2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2019
Wordless Wednesday 128# - T Planner 2020

Wordless Wednesday 128# - T Planner 2020

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday 128# - T Planner 2020. Dah hujung tahun mesti peminat-peminat planner dah ada planner masing-masing kans.... Mrs. A takdelah minat sangat planner tapi ntah kenapa untuk tahun 2020 ni terjebak pulak membeli planner. Mrs. A beli limited edition T Planner 2020 by Teme.

Jom Mrs. A share a little bit isi dalam T Planner exclusive 2020 by Teme nih!

T Planner 2020 by Teme
Bahagian depan dan belakang T Planner 2020 exclusive
Siap dapat kad congratulations! Ooops! Mrs. A dah siap-siap tulis nama gittew...
Mrs. A owner number 05,787 out of  22,222
We plan, Allah plans and Allah is the best of planners
Make the days count
Monthly notes
Weekly notes
Sini boleh paste pictures
Financial tracker
Actually T Planner 2020 by Teme ni ada dua edition satu exclusive dan satu lagi premium. Oh! ya by the way kalau ada yang tak tahu Teme tu siapa cer baca SINI

Okay itu sahaja nak share citer Wordless Wednesday 128# - T Planner 2020. Sambil tu Mrs. A nak ucapkan selamat hari Natal dan juga selamat bercuti buat readers blog picisan Mrs. A ni semoga sentiasa di dalam rahmatNYA.




Maaf! Kak Ngah Tak Dapat Datang

Maaf! Kak Ngah Tak Dapat Datang

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Maaf! Kak Ngah Tak Dapat Datang. Huwaaa..waaaa...waa... sedih sangat bila plan tidak menjadi kenyataan. Sekuat mana pun manusia merancang namun jika tanpa izinNYA, siapalah kita untuk menidakkannya. Itulah yang terjadi kepada Mrs. A (a.k.a kak ngah) last weekend kononnya nak pergi wedding cousin Mr. A yang bertunang dulu tu [SINI] tapi tak jadi cause Mr. A is not fit to go tiba-tiba kena serangan gout la pulok! sabar yolah.

Tapi mujurlah ada wakil dari the A's iaitu Aryssa. Friday petang tu sehari sebelum hari nikah Aryssa dan Kak Ngah (niece) cousin dia telah pergi dahulu naik komuter cause pengantin nak depa both jadi pari-pari ngeh! ngeh! ngeh!

Maaf Kak Ngah Tak Dapat Datang.
selamt-pengantin-baharu-Anyah
 Dapat WA "Ibu.. Sha dengan Kak Ngah dah sampai KL-Sentral dalam train dah ni otw Klang" katanya
Saturday morning lepas subuh lebih kurang pukul 6.40 pagi cenggitu biras Mrs. A yang Kak long tu calling-calling katanya "jadi tak konvoi dengan yang lain-lain iaitu Ateh dan S.i.l kalau jadi dalam pukul 8.00 pagi nanti kita semua gerak dari Jiboi". Time tu Mrs. A tak bagi tahu lagi Mr. A kena gout cuma cakap "takpelah jalan dulu we all tak join kot konvoi, pergi sendiri je nanti". Sampai ke sudah majlis nikah Saturday tu we all tak jugak muncul-muncul huwaaa...waa...awaaa... Bila tengok gegambar yang di share di group WA family haish! perasaan tu tak tahu nak kata apa. Sabar yolah.

Maaf Kak Ngah Tak Dapat Datang.

maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Yeay! saya dah kahwin kata Anyah muahahhaaa. Emak pengantin perempuan yang berbaju merah tu adalah
adik kepada m.i.l Mrs. A
selamat-pengantin-baharu-Anyah
Aryssa dan suku-sakat Jiboi. Lokasi Masjid Kota Raja, Klang untuk majlis akad nikah
Oleh kerana hari langsungnya adalah on Sunday kak long/ Along telah booking I-Suite @ I-City so family semua pakat-pakat tak payah balik Seremban bermalam di situ aje.

Time to relaxing and makan-makan @i-suite, i-city
On Sunday tu ingatkan serangan gout Mr. A dah okay sikit so bolehlah jugak nak gagahkan dia pergi tapi none hado still tak boleh nak pakai kasut lagi the very morning tu. So we all mampu tengok gegambar ajelah di group WA family huhuhu....

Tema family pengantin on Sunday adalah hijau manakala pengantin pula adalah sedondon biru. Lokasi wedding adalah di Dewan Al-Muttaqin AlMuthaqqafin, Kolej Islam Sultan Alam Syah, Klang.

Maaf! Kak Ngah Tak Dapat Datang
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Penyambut-penyambut tetamu bergambar dahulu. Adik-beradik m.i.l a.k.a. Perak clans.
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Aryssa pun hijau juga :-)
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Adik pengantin perempuan dan anak dara Mrs. A amvoi! kemahen ya...
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Pari-pari dan pengantin hiks!
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
M.i.l dan pasangan pengantin shantiknya bagai pinang dibelah dua.
maaf-kakngah-tak-dapat-datang
Incomplete, family Alang dan N datang on Sunday je
maaf-kak-ngah-tak-dapat-datang
Tu dia suku-sakat Jiboi bersama family pengantin perempuan without family Ateh and Mrs. A
Mrs. A hanya mampu minta maaf ajelah pada Anyah tak dapat datang di majlis perkahwinan dia. Tapi alhamdulillah dia pun faham. Pada minggu ini pula Sunday 22.12.2019  akan berlangsung majlis di pihak lelaki iaitu di Negeri Perlis Indera Kayangan. Dari apa yang Mrs. A dengar mereka akan gerak Saturday dan lepak homestay. Unfortunately we all tak dapat join juga cause ada hal-hal lain ha gittewww...! Mrs. A doakan,"Ya Allah Kau permudahkan jangan sulitkan, sempurnakan dengan kebaikkan". InSyaAllah. Amin YaRabbal Alamin.

Selamat pengantin baharu Anyah dan suami semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah. Maaf! Kak Ngah Tak Dapat Datang



Super KGV 10s 2019

Super KGV 10s 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Super KGV 10s. Adehh!!! sorrylah kalau citer ini sudah sedikit basi muahhaaaaa... kejohanan ragbi Super KGV 10s ini kejadianya adalah pada 1 - 3 November 2019 yang lalu bertempat di Georgian Green dan Padang MPS, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kepada peminat-peminat sukan ragbi mesti mereka tidak asing lagi dengan kejohanan Super KGV 10s ini cause kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan peringkat antarabangsa. Seperti tahun-tahun sebelum ini penganjur kejohanan tidak lain dan tidak bukan adalah SMK KGV.

Super KGV 10s 2019
super-kgv-10s-2019
Super KGV 10s 2019
Mrs. A pun baharu tahun ini terlibat secara langsung, terlibat setakat jadi supporterlah ngeh! ngeh! ngeh! Actually dari zaman sekolah menengah dahulu dah pernah dengar pasal kejohanan ni tapi tak ambil port sangat ialah Mrs. A bukannya main ragbi pun boypren pun takde yang main ragbi ehh!

Walaupun Super KGV 10s ini berlangsung selama 3 hari tetapi Mrs. A, m.i.l, kaklong dan kids hanya datang pada hari ketiga sahaja iaitu hari terakhir di sebelah petang cause nak tengok Im (nephew) lawan final. Im wakil SDAR lions U14. Sambil tu nak fetching Adik jugak yang jadi QM je tolong cikgu dia ialah nak main dah tak dapat pulak cause baca [SINI]. Adik tu dah jadi QM semenjak dari hari pertama lagi. Dialah tukang up-date bila Im sedang berlawan. Jom layan gambar pulak ya...

Super KGV 10s 2019

Super KGV 10s 2019
SDAR Lions & Georgian
Super KGV 10s 2019
Kaklong, Im and tahniah team SDAR Lions U14. MakNgah tumpang bangga.
Super KGV 10s 2019
Mak-mak je ada bapak-bapak ke laut

Super KGV 10s 2019
Sebahagian dari team SDAR Lions U14
Dalam kejohanan Super KGV 10s ini ada juga kategori perempuan. Kejohanan anjuran SMK KGV ini membabitkan 214 pasukan bertanding termasuk juga dari luar negara iaitu Thailand dan Sri Lanka, 10 kategori dipertandingkan, sebanyak 8 padang digunakan, pemain pula terdiri lebih kurang 3000 orang dan juga 40 pengadil terlibat. 

Dari apa yang Mrs. A baca kejohanan ragbi ini ada beberapa format iaitu format Rimau, Touch dan juga Tackle. Dalam kategori pemenang pun ada banyak iaitu ada Cup Champions, Plate Winners, Bowl Winners, Shield Winners, Saucer Winners dan Spoon Winner. Sejujurnya Mrs. A tak faham pun cara perkiraannya tu muahaaaaa.

Tapi kalau dalam pertandingan boling kalau dapat hadiah 'wooden spoon' tu, itu maknanya juara longkang sesuatu yang memalukan kalau di panggil suruh amik hadiah ke pentas tu malu wo... [ehh! iklan jap takde kena mengena dengan ragbi pun]

Super KGV 10s 2019
Super KGV 10s 2019
Kredit photo FB KGV 10s
Super KGV 10s 2019
Kengkawan Adik yang terpilih wakil Georgian Boys U13. Tahniah! you are the Cup Champions.
Itu sahaja nak share kisah Super KGV 10s 2019. Semoga berjumpa lagi di tahun 2020. InSyaAllah.

Kredit: FB PAGE KGV 10s




Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com

Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com. Macam menarik, macam best je segmen blogger Safirul Amar ni. Dah tu pula syarat-syarat penyertaan ea sonang yo ngeh! ngeh! ngeh! Apa lagi sebagai tanda support rakan-rakan blogger moh le kita join. Kalau bertuah dapatlah menang hadiah tu kan, kalau tak Mrs. A okay je no harm ehh!

Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com.


 KLIK
KLIK
Pssstttt... saja nak bagitahu ni pada tahun 2016 yang lalu Mrs. A pernah juga turut serta dalam segmen blogger Safirul Amar ni nak tahu baca [SINI] dan [SINI]. Tapi ntah saudara Safirul Amar tu ingat ke tidak tu muahhhaaaa....

Okay nak bagi tahu jugak yang Mrs. A dah follow dah IG safirulamar_ tapikan dia tak follow pun Mrs. A balik sedih! nangis iols tepi bucu katil.

Mrs. A join Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com. Readers kalau nak join juga boleh klik banner untuk ke blog organiser.




Wordless Wednesday #127 - Western Cuisine

Wordless Wednesday #127 - Western Cuisine

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #127 - Western Cuisine. Since today is Wednesday so kena gaya sangatlah nak buat post bergambar jer... muahhhaaaa.... Western Cuisine ini adalah stall yang baharu sahaja beroperasi di Food Court Arena, Aeon Seremban 2 a.k.a Jusco Seremban 2.

Wordless Wednesday #127 - Western Cuisine.

Sirloin Steak with Rice
Spaghetti Meatball
Spaghetti Skillet Salmon
Fettucini Carbonara
Kesemua western cuisine kat atas tu adalah menu-menu yang Mrs. A dah rasa semuanya sedap cuma yang sirloin steak tu biasher-biasher je maybe Mrs. A dah pernah rasa kat tempat lain yang lagi sedap kot.

Kalau readers tersesat di Aeon S2 teringin nak makan western bolehlah cuba stall nih! very recommended ehh! ikhlas ni bukan iklan berbayar pun.

Wordless Wednesday #127 - Western Cuisine.




Menghadiri Perbicaraan

Menghadiri Perbicaraan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Menghadiri Perbicaraan. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya permintaan emak untuk kami adik-beradik segera menyelesaikan hal berkenaan tanah dan rumah peninggalan arwah abah berjaya direalisasikan to be exact "pembahagian harta pusaka kecil".

Sebelum kami adik-beradik dipanggil untuk menghadiri perbicaraan tersebut a.k.a "bicara kuasa" langkah pertama yang perlu dibuat adalah mengisi Borang A - Seksyen 8. Borang A ini hendaklah diisi oleh Pempetisyen iaitu orang yang menuntut. Dalam kes Mrs. A Pempetisyen adalah emak Mrs. A actually waris-waris lain yang sah pun boleh. Tapi tulah we all tak tahu ingatkan hanya isteri sahaja yang berhak.

Borang A ni emak dengan Kakngah Mrs. A yang pi amik kat PTG Rembau. Tapi time nak kena isi tu mak minta Mrs. A yang isikan cause Kakngah cakap dia fening nak hadam biji butir nak mengisi tempat kosong kat Borang A tu muahahaaaa.... tapi mujurlah ada Mrs. A sebagai penyelamat ehh! tiberr... actually memang sedikit fening tapi takpe follow aje panduan mengisi borang dan senarai semak yang diberikan.

Menghadiri Perbicaraan.

Menghadiri Perbicaraan
Ini contoh sebenar senarai semak permohonan Mrs. A punya
Setelah lengkap diisi Borang A tu berserta dengan kesemua salinan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan. Mrs. A juga yang ditugaskan sekali lagi oleh emak supaya menghantarnya ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) to be exact Unit Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan Barat yang terletak di Wisma Persekutuan, Seremban since Mrs. A pun memang duduk Seremban kan ha! gittewww....

Mrs. A hantar Borang A tu dalam bulan Ogos ke September 2019 tak ingat dah tapi dapat notis hadir bicara pada 31 Oktober 2019. Notis hadir bicara tu dihantar ke alamat kat kampung selain daripada tu Mrs. A dapat jugak SMS daripada JKPTG cause Mrs. A letak nombor Mrs. A untuk dihubungi almaklumlah line kat kampung tenggelam timbul, lagipun takut mak Mrs. A tak perasan kalau ada orang JKPTG call. Tarikh kami kena hadir bicara tu adalah pada 19.11.2019 sebelah pagi di PTG Daerah Rembau.

Menghadiri Perbicaraan

Menghadiri Perbicaraan
Haruslah snap gambarkan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau
Alhamdulillah pada tarikh 19.11.2019 tersebut kesemua adik-beradik dan jugak emak Mrs. A dapat hadir. Kalau tak dapat hadir kena kemukakan surat persetujuan (Borang DDA) yang boleh didapati di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka atau download terus dari laman web JKPTG.

Pada hari kejadian tu Mrs. A amik cuti. Mrs. A dari rumah Seremban ajak Aryssa temankan terus je ke PTG Rembau. Along dan KakNgah pun sama dari rumah masing-masing sorang Puchong, Selangor, sorang Krubong, Melaka terus ke PTG Rembau. Sementara emak, alang dan Maksu (adik bongsu) serta anak Mrs. A si Adik tu dari kampung. A week before bicara tu Mrs. A ada balik kampung tu yang Adik terus lepak kampung.

Menghadiri Perbicaraan.

Menghadiri Perbicaraan
Emak dan Along duduk kat sudut jauh dari Mrs. A
Menghadiri Perbicaraan
Alang dan Adik di satu sudut depan Mrs. A
Menghadiri Perbicaraan
Aryssa dan Makngahnya
Menghadiri Perbicaraan
Maksu (adik bongsu Mrs. A) dan si baju kurung pink ngeh! ngeh! ngeh! sangat mengikut 'etika berpakaian sopan' gittewww...
Sampai masa yang dijadualkan we all pun dipanggil masuk ke kamar mahkamah. 'Hakimnya' perempuan uols!. Masuk-masuk aje 'hakim' suruh duduk dan minta IC kami semua berserta dokumen-dokumen asal yang telah diminta di dalam notis yang telah dihantar sebelum itu. 'Hakim' tu serius aje takde lawak-lawak pun, tu yang Mrs. A pun seriau nak snap-snap gambar time kat dalam kamar mahkamah tu muahhhaaahaaa....

Sebelum perbicaraan dijalankan 'hakim' suruh angkat sumpah terlebih dahulu. Semua diminta berdiri (tak larat boleh duduk je) angkat tangan kanan dan ikut apa yang 'hakim' tu cakap. Paling Mrs. A ingat adalah 'tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka' hiks! Kemudian perbicaaran pun bermula 'hakim' pun tanyalah apa-apa yang berkenaan.

Fuh! ntah kenapa Mrs. A berdebar-debar lak time tu hahahaa... walaupun yang banyak kena soal adalah emak cause emak pempetisyen. Emak ni pulak telinga sedikit kurang dengar #orangtualahkatakan bila 'hakim' tanya dia suruh hakim ulang. Mrs. A rasa mak kurang faham maksud 'hakim' tu yang dia minta ulang. Mrs.A pun cakaplah kat 'hakim' tolong cakap kuat lagi sambil tunjuk isyarat kat telinga mak kurang dengar. Pastu 'hakim' perempuan tu jawab 'saya ni kalau cakap kuat-kuat nanti orang ingat saya marahlah pulak.' 'Okay! takpe awak (sambil tunjuk kat Mrs. A) tolong 'ulang cakap' saya pada mak awak'. Sambil tu dia sambung lagi 'kenapa minta mak jadi Pempetisyen waris lain pun boleh' katanya. 'Ohh! boleh!?' Maaf kami semua tak tahu.

Setelah semua soalan terjawab dan 'hakim' pun puashati tiba part yang penting iaitu part pembahagian harta ni nak diagihkan secara bagaimana? Ada beberapa pilihan antaranya ikut faraid dan muafakat. Mak Mrs. A sekali lagi tak menjawab, pastu Along Mrs. A yang tolong jawabkan muafakat katanya. Selamba 'hakim' tu bash Along, saya bukan tanya awak ya Encik Abd R saya tanya Puan Halimah muahhhaaaa... Haish!!! mak ni kan... geram pulak Mrs. A tau, ntah berangan apa pun tak tahu diam seribu bahasa pulak dia, tapi lepas tu mak pun jawablah muafakatlah puan itu anak saya pun semua dah setuju secara muafakat. Dua tiga kali jugaklah 'hakim' tu tanya kepada kami semua untuk pengesahan secara muafakat tu.

We all ingatkan time tu geran dah boleh terus tukar secara muafakat iaitu letak semua nama dalam geran. Tapi YA hakim cakap tak boleh buat sekarang kerana rumah masih belum ada geran walaupun dah settle bayaran loan kerajaan tapi we all tak pergi ambil geran rumah lagi. So kena pergi ambil geran rumah dahulu dan hendaklah melantik seorang Pentadbir untuk uruskan permohonan yang berikutnya.

Untuk lantik Pentadbir ni guna Borang P - Seksyen 17 yang 'hakim' akan bagi. Bila 'hakim' tanya mak siapa dia nak lantik jadi Pentadbir iaitu yang akan uruskan proses untuk permohonan seterusnya tu. Along pulak dengan lajunya cakap saya yang akan jadi Pentadbir. Sekali lagi Along Mrs. A kena bash dengan 'hakim' tu. Saya tak tanya awak ya Encik Abd R. Kemudian baharulah mak jawab saya lantik dialah puan lagipun dia yang sulung. Tapi 'hakim' tetaplah bertanya kepada yang lain-lain jugak setuju atau tidak lantik Encik Abd R ni sebagai Pentadbir. Mrs. A, Alang, Angah dan Adik bongsu pun jawablah setujuuuu..... dia tanya jugak pada Along Encik Abd. R awak setuju tak ni? Along pun sambil senyum simpul jawab setujulah dah saya lantik diri saya tadi muahhaaaaa.... pandai pulak Along buat lawak serius di situ.

Dipendekkan cerita akhirnya 'hakim' pun menamatkan perbicaraan sambil tu we all diminta untuk menjelaskan bayaran kos mahkamah sebanyak RM224.00. Sekali lagi  mak menugaskan Mrs. A pergi membayar kos tersebut di PTG bangunan sebelah kemudian salinan resit bayaran tu dipulangkan semula kepada YA hakim. Alhamdulillah settle satu perkara Mrs. A sangat bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik yang saling memahami yang tidak ada langsung perasaan untuk memiliki seorang diri harta pusaka arwah abah tu. Alhamdulillah. #hartaduniaajepun





Hello! December

Hello! December

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Hello! December. Sebelas bulan telah berlalu namun tiada apa-apa perubahan besar pun yang berlaku di dalam kehidupan Mrs. A. Seingat Mrs. A sama sahaja kecuali umur dah bertambah setahun lagi muahhaaaaa.... dari segi blogging sama aje gitu-gitu aje konon di awal tahun lalu nak up-date blog sehari sekali none hado ha! so azam itu failed sepenuhnya kah! kah! kah!... Apa-apa pun dari segi kehidupan nyata Mrs. A bersyukur kerana diberi kecukupan olehNYA. Syukuri apa yang ada itulah bahagia ehh! bermadah pulak.

Back to the storyline Hello December ni mesti ramai rakan-rakan blogger yang planning untuk pergi bercutikan? Ialah dah musim cuti sekolah inilah masanya nak bawa anak-anak pergi jenjalan. Paling tidak pun bawa anak-anak balik kampung. Syukurlah kita yang ada sejenis tempat bernama kampung buntu sangat tak tahu ke mana balik je kampung. Bulan December ni ada jugak tu Mrs. A plan nak pergi cecuti tak lama mana pun 2 ke 3 hari harapnya menjadilah plan tu (InSyaAllah).

Last Friday night family Along/ Kaklong buat kenduri doa selamat jemputan dikalangan ahli keluarga dan jiran-jiran mereka sahaja iaitu di Taman Panchor Jaya. Tujuan doa selamat adalah sempena anak sulungnya selamat kembali ke daratan (sebelum ni belayar di lautan), Adik Kaklong yang kena mild stroke tu beransur pulih sepenuhnya dan jugak anak nombor tiga a.k.a kaklang berjaya sambung belajar. Bila baca jemputan dalam group WhatsApp tu, alahai bercinta betul rasa nak pergi lepas time balik kerja nih! tapi mujurlah Mr. A cakap we all pegi lepas solat maghrib, lega sikit takdelah rushing sangat cos kalau ikut aturcara sebenar solat maghrib di rumah tuan rumah. Tapi we all sampai setelah selesai solat maghrib.

Hello! December.


Hello! December
Danial, Atok, Banglong and Mama
Ada jugak diselitkan acara potong kek untuk bulan December tapi Danial tu selit sekali cos dia seorang bulan Oktober aritu takde potong-potong kek lagi huhuhuuuu... Menu malam tu ada satay, ada bihun, rendang ayam, kuih dan jugak salad bayam brazil. First time jugak Mrs. A makan bayam brazil mulanya macam seram nak makan sebab rupa daunnya macam bunga keladi pun ada jugak. Tapi bila dah makan sedap bertambah-tambah baq hang.

Hello! December
Hijau-hijau tulah bayam brazil dari hasil kebun tanam sendiri tuan rumah.
Selain daripada itu pertengahan bulan December cousin Mr. A kahwin takdelah jauh kat Klang je harapnya sihat-walafiatlah untuk memenuhi jemputan kahwin tu. Selepas itu saki-baki cuti sekolah tu Along, Aryssa dan Adik minta nak duduk kat kampung nak teman nenek katanya. Nampak gayanya jadi perantin basilah Mr. and Mrs. A nanti ngeh! ngeh! ngeh!

Dua hari cuti ni Mrs. A tak kemana pun mereput aje kat rumah sambil melayani permintaan masak-masak oleh Mr. A dan kids. Terbaliklah pulakkan selalunya orang kalau cecuti makan kat luar tapi Mrs. A and family makan-makan kat rumah jer.... Duduk kat rumah banyak nonton TV ajelah tengok news belah-belah negeri kat pantai timur banyak yang dilanda banjir. Kesian semoga mereka tabah menghadapi dugaan banjir tersebut. Mrs. A doakan semoga mereka yang dilanda musibah banjir itu dipermudahkan segala urusan mereka dan tiada sebarang kemalangan jiwa hendakNYA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalikNYA.

Hello! December please be nice to me. Okay itu sahaja nak share #donebebel.




Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Malam tadi 27112019 Mrs. A telah berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Liga Piala Presiden PBNS di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi ("STAR"). Perlawanan akhir tersebut adalah di antara KSR SAINS vs Wan Mei FC. Okay sebelum tu nak bagitahu jugaklah KSR tu singkatan untuk apa walaupun dah banyak kali rasanya Mrs. A bagitahu kat entry-entry sebelum nih! K = Kelab, S = Sosial dan R = Rekreasi dan SAINS pulak Syarikat A ehh! lu pikir la sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelah pagi di office ada sorang officemate tu tanya, "kak ko pergi tak games malam ni?" dengan confidentnya Mrs. A jawab "Apsal pulak malam ni 27 Sabtu la..." Oiii!!! ko mabuk ke kak 27 malam ni la" hahahhaaaa.... sambil tu Mrs. A tengok tarikh kat phone eh! iya lorr... Petang time balik kerja bila Mrs. A cakap kat Mr. A malam ni kita pergi tengok bola nak? Haish! tak sangka jawapan dia okay. Dalam hati riang tak terkata.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
KSR SAINS juara liga piala presiden PBNS 2019
Bertiga sahaja Along dan Adik tak ikut
Mujurlah final Liga Piala Presiden ni, perlawanan KSR SAINS vs Wan Mei FC diadakan pada sebelah malam so dapatlah Mrs. A tengok. Kalau perlawanan sebelum ini contoh macam semi final KSR SAINS vs MPS, PBNS buat sebelah petang hari bekerja so tak "dapeklah den nak nolong". Perlawanan selalunya akan start pukul 4.30 petang. Mrs. A habis kerja pulak pukul 5.15 petang kelentang-kelentung by the time nak sampai kat padang tu silap-silap games pun dah habis muahahhaaaa... #alasansangat

Berbalik kepada perlawanan malam tadi perlawanan dijadualkan bermula pukul 8.45 malam tapi tulah Mrs. A bertiga sampai sedikit lewat perlawanan dah mula pun time we all sampai tu. Kalau tak silap dah mula dalam 15 minit, time tu kedudukan masih kosong-kosong. Tak lama kemudian KSR SAINS berjaya menjaringkan gol 1-0. Biasalah berdasarkan pengalaman yang Mrs. A tonton bila dah dapat gol mulalah leka so pihak lawan pun ambil kesempatan menjaringkan gol jugak so separuh masa pertama kedudukan seri 1 sama. Separuh masa pertama tu Mrs. A duduk sekali dengan supporter Wan Mei FC. Ini semua Mr. A punya pasallah orang dah kata pergi sebelah kiri grandstand haish! dia nak jugak ke sebelah kanan. Tapi bila separuh masa kedua we all dah pindah dah!

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Duduk dengan ex-officemate yang dah kerja gomen tu tapi masih support KSR SAINS hiks!
Sedehhh!!! tak dapat bola ada signature YTM Syed Razman (Tunku Besar Tampin) merangkap Presiden PBNS. [poyo la ko Mrs. A hoiii!] Nak dekat breaks separuh masa pertama tu ternampak jugaklah Setiausaha PBNS bawak beberapa biji bola untuk ditandatangani oleh YTM Presiden ingatkan ada orang minta signature tapi rupanya bola-bola itu tujuannya untuk diberikan kepada penyokong/ penonton yang hadir. Banyak jugaklah dalam 10 biji bola kot lepas dah tandatangan bola tu YTM Presiden pun lontarkan bola-bola tu satu per satu ke arah penonton. Ada jugaklah 2 kali dia baling kat area tempat Mrs. A duduk tapi tulah kalau setakat duduk hulurkan tangan memanglah tak dapatkan, depa tu siap berdiri-diri sambil terlompat- lompat bagai haruslah dapat. Lagipun Mr. A siap jeling buat muka annoying muahahhaaaa... tu yang Mrs. A tak koserrrr! nak beria-ria.

Pada perlawanan separuh masa kedua lama jugak kedudukan satu sama tu. Penyokong masing-masing pun dah resah, risau pulak kalau tambah masa. ["adehh! lotih la esok acik kojo ha!"]. Alhamdulillah setelah berhempas pulas akhirnya KSR SAINS berjaya menjaringkan satu lagi gol. Gegak gempita STAR dengan Ultras KSR SAINS punya gendang, tambah pulak dengan jeritan-jeritan penyokong KSR SAINS we all lettew... memang meriah betul. Tengok Pengarah SAINS dan management  kat bawah pun sama excited habis. Lebih kurang 15 minit terakhir tu haish! macam-macam pulak players kat padang tu dua orang kena kat kuning, sana tergolek sini tergolek hahahaa... last sekali ada sorang player tu dapat red card ha amik ko keluar padang terus. Hurm... main bola je pun rilexslah bro ehh! tiber. Dipendekkan cerita Liga Piala Pusingan tahun ini adalah milik KSR SAINS. Bravo-bravo tahniah team KSR SAINS Mrs. A tumpang bangga.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tu dia piala pusingan Liga Piala Presiden PBNS tahun 2019 milik KSR SAINS tahun 2018 milik Penjara FC
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Management, Official dan player bergambar bersama-sama. Juara dapat RM15k dan juga piala pusingan
Keputusan penuh KSR SAINS (2) - Wan Mei FC (1). Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Get ready for play-off Liga M3 pula ya...





Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com. Mrs. A tertarik nak join giveaway akhir tahun Hasrulhassan.com cos hadiahnya utamanya adalah wang tunai RM100. Kira banyak gaklah tukan RM100 siapa nak bagi ha nampak tak betapa materialnya Mrs. A di situ ehh! macam confident menanglah pulak muahahhaaaaa.... di antara syarat wajibnya adalah tepek banner seperti dibawah dari banner pun kita boleh tahu lain-lain hadiah untuk peserta bertuah ha gittewwww...

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com.
giveaway
KLIK
Salah satu lagi syarat giveaway akhir tahun Hasrulhassan.com adalah menceritakan bagaimana kita boleh kenal beliau ataupun bagaimana tahu akan kewujudan blog beliau. As for Mrs. A, kenal dan tahu kewujudan blog Hasrulhassan.com adalah hasil menggoogle daripada pakcik google time tu Mrs. A baru-baru lagi memblog so banyak benda tak tahu pasal blog to be exact pasal blogspot google punya goole terjumpalah blog beliau.

Bermula dari situ Mrs. A memang selalu terjah blog beliau dan HH memang rajin anjurkan giveaway dalam erti kata lain ini adalah salah satu cara beliau berkongsi rezeki. Pada tahun 2014 pertama kali Mrs. A telah turut serta dalam giveaway anjuran beliau iaitu Hari Guru 2014 Giveaway RM100 tapi time ni takde rezeki nak menang huhuhuuu....

Selain daripada itu ada lain-lain lagi giveaway dan segmen anjuran HH yang Mrs. A telah turut serta diantaranya adalah Kontest Teka Gambar VMY 2014, HH Bantu Trafik Blog Meroket, Kontest Siapa Nama Baby Hasrul Hassan dan ada jugaklah yang Mrs. A bertuah menang tempat kedua (dapat lima poh hengget) dalam Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan.

As time goes by HH pun dah ada macam-macam social media ada FB ada IG tapi tulah Mrs. A tak aktif sangat dalam FB rakan-rakan blogger ni so dalam FB blogger Mrs. A memang sendu sobs..sobs..sobs... ke...si...an... ehh! tiberrr... #iklan

Okay back to Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com selain daripada dua syarat yang Mrs. A ceritakan di atas. Terdapat lagi beberapa syarat yang perlu dipatuhi, kepada rakan-rakan blogger yang berminat nak join sama macam Mrs. A. Sila klik banner di atas untuk ke blog HH untuk ketahui details.




Happy Birthday NovembeRian

Happy Birthday NovembeRian

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday NovembeRian. Majlis birthday Novemberian dan jugak doa selamat sempena anak s.i.l khatam Al-Quran itu disambut suka dalam duka. Itulah manusia hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Happy Birthday NovembeRian.
Ice-cream cake sponsor by organizer
Pada hari yang sama tanpa kami semua duga berlaku kematian pulak dikalangan ahli keluarga iaitu cousin kepada Mr. A dan adik-beradiknyalah kira anak sedara kepada f.i.l. Di petang hari time Mrs. A baca berita tu dalam group WhatsApp ingatkan majlis tersebut post pone ke esok harinya tetapi sehingga ke petang tiada sebarang pengumuman post pone. Aryssa, Mr. and Mrs. A ada je kat rumah  sendiri cos Mr. A tak berapa nak sihat.

Adik dan Along awal-awal lagi dah pergi ke Jiboi cos sebelah tengahari ada barbeque. Kemahen! tau depa siap tunjuk....

Happy Birthday NovembeRian.
barbeque ayam in progress
Oleh kerana Mr. A tak berapa sihat (to be exact kena G) mulanya dia fikir macam tak dapatlah nak ziarah cousin dia yang meninggal tu. Tapi bertalu-talu pulak call masuk daripada sedara-mara yang kat hospitallah, kat rumah di Mambau tu lagi so kekdahnya dia pun rasa tak sedap hati dengan bertongkat-tongkat tu pergi jugaklah dah petang pun nak dekat maghrib we all pergi Mrs. A yang drive cos dia tak boleh drive.

Sesampai di Mambau belah family Mr. A hanya ada we all bertiga aje. Sedara-mara ramai jugaklah dah berkumpul sementara menunggu jenazah sampai. Mrs. A difahamkan jenazah telah siap dimandikan di hospital HTJ, akan dikebumikan selepas solat Isyak dan akan disembahyangkan di rumah serta tahlil kemudian baharulah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mambau untuk dikebumikan. Solat maghrib sendiri-sendiri je Mrs. A ingatkan ada buat solat jemaah. Alhamdulillah sempat jugaklah Mrs. A habiskan bacaan Yasin sementara menunggu jenazah sampai. Tak lama kemudian Mrs. A nampak parents-in-laws pun datang bersama dengan Along dan Alang time tu jenazah baru sampai dan yang jadi imam sembahyang jenazah itupun adalah f.i.l. Selesai sembahyang jenazah we all terus aje balik Jiboi tak hantar sampai ke kubur pun. Ialah kat rumah ada majlis yang perlu diselesaikan.

Sesungguhnya malam tu rezeki orang-orang perak yang datang ziarah itu jugaklah kat majlis birthday Novemberian tu cos selepas selesai solat jenazah tu m.i.l ajak mereka datang rumah sebelum balik terus ke Perak. Memikirkan mereka jauh lagipun kat rumah orang meninggal tak sesuailah nak jamu makan-makan. Di jiboi sekali lagi f.i.l buat tahlil dan kemudian doa selamat. Kemudian barulah kami menjamu selera bersama tetamu dari Perak (sedara-mara m.i.l)

7 orang birthday di bulan November yang tudung kuning tu s.i.l punya mil
Birthday boy dengan birthday girl sedang membakar kamving
Awat!? yang marak sangat apinya tu
Happy birthday dear s.i.l and happy anniversary jugak to both of you moga berbahagia till Jannah.
 eh! ada photo bomb la
Alhamdulillah walaupun majlis tak berjalan sebagaimana yang di plan macam tahun lepas [SINI] banyak aturcara terpaksa dibatal tapi syukur tetap jugak kita dapat berkumpul beramai-ramai dan meraikan tetamu dari Perak.



MRS.A my blog my stori ©