelah luar bangunan tepi di Aeon S2 tu (tahu pasal nursery ni pun sebab pernah ikut blogger LZ beli bunga dan ikan kat sini), kalau tak sumpah tak pernah tahu. Masalahnya pulak bila tanya tokey nursery tu ada tak jual catnip a.k.a pokok galak kucing. "Ayooo apa macam rupa itu pokok?" katanya. Mrs. A cakap "I pun tak pastilah tokey jap I google bagi you tengok". Bila dia tengok gambar google tunjuk banyak gambar salah satu rupanya adalah macam yang gambar google image kat bawah ni.

Image result for catnip plant
Google image
So tokey tu cakap ini macam rupa pokok pudina/teh mint sambil amik satu pokok yang macam kat bawah ni  pokok ini ka you tengok sama tak?  Hurm... nampak macam sama tapi tak pastilah serupa ka tidak tokey? Tapi Mrs. A tetaplah membelinya demi Koko ku sayang no harm to try ha giteww...

Koko dan Catnip versi Mrs. A.
catnip
Catnip versi Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
Kata tokey tu lagi "pokok ini manusia pun boleh makan, biasa orang letak dalam teh o, kalau ada luka-luka pun boleh guna, ini pokok pun orang panggil pokok halau nyamuk la miss", tambahnya. Catnip versi Mrs. A yang Mrs. A beli tu harganya RM10. Ada gak plan nak biakkan nanti amik anak-anak pokoknya tu tanam kat pasu lain.

Petang tu bila sampai rumah je teruslah Mrs. A bagi kat Koko suruh dia cium-cium bau. Sekejap aje pun dia cium. Yang melebih-lebih cium dan main dengan pokok tu adalah kitten dua ekor tu si Damak dan Adek, Awanikenet pun sama gak cium-cium cenggitu je. Pastu Mrs. A pun amiklah beberapa helai daun pokok tu letak dalam bunjut kecik bagi kat Koko jadikan macam catnip toy untuk dia main-main tapi tulah Koko tak hairan pun muahahahaaa... sampai la nih! dia masih gak mengiau lagi tapi tulah dah hampir seminggu nih! kira macam dah kurang sikit. Cuma perubahannya tu dia dah makan macam biasa dan bermain-main macam biasa. Harapnya lagi seminggu dua dia dah cure dari stress so takdelah nak buat bising mengiau kuat-kuat sampai kat atas rumah pun boleh dengar. Okay itu sahaja nak citer kisah Koko dan Catnip versi Mrs. A. Kalau readers ada lain-lain tips sudilah kiranya kongsi dengan Mrs. A diruangan komen ya.



Mrs. A Join Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Mrs. A Join Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom.


Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.
Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!

Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020

Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30

Hadiah 2


Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30

Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni.

Mrs. A pilih hadiah yang last (hadiah 4) nih ngeh! ngeh! ngeh!

Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)

Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.




Outing Bersama Nenek

Outing Bersama Nenek

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Outing Bersama Nenek. Pada 01012020 iaitu sempena cuti Public Holiday tu aktiviti Mrs. A adalah outing bersama kids dan neneknya. Tahun ini cuti sekolah hujung tahun kids dan Mrs. A langsung tak berkesempatan untuk balik kampung. Tak tahulah apa yang busy sangat tu sampai every weekend ada sahaja hal-hal lain. Kekdahnya Mr. A telah memberi cadangan supaya mengajak mak Mrs. A a.k.a nenek duduk dengan we all. Mendengar cadangan babahnya tu segera sahaja Adik dan Aryssa calling-calling neneknya. Alhamdulillah nenek pun setuju "boleh jugak nenek tukar angin" katanya.

Jadinya pada 29122019 we all pun ambil nenek lepak Seremban sehingga sekarang dan planningnya akan hantar nenek balik kampung pada Saturday nanti. Seronok betul kids melayan neneknya. Mrs. A pulak kerja je macam biasa itu yang time PH tu ambil kesempatan outing bersama.

Outing pun tak jauh mana setakat pergi Nagoya textile kat Terminal One je atas permintaan nenek jugak tu course cause nenek nak beli kain ela katanya. Mrs. A pulak tersangatlah jarang pergi Nagoya textile di Terminal One ni kalau pergi pun Mr. A yang drive. Itu yang berlaku kejadian haru-biru tu. Okay anyway kita layan gambar dulu ya...

Outing Bersama Nenek.
Outing Bersama Nenek
Adik and nenek
Sebelum pulang tu we all makan dulu cause sebelum tu kat rumah tengahari tu makan nasi goreng yang dibuat time breakfast tu aje. Lagipun Mrs. A nak makan sedap untuk membaik pulih jiwa yang haru-biru tu kah..kah..kah...

Outing Bersama Nenek
Tomyam steam limau pilihan Adik
Outing Bersama Nenek
Adeh! terlupa pulak nak snap gambar Aryssa dan diri sendiri.
Kejadian haru-biru tu adalah apabila Mrs. A tersilap nak keluar parking. Kononnya Mrs. A nak pergi ambil kereta dahulu dan pusing semula depan pintu keluar di mana mak Mrs. A dan kids tunggu tujuannya supaya mak tak payah nak berjalan jauh. Mak Mrs. A ini, ada masalah sakit lutut walaupun dah buat injection masuk pelincir tapi tetaplah lututnya itu tak berapa nak kuat dan kalau banyak berjalan akan terasa sakit yang amat. 

Konon-kononnya time tu dengan lajunya Mrs. A berjalan menonong terus aje start kereta dan drive terus bila Mrs. A nak pusing ke kanan untuk laluan ke Aras 1 tu semula tiba-tiba panik nampak signboard tidak boleh ke kanan. Itu yang minda separuh sedar Mrs. A terus aje ambil tindakan takpe keluar aje dulu nanti pusing masuk semula. Wallaweh! sei..ya... bila nak masukkan parking ticket tu baru teringat ya Allah aku tak bayar lagi pastu nampak logo TnG sambil cakap mujur ada TnG tapi bila Mrs. A gunakan TnG Mrs. A tu tetaplah tak boleh! Gelabah beruk betul time tu tengok belakang pulak ada kereta, lagilah gelabah dua tiga kali gak keluar masukkan parking ticket tu sambil try guna TnG tak boleh jugak.

Kemudian ada seorang pakcik tu tegur "kenapa tu nak, tak boleh ke?" (rasanya dia macam kerja kat situ tapi dah nak balik kerja). A'ah, tak boleh jawab Mrs. A. Pastu pakcik tu cakap takpe biar je keta kat situ pergi naik tingkat 2 bayar dulu". Then pakcik tu pun berlalu pergi. Nak tak nak Mrs. A ikut jelah cakap dia sambil tengok keta belakang tukar arah ke lane sebelah. Phew! mujur ada dua exit kalau satu je sia-sia mendapat sumpah-seranah manusia-manusia yang nak exit parking time tu. #alhamdulillahthankyouAllah

Kemudian Mrs. A pun berlari-larianlah cari lif nak naik tingkat 2. Bila jumpa lif pulak tengok button lif tu ada nombor ganjil je 1,3,5. haish! macam-macam hal lah huhuhu... orang dahlah nak cepat. Tapi tekan jelah 1. Sesampai aje kat tingkat 1 keluar lif terus ternampak Mak, Adik dan Aryssa. Kesian depa dah tunggu dalam 10 ke 15 minit gitteww... sambil Adik cakap "ibu! kenapa ibu keluar terus?". "Tulah tak boleh belok ke kanan la...." "Habis tu," katanya. "Jap ibu bayar dulu", jawab Mrs. A. Kemudian Mrs. A ajak depa turun lif sesama suruh tunggu depan Terminal One terus. Hajat hati nak menyenangkan tapi terjadi sebaliknya pulak. Sabar yolah.

Dipendekkan cerita akhirnya keta berjaya juga dibawa keluar setelah berlaku kejadian haru-biru kepada diri Mrs. A tu. Mujur jugaklah time Mrs. A sampai kat keta tu, tiada satu keta pun kat belakang keta Mrs. A. So takdelah terasa kemaluan sangat muahhhaaaa.... Moral of the story jangan selalu pandang serong keta-keta yang tersekat kat exit parking di Aoen S2 tu. (eh! tiberrr... kat Aeon S2 pulak? hahahaaa) Actually teringat kat diri sendiri selalu je skeptical bila ternampak keta tersekat kat exit parking di mall mana-manalah tapi tulah bila kena diri-sendiri baharu tahu perasaannya bukannya kita nak pun but things happen. Ingatan untuk diri-sendiri selalulah bersangka baik dalam apa jua keadaan. Pengalaman sannngattt, pengalaman pahit di satu Januari 2020 hahahaa... Okay itu sahaja kisah Outing Bersama Nenek.



Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kesihatan dan umur olehNYA untuk melangkah ke tahun 2020. Semoga tahun 2020 akan lebih membahagiakan, dikurniakan kekayaan dan berjaya lagi di dalam kehidupan readers dan juga rakan-rakan blogger sekalian. InSyaAllah.

Di hari kedua tahun 2020 ini Mrs. A ingin dedikasikan entry ucapan Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019. Ada juga dikalangan pengomen tersebut adalah pengomen tegar yang sama pada tahun sebelumnya [SINI]. Terima kasih daun keladi, tahun 2020 ini harapnya masih sudilah untuk berkomen-komen lagi eh!

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019.
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar
Pengomen tegar Mrs. A my blog my stori sepanjang tahun 2019 (365 hari)
Eh! yang bukan pengomen tegar juga terima kasih yang tidak terhingga Mrs. A ucapkan kerana sudi singgah dan sudi membaca entry perkongsian blog picisan Mrs. A ini. Komen-komen anda semua besar ertinya pada Mrs. A walaupun Mrs. A ini bukan sejenis membalas setiap komen tetapi sejujurnya komen-komen anda semua wajib Mrs. A baca.

Mrs. A juga mohon maaf seandainya sepanjang Mrs. A berblog ada pulak komen-komen yang mengguris perasaan biasalah manusia selalu khilaf dan tersilap. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga ukhwah di alam maya ini akan berterusan manis-manis sahaja sepanjang zaman. Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2019. Terima kasih semua.






MRS.A my blog my stori ©